Gambar sekadar hiasan Enjin CC kecil dan CC Besar. Tak semestinya CC Besar mampu memecut laju. Yang penting senantiasa Overhaul Perut maksudnya makan dan minum semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Friday, May 11
Laporan Singapura tidak tepat-Sultan Ibrahim
Wahh......ada-ada sahaja kan Negara Selatan Malaysia ni kalau bab nak memburukkan Malaysia, nak menyindir Malaysia, nak cemburu Malaysia....macam-macam yang perkara kecil diperbesarkan dengan niat memburukkan reputasi Sultan Johor...Negara sekecil Langkawi yang bercita besar ni senantiasa memandang rendah Malaysia selain memandang rendah Sistem Pertahanan Malaysia, Politik Malaysia, Keselamatan Malaysia...macam-macam lah.
Demi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor, rasanya sesekali kena juga menempelak negara kecil ni apabila cuba bermain api. Sudahlah macam tarzan kalau menggunakan lebuhraya di Malaysia macam orang takda akhlak. Pernah aku menginap di Hotel berhampiran City Square JB, datanglah budak lelaki warganegara Singapura ingin sarapan sama. Masa menyapu jem di roti tu, terlepas tangannya terkena jem nanas dan marjerin apa lagi terpacul la mulutnya keluar perkataan "Shit!!!"...Terpaksalah aku mengajor, u prefer makan shit daripada jem roti ke.....
Teringat kata-kata Mantan PM yang hebat dulu...Ibarat Tun Mahathir kata "Nak makan kek besar kenalah rasa yang kecil dulu" ...Lain kali kalau datang negara orang jangan tunjuk lagak, nak melancong buat cara melancong, jaga adab dengan rela hati atau pura-pura jadi tamadun beradab, tak perlulah di ajar dengan paksa hehe.
Vidal Sassoon menghembuskan nafas terakhir
Pernah guna Shampoo Vidal Sassoon atau dengar nama Vidal Sassoon?. Nama ni pernah memenuhi iklan televisyen 4/5 tahun dahulu semasa dalam proses penjenamaan menembusi pasaran Malaysia.
Beliau telah meninggal dunia di Bel Air California pada usia 84 tahun baru-baru ini akibat penyakit Leukemia yang dideritai sepanjang akhir hayat beliau.
Vidal Sassoon adalah lelaki kreatif yang menghasilkan jenama penggayaan rambut lelaki dan wanita.
Monday, May 7
Senaman Tangani Kolestrol
Sakit Jantung akan mulai aktif pada awal 30-an dan jika mengambil ringan simptom yang timbul secara kecilan, Insya-Allah akan bertambah melarat apabila saiz pinggang mulai 36 inci ke atas.
Aku bukan nak istilahkan perut buncit kepada penyakit tapi itulah hakikat tanda-tanda awal penyakit baik pada lelaki atau perempuan. Apabila saiz pinggang mula bertambah, simptom pertama adalah mengah ibarat kekurangan oksigen apabila bercakap, naik tangga atau berlari anak. Ia petanda metabolisma mulai rendah apabila kemasukan makanan/minuman melebihi kudrat tenaga yang dipakai-atau kerap duduk di kerusi sepanjang hari.
Gejala ni adalah memberi tekanan kepada mekanikal jantung. Apabila tidak mulai segera kembalikan kecerdasan atau ambil tak endah gejala semput ni. Ibarat motorsikal yang gunakan karburator, perlu setting udara dan petrol seimbang dengan api palam pencucuh, tapi kalau petrol terlebih, mulalah asap hitam, semput dan prestasi kelajuan motorsikal jatuh bawah 60KMj...So, mulakan servis karburator dan kaji kemasukan api,udara dan petrol. Mudah bukan....
Sengaja Muntahkan Makanan Kerana Takut Gemuk
Kenapa ada sindrom memuntahkan kembali makanan yang dimakan?. Ada juga sindrom yang tak boleh mengambil makanan kekacang, protin tinggi, minuman bergas dan lain-lain.
Tetapi kes yang dimaksudkan ialah sindrom kerana paranoid pada makanan atau istilah takut gemuk.
Suntikan Membina Antibodi
Antibodi Manusia secara normalnya berkembang dan adaptasi kepada perkembangan manusia terhadap persekitaran.
Ada kalanya antibodi gagal reaksi kepada ancaman terhadap sistem tubuh badan akibat kelemahan fungsi terutamanya perokok tegar. Kesan nyata perokok tegar adalah ketidakmampuan menghidu bau dengan lebih baik, batuk berpanjangan, selsema di awal pagi dan kurang sensitif terhadap bakteria bawaan udara. Mereka yang kerap alahan juga selain disebabkan komponen darah kekurangan protin eosinophil/basophils biasanya mengambil sikap menjauhi punca makanan atau menjauhi unsur-unsur yang boleh mendatangkan alahan.
Pengambilan Vaksin BCG juga belum tentu mampu melindungi jangkitan tuberkulosis sekiranya tubuh badan mulai lemah. Jika ingin melancong, adakalanya vaksin tertentu perlu diambil seperti Influenza H1N1, bakal Haji dan juga ke negara eropah tertentu.
Pengambilan Vaksin BCG juga belum tentu mampu melindungi jangkitan tuberkulosis sekiranya tubuh badan mulai lemah. Jika ingin melancong, adakalanya vaksin tertentu perlu diambil seperti Influenza H1N1, bakal Haji dan juga ke negara eropah tertentu.
Mereka yang kurang antibodi, samada diberi suntikan berkala antibodi atau vaksin mampu membantu sistem pertahanan tubuh badan dengan lebih baik.
Friday, May 4
Rasa Tutti Frutti Presint Diplomatik
Da lama aku tak blogging sebab kerja luar dari pejabat. Rezeki freelance pun adalah sikit2 so susah sikit nak keluar rumah tambah plak projek pejabat guna language baru. Hari ini Jumaat, banyak perkara dapat aku lakukan sebab bercuti. Tak lupa juga untuk renew lesen sebelum 22 Mei 2012 sebab baru ditahan polis trafik di Presint Diplomatik-pegawai tu yang ingatkan aku untuk renew. Perkara-perkara macam ni kena ada duit walau sikit pun mesti pakai duit.
Perjalanan balik, aku singgah di Tutti Fruiti, aku ni jenis suka makan hanya yang tradisional sahaja tapi memandangkan rakan ada terlibat francaisi Tutti Frutti ni, aku kenalah update siket knowledge untuk ambil peluang merasai suasana dalam kedai dan menu disediakan. Takut nanti aku tak foolow up bisnes kawan2 pula hehe.
Mungkin gaya makan macam ni kurang sesuai bagi kumpulan aku tapi biasalah apa2 jenis perniagaan, ada kumpulan sasarannya dan peminatnya. Apa pun bolehlah mengenyangkan. Harga RM 5.30 untuk 100 Grams, tapi aku kena RM 9.80 untuk cup aku. Orait masa untuk balik siap2 ke masjid. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
-
Link Berkaitan AIRCOND: SILA BACA DENGAN TELITI 1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA 2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN 3- 4 TUTOR...
-
1. AIDS disebabkan HIV HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit ...
-
MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I - PILIHAN Pening juga apabila kenderaan telah sampai mileage , kita kena tukar minyak enjin...







