Monday, June 11

Parut Keloid

Bab Parut berbentuk Keloid ni agak rumit nak diterjemahkan dalam bahasa perbualan. Kalau orang kata Bab Kesihatan Parut Keloid ni bersepah-sepah di Internet, memang ya, tapi kali ni topik ni diulas oleh pakar-Dr Kuladeva dan diperhalusi dengan perkataan-perkataan perubatan yang aku pun susah nak eja dan sebut.

Kalau rajin, bacalah berulang kali sebab Parut Keloid ni agak sinonim terjadi dikalangan kita akibat kemalangan. Takde siapa nak kemalangan dan kecacatan kekal, tapi diharap artikel ni agak jelas dan mampu mengurangkan simptom dan stigma akibat parut.

Jadi koleksi sebegini memudahkan ulasan dan penerangan khusus secara terperinci dan agak lengkap, dan tak perlulah mencari dan terus mencari beberapa artikel apabila terbayang "Parut Keloid"- tak gitu?

Jangan Salahkan Nasi.............

Kalau cerita bab penyakit ni, ramai cuba mengelak membicarakan makanan@minuman kegemarannya. Semua makanan dan minuman sekadar keperluan 1/3 perut sahaja.

Kes aku kena nasihat di kampung oleh orang tua masih aku ingat sampai sekarang. Bunyi ye lebih kurang mcm ni :

 "Tekak ni pandai menipu, nak macam-macam, memilih perasa dan yang sedap2 aje tak kisah la sedap tiruan atau sedap original, tu yang perut nak menanggung makanan disuap tu patut diutamakan. Tekak ni nak mcm2 aje, tapi lepas tekak ke perut da takde siapa peduli da. Orang tua2 ckp kalau makan ubi goreng dan kopi O pun boleh mengenyangkan perut, jgn layan sgt tekak nak makanan segera dan sedap2 aje, sedap tu hanya paras tekak aje"

Sunday, June 10

Tiada Penawar Batuk Perokok

Peminat rokok biasanya hadir dengan bauan dan bunyian yang senantiasa diperbaharui berdasarkan jumlah rokok yang dihisap. Batuk perokok bukan perkara baru kepada perokok kerana batuk ni sukar dihilangkan dengan pengambilan ubat batuk. Apakah kesudahan perokok yang kerap batuk menunjukkan kemerosotan kesihatan kekal atau sementara?

Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik atau COPD adalah pendamping kaki2 perokok .

* Harga semasa rokok pada Jun 2012 - 20 Batang RM 10.00
--- Right Click on image, open link in new tab

130,000 pemohon pekerjaan ???

Ni bukan cerita dalam negara tetapi di luar negara. Bagaimanakah proses jawatan ni direbut oleh ribuan pemohon?..Kalau berita ni agak skeptikal, aku katakan ribuan sahaja tanpa menyebut jumlah ratusan ribu tu nanti terperanjat pula sebab perkara macam ni belum pernah berlaku di Malaysia tambahan pula jawatan rendah pula tu.

Memang wajarlah Malaysia negara makmur dan aman menjadi tumpuan warga asing halal dan haram. Kadang2 aku terfikir juga bagaimanakah mencipta peluang pekerjaan, bagaimanakah mengawal pengeluaran ribuan graduan ke pasaran setiap tahun dengan pelbagai pendidikan untuk keperluan pekerjaan sebab pekerjaan amat penting untuk cari makan. Jika tiada apa2 boleh dimakan, huru hara negara.

Perodua akan keluarkan kereta Sedan

Perodua dan kerjasama dengan UMW akan mengeluarkan kereta sedan. Tapi bila masanya belum dipastikan. Hanya ayat - dalam terdekat menjadi tanda tanya peminat kereta keluaran Perodua ni.

Yang Pasti, Myvi dan Viva betul2 lah best dan menjimatkan !!! Jangan lelama keluar model baru ya.

Tahukah Jumlah Penduduk Malaysia 2010?

Tahukah anda jumlah penduduk Malaysia pada Tahun 2010 telah mencecah 28.3 Juta - melalui Bancian Penduduk 2010, walau ada bilangan penduduk yang ada kalanya hanya dianggarkan mengikut bilangan ahli keluarga tanpa kehadiran semasa bancian.
 Bancian Penduduk penting untuk komposisi Kerajaan merangka struktur polisasi kesihatan, bilangan belia dan warga emas, keperluan rumah ibadah, pendidikan, kawalan keselamatan, peluang pekerjaan, jaringan keperluan dan pengangkutan awam seperti jalanraya, kajian keperluan tenaga elektrik, bekalan air dan jaringan komunikasi dan lain-lain lah. Bukan mudah kerja membanci ni, sebagai pembanci pun sama sukarnya membanci terutamanya sesetengah bangsa yang khuatir bilangan isirumah dan pendapatan direkodkan.
Kalau ada orang katakan duit diorang lah bayar cukai,bayar gaji kakitangan awam, nak macam-macam lah, tapi korang kena fikir siapa yang apungkan duit korang tu bernilai, berapa kilometer setiap langkah kamu menggunakan keperluan asas yang disediakan kerajaan, siapa yang menyebabkan kamu rasa selamat keluar pintu rumah untuk berniaga dan bekerja atau memenuhi keperluan rutin hak asasi kamu.

Kalau kena Tibi @ HIV, upah jururawat peribadi pun belum tentu sanggup dan berani merawat dengan ikhlas penyakit maut tu..Jadi Jutawan upah pengawal peribadi pun belum tentu menjamin integriti keselamatan kamu 360 darjah. Jadi dengan memahami urbanisasi peradaban dan kebangkitan tamadun, semua perkara2 sosial ni diagihkan pada rakyat juga melalui pusingan bayaran cukai dan semestinya Kerajaan tidak boleh sesuka hati mencetak duit ni melambak-lambak. Tapi yang banyak komplen tak selamat, tak adil di Malaysia, masih beranak-pinak di Malaysia jugak..

Potong Jual Daging Manusia

Makan daging ayam, daging lembu, kambing, itik, rusa , landak, kerbau dan macam-macam daging boleh dimakan.

Tapi korang terbayang tak bagaimana hirisan daging manusia dijual sebagai daging unta dan ia dibeli, dibawa ke rumah dan dimasak pelbagai menu ?...setiap daging ada bau dan aromanya tapi yang ni hmmmmm....

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG