Wednesday, September 25

HANTAR MESEJ FACEBOOK KEPADA PENJAGA

HANTAR MESEJ FACEBOOK KEPADA PENJAGA

Ini adalah kes terbaru kematian bayi akibat tersedak susu yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak di Presint 9 Putrajaya.

BAYI 5 BULAN MAUT TERSEDAK SUSU DI PUSAT JAGAAN

Bayi Muhammad Danish Rayqal Ismail dikatakan tidak sedarkan diri apabila dikejutkan pada jam 3 petang untuk dimandikan. Tetapi apa yang dimusykilkan adalah  kaedah dan SOP yang digunapakai pengasuh ini memaklumkan kepada ibubapa amat meragukan - menggunakan mesej Facebook?.

Kes ini masih dalam pertimbangan penjaga untuk di bawa ke muka pengadilan setelah mendapat hasil keputusan bedah siasat.

** Menurut Berita Sinar.fm awal pagi 26 September 2013, Taska berkenaan adalah berdaftar, menjaga 49 bayi dan kanak-kanak dengan 5 orang pengasuh.

Nisbah 1 pengasuh = 9/10 kanak-kanak?

Sangat Menguntungkan bukan?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG-knktTw1qaYRobuAIKuFZLghKzHcwullMswEzj0S8Hp14h5rxoT9j6s34dotpt0pBHbaoR_2gi-d6_HMzK4PfyO1G94Uwo4KSDfwyUROH5FRwlhgC3YpM1G8u0J-QxmzX69un7zcJbmB/s1600/6371585362144cb5993ec19e97f5aeed.jpg



Thursday, September 12

NAK BERKIRA-KIRA TAPI TAK BERGAYA JUGA


NAK BERKIRA-KIRA TAPI TAK BERGAYA JUGA

Semua orang tengah panas sebab kenaikan harga minyak petrol. Minyak petrol  agak sensitif berbanding gula, tepung, rokok dan lain-lain.

Mujur SE kadang-kadang ke pejabat menaiki bas atau kereta, cuma sebulan sekali memang wajib balik kampung di selatan menjenguk ibu. Alhamdullilah masih berterusan jadi rutin.

Kenaikan RON95 sebanyak RM0.20 memang memukul palu gendang perang tapi kalau diperhatikan, perbelanjaan makan dan minum masih lagi tinggi, sarapan sahaja melebihi RM5.00. Apa 3 biji kuih tak boleh kenyang ke.  Awak pakai perut tembaga, SE perut daun pisang ke.

Dulu telefon bimbit sekadar topup RM30.00 sebulan berbaloi di kira orang berada. Tapi bila semakin sudah bekerjaya, RM80.00 tu biasa-biasa, tapi income dan bisnes pun takda. Tanda aras KPI mana dipakainya.

Ni Astro Boy, nak pakai Astro di rumah pun tidak tahu ia berbaloi ke. Cukuplah sekadar Unifi. Adakah Astro keperluan wajib?. Terpulanglah kalau mampu, langgan, tak mampu tengok siaran biasa, internet pun da ada. Bersyukurlah takda Astro pun, perkembangan bola sepak tahu juga.

Ingat je lah, momentum gaji naik perlahan je, nak kekal bergaya, cari nahas namanya.  Eleh-eleh, kamu yang letak tanda aras duit tu dalam hierarki hidup kamu. Kamu yang bertegang urat minta perubahan sekeliling mesti suit dengan kamu.

Sekurangnya SE tahu yang mana pertama dan mana kedua...daripada tejelepuk, baik asimilasi je lah.


Wednesday, September 11

BAHAYA URUTAN KETIKA HAMIL , ALAHAN, HAMIL LEWAT USIA

BAHAYA URUTAN KETIKA HAMIL , ALAHAN, HAMIL LEWAT USIA

Khas untuk Ibu Muda daripada Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain. 

Soalan 1 :

Kini Usia Kandungan saya memasuki 18 minggu dan saya telah membuat imbasan ultrabunyi. Doktor memberitahu kedudukan uri saya ke bawah. Bolehkah urutan membetulkan kedudukan uri. Ini antara ringkasan soalan 1. 

Soalan 2 :

Adakah wanita berumur 48 Tahun masih lagi subur jika melakukan hubungan kelamin dengan lelaki berumur 55 Tahun?. 

Soalan 3 : 

Setiap kali hamil (maksudnya berpengalaman mengandung), saya mengalami alahan teruk seperti muntah, pening dan lain-lain. Saya sememangnya ada tekanan darah rendah. Kekerapan muntah pada usia kandungan 3-7 bulan dan 2 kali keguguran sebelum menimang cahaya mata lelaki.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKDVUI5cEWhHBOj4AieB3cQCXqDi7ogMWFJ6la0P1Mgze3w6ibgVjRGwDhYPw73lCFK-mvX7lgRRfrHCZ9D4eNbo-VP-8UCMpLhwml_KWiE1gak1V6sZBWQnXwhPGEFSrizXs18NW1PafJ/s1600/e74f4f6890ac48f59943f5451d30fd13.jpg

Anjing Mastif dijual sehingga RM2.3 Juta

Ini adalah gambaran seekor anjing spesis MASTIF.

Anjing mastif dikenali sebagai anjing yang amat setia dengan tuannya dan juga lambang kekayaan pemiliknya.

Dengan harga AS$750,000.00 sudah cukup membuktikan Mastif bukan milik sembarangan orang.

BISUL DI PUNGGUNG BOLEH BERULANG

BISUL DI PUNGGUNG BOLEH BERULANG

Apa anda harus lakukan sekiranya mempunyai bisul di punggung dan yakinkah anda bisul tidak berulang?

Antara penyebab lazimnya adalah jangkitan kuman (kulit) atau dibahagian dubur (akibat jangkitan kuman dari dubur)

Bisul yang besar dan bengkak perlu merujuk kepada pakar atau doktor dan pembedahan akan dilakukan.

Ada beza antara bisul kecil dan bisul besar. Banyak faktor yang menyebabkan bisul antaranya jangkitan kuman di punggung atau lubang dubur. 

Anal Fistula :
Fistula adalah terowong atau terusan nanah melalui kalenjar dubur. Nanah boleh merebak seperti terowong yang bercabang di dalam punggung. Kadangkala nanah akan pecah dengan sendiri atau kekal berulang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3unApMPkc5nX1uAEhq1NvdCUP5wiEkuw6SI_TS3bH7Eso_CFhR7QczzCoKZXIlkswENT-oVxpi-fDJnz31mSKqYFicURG-sLg6Cx9Uh2wuG5HKpSrU4sblXwYr4CRcAh_WhJ-imU4O7Zr/s1600/074fa54bc1b2427c84544ebde7972d70.jpg

MUDARAT PENYALAHGUNAAN PROPOFOL

MUDARAT PENYALAHGUNAAN PROPOFOL

Pernah mendengar perkataan PROPOFOL?

PROPOFOL adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan rasa mengantuk teramat sangat atau bertindak sebagai pelali / ubat penenang atau hipnotik dan serta merta tekanan darah menjadi rendah.

Pesakit yang menjalani pembedahan selalunya di beri ubat pelali Propofol. Ketika propofol bertindak, serta merta otot pernafasan pesakit menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi (APNEA) serta gangguan degupan jantung.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiApNDOkzY4ZazBTD_3fxM9V480hrfT37Pm_PTZij65ilmA2GLb9Wo8pDgi8S4NiQC6pXqK4faF_6MV6dI8975gmCkzam92D8K_qkviZMJWZ5hEoFQAjBpy7wDkS13eUELz2p7PKc7BhsBD/s1600/4fbaf1bc79584597a7d2ebef0b9e0920.jpg

Tiga Abdul Bakal Doktor

Semalam 10 Sept 2013, hari bermulanya peperiksaan UPSR seluruh Malaysia. SE tahu ramai adik-adik yang berumur 12 tahun masih tidak tahu apa itu masa depan dan cita-cita.

SE pun sama, zaman tu rasanya main parit lagi belakang rumah. Yang selebihnya sudah lupa :).

Mungkin Artikel Tiga Abdul Bakal Doktor ini boleh dijadikan rujukan. Alhamdullilah cerah masa depan jika sentiasa rajin belajar.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG