Saturday, May 12

Model Baru Proton

Ini adalah model jualan Proton yang terbaru dinamakan Proton Pre've. Spek dan paparan  aku kongsikan agar manfaat kepada peminat Proton di luar sana. Model ini adalah spek tempatan dan luar negara sebab telah lulus ujian tempatan dan piawaian antarabangsa. Jaminan 5 Tahun atau jumlah batuan yang ditetapkan (Tak ingat jumlah batuan jaminan)



Rasanya sama ke model di bawah ni dengan model pameran di atas?
Proton akan melancarkan kereta sedan terbaru dalam waktu terdekat ni. Tempahan boleh dibuat serendah RM500.00. (Ayat Sebelum Lancar Model)

Jom Belajar Mekanik Sekejap


Kali ini, kita bersama kongsikan ilmu mekanik berkenaan :


  1. Ringkasan Miliki Kereta Audi
  2. Kepanasan Melampau Enjin Kenderaan
  3. Turbo CFE
  4. Bateri Kerap Habis
  5. RON mana lebih jimat
  6. Perbezaan Water Pump dan Thermostat

Jom Belajar Mekanik Sekejap

Mari kita belajar sedikit tentang Mekanik Kereta. Kali ini kita campur sedikit masalah 

  1. Gear Waja Susah Masuk
  2. Air Radiator Kering
  3. Tie Rod Sering Rosak
InsyaAllah lain kali kita kongsi lagi ilmu ya.

JANGKITAN SEKSUAL & RADANGAN PELVIK - INFO SIHAT




Apa Itu Penyakit Radangan Pelvik?

Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif dan berlaku pada tiub faloppian, rahim, servik dan / atau ovari.

Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID daripada jangkitan seksual (STIs).

Apakah Gejala Penyakit Radangan Pelvik?

Gejala Penyakit Radangan Pelvik adalah pelbagai. Ianya meliputi tiada gejala kepada gejala yang teruk.

Gejala-gejala ini termasuklah:

  • Sakit di bawah bahagian abdomen
  • Lelehan vagina yang banyak, berbau busuk, dan berwarna tidak normal
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Darah haid yang terlalu banyak dengan kesakitan yang berlebihan
  • Perdarahan antara kitaran haid
  • Menggigil, demam, dan muntah
  • Kepenatan yang berlebihan
  • Hilang selera makan
  • Sakit pinggang
  • Kencing sakit dan lebih kerap
Apa Akan Berlaku Jika Anda Menghidap Penyakit Radangan Pelvik?

Apa yang Generasi Y cari apabila ingin menulis dan membaca

 Assalamualaikum, hmmm aku rasanya masih dalam golongan belia lagi hehe. Sekadar sepintas lalu melihat generasi Y sekarang bagaimana mereka survive untuk hidup KIRANNYA kehilangan ibubapa, kehilangan keluarga, kehilangan anggota pancaindera, kehilangan arah, kehilangan duit saku, dan banyak lagi yang boleh kita dikatakan tetapi yang paling ketara bahawa kebanyakkan generasi Y telah mulai kehilangan identiti bangsanya. Perkataan dan ejaan diambil mudah, bahasa tunggang langgang, persepsi pada persekitaran tidak melambangkan tahap intelektual diri melambangkan seorang yang mampu mengurus masalah.Setiap satu kehilangan ini mampu mengubah karaktor seseorang Generasi Y, cuma beruntunglah mereka yang telah diuji pelbagai ujian semasa masih generasi Y.

Contohnya apabila seseorang melihat orang lain dalam kesusahan. Yang membezakan sesama kita adalah tahap kesiapsediaan FIZIKAL & MENTAL kita samada membantu, samada tahu orang memerlukan bantuan ATAU orang tersebut berpura-pura memerlukan bantuan. Aku pernah melihat 1 kemalangan, memang ramai orang yang membantu, ramai juga yang membantu menyesakkan keadaan. Mungkin situasi seseorang itu dalam keadaan tercedera perlulah dikurangkan pergerakkan anggota badan, tapi peliharalah aurat mangsa daripada terdedah kepada penglihatan orang lalu lalang. Itu adalah persepsi orang yang membantu mampu memudahkan mangsa dan memudahkan laluan trafik di tempat sepatutnya.

Begitu juga mangsa yang pura-pura kemalangan untuk mengambil kesempatan, cara kita approach kepada situasi mangsa, mampu merubah niat mangsa yang pura-pura kemalangan ini. Jika kita datang dengan niat baik tapi dengan kelam kabut, tidak sensitif pada sekitaran, ia menjadi satu indikator pemangsa tersenyum untuk ambil plan seterusnya kerana anda telah menjadi lock target
Nasihat aku, di mana-mana korang boleh menjadi mangsa manusia atau mangsa keadaan tetapi ia adalah sebab korang sendiri yang memberi signal dan peluang pada pemangsa. Kalau da tahu kerja banyak, bila bos lalu, janganlah buat2 takde kerja. Kalau da tahu penakut jarang bergaduh, jangan lah follow kereta orang dekat2 nanti makan penumbuk hehe.

Friday, May 11

Kaedah Tanam Kanta Dalam Mata

Info kesihatan kali ini aku kongsikan Teknik atau Kaedah Tanam Kanta dalam Mata. Info kesihatan seperti ini seharusnya disimpan sebagai koleksi kerana mungkin ia tidak diperlukan hari ini, tapi mungkin diperlukan hari esok.

Dan kelebihan anda mempunyai maklumat kesihatan  berkenaan mata, melebihi daripada Pelatih Optometris Tahun Pertama hehe.

Sekilas Info Mekanik Kenderaan

Mari kita menuntut ilmu dengan berguru. Ilmu kali ini adalah Sekilas Maklumat berkenaan pengetahuan kenderaan. Yang penting ada maklumat guru yang bertauliah bukan karang cerita syok sendiri ya.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG