Monday, November 11

GRADUAN ACCA KE-7 TERBAIK DUNIA

GRADUAN ACCA KE-7 TERBAIK DUNIA

Menjadi yang terbaik antara yang terbaik ibarat melihat cahaya dalam malam yang pekat. Maksud SE dalam ramai-ramai kawan kiri dan kanan, kita tak tahu siapa yang terbaik kecuali kita memerhatikan potensi dan perilakunya secara rutin.  Sebab SE pun tak pandai, jadi memerhatikan orang yang pandai, serba sedikit kita tiru apa rutin ORANG BIJAK lakukan seharian.

Siti Aisah Kamarulzaman, 21 Tahun mempunyai 2 abang yang sedia ada sijil perakaunan profesional dengan keputusan cemerlang. Mungkin terdedah dengan perakaunan lebih awal dan ada bantuan bahan ilmiah yang banyak, Siti Aisah lebih terkedepan ilmunya apabila menjadi graduan Ke-7 TERBAIK DUNIA antara 6,000 graduan sedunia sesi ACCA Jun 2013.

Mungkin kes ini ada kesinambungannya apabila anak-anak menjadi guru mengikut jejak ayahnya, begitu juga profesion lain. Mungkin juga Aisah terdedah dengan angka untung rugi sejak kecil apabila melihat ayahnya seorang peniaga pasar malam.

Apapun Aisah benar-benar membanggakan orang Melayu dan UiTM amnya dan juga kaum wanita khususnya serta umat Islam Malaysia secara imej relatifnya. Mesti gaji Aisah nanti lebih RM 12,000.00 sebulan kan. Tahniah Aisah !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqQUL9eCugK-vX7xrQ8ZdSzR8iEEzilWIdju1vkJQXZFKs0tgbhGhxWL2eW5_0Zod0EzjXBLYiLQlfebDKLLOrP5q4VWlvdPjHsdj-bRiCLy3nmRYgR1Mcxgv25q2RsYt6A8uh1YbnaO4O/s1600/f83ad465260745ddb75fe821f0f175fe.jpg

TIDUR DI STESEN BAS SEBELUM JADI AHLI PERNIAGAAN BERJAYA


TIDUR DI STESEN BAS SEBELUM JADI AHLI PERNIAGAAN BERJAYA

Walaupun hari ini SE rasa tertekan dengan persekitaran kerja, tapi malam ini mari kita soroti berita yang penuh bersemangat ya. Kita ambil 2 kisah kejayaan ini dimulai dengan pakcik ini.

Kumaran Marimuthoo 52, seorang OKU semenjak umur 17 Tahun apabila kehilangan kakinya dalam satu kemalangan. Dia berhijrah ke Perlis selepas bergelar OKU 2 Tahun kemudianya. (SE pun rasa nak berhijrah, dalam fikiran hijrah apa sesuai ni)

Walaupun berkelulusan Darjah Empat, dia bercita-cita ingin mencari duit lebih dengan bekerja di estet bersama 12 adik beradiknya di Sungai Petani Kedah.

Hidupnya berubah sejak mengikuti Kursus Usahawan di Perlis - Jabatan Belia dan Sukan Perlis pada 1980 selain dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan modal awal perniagaan RM500 dan tempat tinggal selain dilatif dengan kemahiran. Besar pahala Pegawai JKM yang membantu Kumaran ya. Pegawai macam inilah yang bagus - mencari & bantu mereka yang tidak berkemampuan.

3 orang anak Kumaran telah menjadi doktor, dan moga anak beliau memahami sejarah ayahnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgkwNgXZkNrePJBCblZysFyr0mxBotgKbLM654v9GQR06v4ILPfLfDa8x0U0MPyGK4y0JgOhQwva5YJ2grtiLHeegJfJGi5jcyUf7O2moAGGhYXGQs3WRer3nF-FOwUyleVdig2wMzakL6/s1600/42777ba860d74b03b48829919985d771.jpg

Thursday, November 7

ATK FRAMEWORK - UBAHSUAI ATK ATTRIBUT DENGAN FAIL *.LNG

ATK FRAMEWORK - UBAHSUAI ATK ATTRIBUT DENGAN FAIL  *.LNG

SE sedang dalam proses memahami penggunaan Framework ATK - Achievo ATK dengan menggunakan IDE - Zend Studio, versi 5.51 (Versi terkini 10.5).

Rujuk paparan  Attribute bagi Tambah Data Tarikh Notis KKM seperti berikut :



1.Fail dalam module/class.inc

 $this->add(new atkDateAttribute("tarikh_notiskkm","","", 0, date("Ymd"), AF_HIDE_LIST|AF_OBLIGATORY));

2.Fail dalam eng.lng

<?php  $en = array('tarikh_notiskkm'=>'Tarikh Notis KKM',); ?>
 
Perkara 1 - Memaparkan panggilan class merujuk kepada field 'tarikh_notiskkm' daripada pangkalan data. Ini adalah nama sebenar field.
Perkara 2 - Ubahan nama 'tarikh_notiskkm' kepada 'Tarikh Notis KKM' untuk paparan di Pelayar Web. Jika default ia hanya memaparkan Tarikh notiskkm.

Nota : Sekiranya anda menggunakan IDE Zend Studio Versi 5.51, kandungan Folder Languages adalah kosong (seperti imej pertama di atas), tetapi tidak bermakna tiada fail di dalamnya. Sila rujuk folder di Localhost anda secara manual. 

Masalah ini yang SE cari selama seminggu baru tahu hari ini, rupanya fail eng.lng  ada dalam Folder Languages mengikut class modules masing-masing.

Thursday, October 31

KODING PHP PENUKARAN FORMAT MATAWANG


KODING PHP PENUKARAN FORMAT MATAWANG
 
Paparan Pelayar Web menukar format jujukan nombor bersiri kepada pecahan ribu mengikut format paparan matawang.

Class Currency secara automatik menukar jujukan nilai integer kepada pecahan koma format ribu.

Sesuai digunakan dalam kiraan sistem hasil dan sistem berkaitan matawang.

Selain memudahkan penukaran format, ini adalah contoh barisan koding mencipta function bagi mengurangkan tindanan koding berulang untuk gunaan sesuatu persekitaran (library). 

Tuesday, October 1

3 PELAJAR TERUJA WAKILI MALAYSIA

3 PELAJAR TERUJA WAKILI MALAYSIA - VERSI JAWI

Keratan akhbar ini mengisahkan 3 pelajar tingkatan 5 begitu gembira dan teruja dapat mewakili Malaysia ke pertandingan Kuiz  Asean yang diadakan di Kemboja pada Ogos ini (2013).

Pelajar terbabit ialah Brendon Ling Ki Chai dan Amilia Muhammad Arif Satingan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Metodist Sibu Sarawak dan Nabil Arshad Muhammad Nuraidi Putera dari Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1 Putrajaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi65iklauiNaKbTgC9Z_iVPlg5lt-VjCJv44IFVoRaOwekScWrpHYtbqE-IRNh_jpRt_qg1ZJT1xQEDTm1sVuO0G7dc_u2scO0w7M1Pw3JYqggwi4NWAewB1LudW8Vtiv4BAk6ee_jBeVwA/s1600/c3684769d7fd47fd8dfcbe786b8b88bf.jpg

MENJADI SARKASTIK BERJAYA

MENJADI SARKASTIK BERJAYA

Sarkastik seringkali disalahertikan masyarakat yang berpandangan ia agak biadab, tetapi hari ini kebolehan melahirkan penyataan berupa sarkastik atau sindiran adalah kemahiran yang mesti ada untuk menyampaikan tujuan.

Semestinya tujuan itu beserta niat baik atau niat tak baik terpulang pada penyampainya.

Teknik sarkastik ini adalah kaedah membalas atau menyatakan sesuatu secara berlapik dan tidak sembrono mengguris perasaan pihak yang ditujukan. Hati-hati menggunakan sindiran, takut dibalas dengan tumbukan pula.

Pada SE, sarkastik berlebihan kurang elok jika diamalkan. Cuba bayangkan seorang bapa mempraktiskan sarkastik kepada anak bujangnya setiap hari, dah jadi seperti perempuan mak nenek kan. Mana boleh Hero jadi macam tu, sesekali ok lah nampak nakal.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO-zxlHqLJzrW7KcqsbZjKVnuGpruvH-P7WsAVCGRlEMoxSZfMROMcLqxYoMPO9A622OL65S0eP4isZdekBWCcUHsShqYQ54dBdmw5ky9qhzdfplJ_EO5D2vz8S_oe99q9o1CX5tj7JP1F/s1600/7641949c8d3c454eaddba2f199d05249.jpg

LAMAN SOSIAL BANYAK NEGATIF BERBANDING POSITIF

LAMAN SOSIAL BANYAK NEGATIF BERBANDING POSITIF

Laman Sosial Banyak Negatif berbanding Positif.

Berikut adalah temubual Jawi bersama tokoh bekas Mufti Negeri Johor (Sekarang Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor), Dato' Noh Gadut.

Artikel ringkas dalam Bahasa Jawi ini sekurangnya dapat memperbaiki serba sedikit kemahiran membaca anda.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmfPftQE4mKP6jvBMam2SdmL-9XIxX0zlzGCfDRF8LOSIGObXt8o93ImhYdx5xf0MXNc96hU7ST8UiN6z81zHqi-ZNkXoDj6zoAr6C4WI3gXjpHMOncbWOnsnOopxrhZHlKXrITM5Pccis/s1600/02b518f8f1e047fc8db4ac0a82d096e6.jpg

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG