Thursday, July 5

Kanak-Kanak memerlukan Kasih Sayang berterusan

Foto ni diambil di Negara Asia Barat di rumah anak yatim. Ia dikisahkan bagaimana seorang anak yatim melukis seorang wanita yang diibaratkan seperti ibunya untuk jadi peneman ketika ia tidur. Walau foto ini tiada suara, tapi ia menyampaikan emosi dan kasih sayang, sedihkan jika kelahiran di dunia, kita hilang peneman yang utama ketika belum masanya
Korang yang tahu maksud ni, segeralah lakukan terbaik pada peneman masa korang kanak-kanak dulu sebelum ia pergi selamanya. Zuriat kamu akan mewarisi kebaikan@keburukan kamu kelak.

Yang ni foto comel macam budak nakal aje kan, da la buat gaya cute nangis macam tu, tak sampai hati rasanya hehe. Meh cubit lagi hehe.

Kesimpulannya, emosi dan tumbesaran kanak-kanak bermula dari ibu bapa. Setiap saat, kanak-kanak akan merekodkan tindak tanduk buruk dan baik kamu. Janganlah bercerai dan sebolehnya lihatlah anak kamu sebelum buat keputusan...Aku pulak yang sedih :(

Wednesday, July 4

Melaburlah pada ilmu....

Gambar di sebelah aku dapat dari Internet bagaimana seorang kakak terpaksa membawa adiknya ke kelas kerana tiada siapa menjaganya.

"Kemiskinan ada kalanya melunturkan semangat tapi tidak meruntuhkan harapan yang dijanjikan kepada mereka yang sedia melabur"...

Tapi ia lebih bermakna kalau kita sedar diri...

Floria Putrajaya Gamit Pengunjung di Putrajaya

Warna Warni dan haruman bunga sepanjang penganjuran Festival Bunga di Taman Putrajaya (Floria 2012) kini kembali lagi dari 30 Jun ke 8 Julai 2012 di Presint 2 Putrajaya. Marilah sama-sama meriahkan festival ni dan boleh kenal2 bunga baru dan bunga2 berjalan hehe.

Siang banyak bunga warna warni, malam pun banyak aktiviti dan program warna warni tambahan pula bunyi letupan bunga api warna warni dibayangi air tasik...wahhhhh mengujakan lah bile lihat bunga...bunga...bunga....bunga yang mekar2 nih

Tengok tu, sana bunga, sini bunga, pusing kiri kanan pun bunga2, ada bunga senyum, ada bunga berjalan, ada muka bunga, ada bunga betul, ada bunga palsu...huuu mabuk bungalah tak sedar dah berjam aku berjalan rupanya.

Hormon Celaru di Permulaan Baligh

Kali pertama datang bulan bagi perempuan akan menyebabkan kecelaruan identiti dan perubahan emosi. Ada remaja seawal umur 9 tahun dan selewatnya 18 tahun atau ada juga yang tidak mengalaminya perlu merujuk kepada doktor untuk mengesahkan simptom kelewatan baligh ini boleh disebabkan oleh kecelaruan hormon. Antara perubahan besar yang berlaku adalah sistem reproduktif. Perunding Obsterik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Tropicana - Dr Arifah Mohd Amin ada butirannya.

Syaaban ruang memperbaiki diri dan pertingkat amalan

Kita semakin hampir kepada Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Syaaban adalah masa untuk mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebelum kehadiran Ramadhan. Jika Rejab mencatatkan Israk dan Mikraj, Syaaban melakarkan pertukaran arah kiblat ketika permulaan solat 5 waktu. Sebelum kiblat beralih arah, ia berkiblatkan Masjidil Aqsa....................

Tablet Nexus 7 keluaran Google

Baru sahaja Microsoft mengumumkan Tablet Surface, dan kini Google menghangatkan pasaran tablet dengan Nexus 7. Nexus 7 direka khas untuk Google Play. Microsoft dan Google bergerak dengan pengasingan mengikut jenama, maksudnya Tablet masing2 tidak saling bergantung atau boleh diaplikasikan bersama.
Nexus 7 akan dipasarkan Julai 2012 dengan harga RM 636 bersaiz 7 inci.

Era perkhidmatan telegram menjadi sejarah

Bilakah kali terakhir kita menerima telegram?. 1Julai 2012 adalah hari terakhir perkhidmatan telegram. Teringat pada 1997 mendapat panggilan telegram- panggilan melapor diri untuk 2 jawatan. Bagaimana telegram tu dihantar, tak tahulah sebab ia diterima oleh arwah abah. Teringat masa tu betapa pentingnya kandungan telegram hinggakan ia perlu dibuka segera tanpa kehadiran penerima. Masa tu aku tahu bagaimana sepucuk telegram mampu membuat kami sekeluarga berbincang bersama.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG