Sunday, April 27

BERDENGKUR TANDA AWAL PENYAKIT - OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA (OSA)



Obstructive Sleep Apnea ( OSA) - laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Simptom ini akan menghasilkan dengkur.

Tisu yang membengkak di dalam hidung boleh menyebabkan halangan saluran pernafasan selain tulang rawan yang bengkok turut menjadi punca masalah ini.

Selain tidur memerlukan suasana ruang bilik yang tidak terlalu terang untuk penghasilan hormon diperlukan badan, kekurangan oksigen semasa tidur juga boleh mendatangkan masalah pada jam tidur dan perkembangan emosi kerana tidur yang TIDAK BERKUALITI.

FAKTOR OSA dalam kalangan Dewasa ialah Ubat ANTI DEPRESI, Ubat tertentu, Ubat tidur, ALKOHOL dan MEROKOK.

PERHATIKAN RISIKO OSA :

Lemah Jantung apabila otak menyampaikan mesej TIDAK CUKUP Oksigen menyebabkan jantung mengepam lebih kuat disebabkan halangan pada saluran. DIGALAKKAN tidur mengikut sunah iaitu mengiring dengan tidak menindih jantung. Bayangkan apabila tidur dengan bantal menutup muka juga boleh menyebabkan lemas selain DARAH TINGGI, ANGIN AHMAR, Lesu dan tidak fokus.

Untuk Memahami masalah tonsil @ masalah tonsillitis, klik sini


Wednesday, April 9

AL KHAZINI DARI HAMBA KEPADA SAINTIS

Besarkan Artikel ?

Abu al-Fath Abd. Rahman al Khazini atau namanya AL KHAZINI merupakan saintis yang berasal dari Merv IRAN.

Asalnya beliau adalah seorang HAMBA tetapi diberi peluang oleh majikannya untuk mendalami ilmu MATEMATIK dan FALSAFAH.

Kedua cabang ilmu ini adalah amat penting menjadikan seseorang bijak seperti saintis.

Kejayaannya dalam astronomi dapat dilihat melalui ciptaan JAM AIR yang berfungsi sehari semalam bagi tujuan astronomi. Banyak bukunya diterjemah ke dalam bahasa RUSIA.

Orang GREEK tidak dapat membezakan antara JISIM dan BERAT dan diselesaikan oleh Al KHAZINI.
AL KHAZINI merupakan orang PERTAMA yang memberikan HIPOTESIS bahawa GRAVITI berubah-ubah bergantung kepada jarak daripada PUSAT BUMI- Teori GRAVITI beliau disahkan benar selepas 600 tahun kematiannya.

Antara teori penemuannya - ketumpatan air lebih tinggi apabila berada berhampiran pusat bumi mendahului teori ROGER BACON yang mengesahkan teori sama seperti penemuan AL KHAZINI.

Wednesday, February 12

SIMPTOM AWAL PNEUMONIA


SIMPTOM AWAL PNEUMONIA

Artikel

Dianggarkan 450 Juta individu dijangkiti jangkitan paru-paru atau pneumonia.

Di Malaysia ia membabitkan 10% daripada seluruh kematian dan pembunuh ke-3 selepas Serangan JANTUNG dan STROK.

Penumonia adalah radang jangkitan paru-paru yang disebabkan jangkitan bakteria dan virus.

Simptom awal pneumonia bermula dengan demam dan batuk biasa. Namun demam peringkat awal lebih panas daripada biasa.
Pesakit adakalanya menggigil seiring dengan peningkatan suhu dengan
batuk berkahak dan berwarna kekuningan atau kehijauan.


Friday, February 7

KULIT BAYI BAGAI PERISAI, TIP MEMANDIKAN BAYI SECARA SELAMAT



KULIT BAYI BAGAI PERISAI


 Besarkan Imej

Bagi menjaga kulit bayi, perkara yang perlu diambil perhatian dalam proses pembersihan adalah ia mampu menghilangkan kotoran dan mencegah jangkitan 99.9% kuman.

 Perbezaan kulit bayi dan dewasa adalah dari segi struktur permukaan kulit, pertumbuhan lapisan kulit, pengedaran dan saiz kelenjar tertentu, oraganisasi saraf dan saluran serta pertumbuhan rambut. Eperdemis kulit bayi adalah 30% LEBIH TIPIS, mudah kehilangan kelembapan kulit dan sistem imun yang masih belum matang sepenuhnya.

Produk pembersihan bayi perlu ada kombinasi ETHOXYLATED ANIONIC, AMPHOTERIC DAN NON-IONIC iaitu molekul aktif yang tidak mempunyai cas elekrik.







 TIP MEMANDIKAN BAYI SECARA SELAMAT

1- Apakah SUHU sesuai untuk air mandian bayi?
2- Berapa dalamkah sepatutnya air mandian bayi?
3- Bagaimana memgang bayi dengan selamat di dalam air?
4- Berapa KERAP saya harus mandikan bayi?
5- Bolehkah saya KELUAR dari bilik air seketika? (Soalan apa ini?)

Besarkan Imej





Thursday, February 6

KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN?, BEKALAN SUSU BADAN BERKURANGAN




KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN? BEKALAN SUSU BADAN BERKURANGAN

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita hamil trimester  akhir bulan mengalami masalah keputihan semakin banyak dan kegatalan di celah peha? Adakah masalah ini akan menjejaskan kandungan saya?

Fauziah Seremban.
Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada BIASA adalah NORMAL bagi wanita hamil.

TETAPI apabila anda mengalami keputihan pekat, berwarna putih seperti krim, kegatalan, sakit atau warna kemerahan sekeliling punggung dan faraj, merasa sakit apabila bersama suami atua ketika membuang air kecil, simptom SEBEGINI adalah disebabkan JANGKITAN.

Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik @ yis yang dipanggil Candida Albicans . Kulat ini ada di dalam badan SETIAP orang dan merupakan sebahagian sistem penghadaman kita.

Bayi anda SELAMAT dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas. kecuali jika berlaku jangkitan ketika bersalin.

Saya ingin bertanya adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor KETURUNAN?


Bekalan susu yang tidak stabil boleh disebabkan banyak faktor. Anda HARUS menggalakkan bayi menyusu LEBIH KERAP dalam keadaan selesa. Bekalan susu berkurangan jika tidak dilakukan dengan kerap. Bayi yang baru lahir PERLU menyusu 10-12 kali sehari. Masa bayi menyusu biasanya 30-40 minit.

Susu badan berkurangan boleh disebabkan faktor meminum kopi (>5 cawan sehari), merokok, ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.



Wednesday, January 22

BAHAYA ALAHAN TELUR


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgabI5yHb-CYtOYJ75iyDjkC3bqupqlPN3H57u6QubS0faL47JGln00bxd_WWuFGE50TRoVTgCsXxQCjxTEly1R1Ljz_ba6kW4tXFRuNxZO3D8Bkz271p5wMnmLnu_FM9ELhiHqW1a0cq2F/s1600/alahan_telur.jpgBAHAYA ALAHAN TELUR

Ibubapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan.

Alahan bermula ketika telur diperkenalkan kepada bayi.  Namun alahan akan hilang ketika berumur 5-7 Tahun.

Reaksi alahan melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Gejala hadir seawal beberapa minit atau 2-4 jam pertama.

Antara ujian mengenal alahan telur adalah Ujian Alahan Kulit dan Ujian Radio Allergosorbent (RAST).

PENYAKIT HUBUNGAN KELAMIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3zF5Bks20sOOeStrnYxLuGzDOlAhJ57SAp8NZ8eVUemuk3IGMYlrLCHxmg7S9yEmebi23pisL5n59SX_TS4y1R6fd8nxzh5AqsmHtD4hdNOVWe8IKHx995s7ziPSQYXx7ddQNmvjyVcbt/s1600/penyakit_kelamin.jpg
PENYAKIT HUBUNGAN KELAMIN

Saya berumur 38 Tahun dan  kini hamil 9 Minggu anak ke-3. Masalahnya saya baru menyedari terdapat ketuat kelamin pada alat sulit.

Apabila ke klini berhampiran, doktor melakukan Pap Smear dan kini masih menunggu keputusannya. Kini saya menyedari terdapat 3 ketuat di sekitar alat sulit.

Saya amat risau dan murung memikirkannya. Saya khuatir berlaku jangkitan kuman terhadap bayi di dalam kandungan. Apa sebenarnya ketuat kelamin dan bagaimana saya mendapatnya, adakah berpunca dari suami?. Apakah rawatan yang harus saya jalani supaya saya dan bayi selamat?. 

Jika suami pembawa, perlukah suami mendapatkan rawatan?. Adakah saya berisiko mendapat kanser serviks?

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG