Friday, November 7

JUALAN DALAM 3 HARI SAHAJA

3 DAYS ONLY!!!
 
Anda pernah membeli antara barangan di atas?

Berapakah harga beras Jasmine Sunwhite AAA dan Pampers Pakai Buang PETPET pada hari kebiasaan?

SE bagi klu PETPET berharga antara RM 29.90 - RM 34.90 di kebanyakan pasaraya di Malaysia. Iklan sebegini mengelirukan. Banyak pengilang menaikkan harga sedikit demi sedikit untuk MENGUJI PENERIMAAN PASARAN  dan pasaraya turut serta main wayang. Gimik iklan mungkin ada betul, mungkin ada tidak betul.

Selamat membeli belah.

Wednesday, November 5

CARA MEMASANG BATERI KERETA


CARA MEMASANG BATERI KERETA

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku memberanikan diri dengan membeli bateri, tapi jarang kita jumpa kaedah yang betul untuk pasang bateri.

Cari di google, semuanya maklumat dapat dari verbal, ada pula tokok tambahnya cabut mana2 soket pun tak kisah-dari mulut mekanik. Ada juga yang sarankan cabut bateri ketika enjin dihidupkan. Ada pula yang menakutkan enjin akan sukar hidup sebab flash memori.

Ini maklumat aku dapat dari kotak bateri. Harap2 pengilang bateri Century ni telah menggariskan SOP terbaik - prosedur menggantikan bateri lama kereta kita.

Tips : CABUT SOKET (-)VE terlebih dahulu, diikuti SOKET (+)VE. Kaedah ini juga sama untuk menguji alternator kereta masih elok atau tidak cuma bezanya tadi semasa enjin dimatikan, tetapi apabila menguji alternator, enjin dalam keadaan hidup. Alternator yang uzur, akan menyebabkan enjin kereta mati dalam beberapa saat.


INGAT :

1- KELUARKAN BATERI DENGAN  MATIKAN ENJIN DAN CABUT KUNCI KERETA KEMUDIAN CABUT SOKET NEGATIF DAHULU KEMUDIAN SOKET POSITIF
2- NAK PASANG YANG BARU, PASANG SOKET POSITIF DAHULU DIIKUTI SOKET NEGATIF
3- JANGAN IKAT PENDAKAP BATERI TERLALU KUAT



* Perodua Viva dan Myvi menggunakan model bateri yang sama. Harga bateri basah di pasaran $120 - $155

Wednesday, October 29

OSTEOPOROSIS DAPAT DI CEGAH DENGAN KAKI AYAM

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik.

**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi

Wednesday, October 1

JIMAT SETIAP SEN DENGAN KEMUDAHAN DEPOSIT SYILING

Assalamualaikum

Mlm ini tepat jam 0001, 2 Oktober 2014, akan rasminya kenaikan RON95 dan diesel. Bukan kenaikan, tapi pengurangan subsidi $0.20.

Implikasi ini mewajarkan peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan-walaupun peniaga tetap menjana untung saban tahun.

Yang rakyat mcm kita ni, xda pendapatan lain tu rasa sangat la.

"Mengapa mesti umum naik last minute???"

Soalan klise orang awam, besar ke implikasi pada pengguna spt kita, lain la pengguna komersial seperti pengusaha stesyen minyak, pengusaha bas sekolah dan pemborong. Mereka akan beli byk awal2, sembunyi bekalan petrol, buat spekulasi dll.

Ingat tak rampasan gula yang disorok oleh peniaga mamak di putrajaya dulu?, pengguna biasa pun paling banyak beli 10kg je boleh guna setahun gula tu- jimat berapa sen sahaja untung kecuali peniagalah.

Belum lagi musim perayaan, barang asas tu je yang disembunyikan, jahat kan permainan peniaga tuuutt.

Simpanlah duit yang ada, berjimatlah, cari kawan yang boleh mencipta idea, menenangkan kita dari cari kawan yang selalu cipta alasan.

SE biasanya dapatlah kumpul syiling yang ada di rumah/kereta tu kadang2 hampir $300 juga. Cuma tahun ini dapat $186.50 sahaja. Alhamdullilah, Bank Rakyat presint 15, putrajaya ni ada kemudahan kira syiling dan keluar resit. Banyak juga bank sudah ada pendeposit syiling, tapi kira syiling ni agak bising, SE pilih bank yang xda pelanggan sgt hehe. Sebab pertama kali, dua malam juga nak mengira syiling ni, dan memang tepatlah kiraannya.

Tak perlu buang masa kira syiling, nak bersihkan ke, maklumlah dah berlapuk dan berminyak hehe..tuang dalam mesin sedikit demi sedikit, nanti yang jatuh tu kira semula. Siap kira, dapat resit, isi borang masuk, ambil nombor giliran, dah siap masuk duit ;)

Tak perlu risau duit syiling lama dan syiling baru. Lepas ni jumpa syiling, simpan sikit2, lama2 dapat $100 kan.

Wednesday, September 24

KESABARAN DI DALAM HIDUP

KESABARAN DI DALAM HIDUP
  1. Hidup di celah batu
  2. Ikan yang gemar melawan arus
  3. Hidup di kawasan air jernih
  4. Ikan yang bersisik
  5. Saiz sederhana besar
  6. Kehidupan yang banyak cabaran
  7. Tinggal di air tawar
Baru-baru ini SE ada mengikuti ceramah agama disampaikan oleh Ustaz dari JAKIM, apa yang menariknya adalah turut diselitkan bagaimana KESABARAN itu menuai keuntungan bagi orang-orang yang bersabar.

Pokok Durian memerlukan bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil yang elok, harganya mahal tetapi Taugeh hanya perlukan sehari dua untuk dituai, malah murah pula harganya. Sabar menuai hasil, sabar dalam kehidupan adalah keuntungan sebenar.


Bagaimana pula mereka yang suka berahsia menjadi PUNCA pihak lain hilang sabar?
Ini adalah mainan dan hasutan dot dot dot, yang cuba jadikan kedua pihak berbalah. Sifat prasangka berlebihan tanpa usul periksa seharusnya dikawal dalam bentuk yang lebih positif.

Di dunia ini, serba-serbi kehidupan, kita telah menjadi leka dan kurang prihatin. Pentingnya prihatin ini dikiaskan seperti :

Seorang ibu yang mempunyai anak kecil leka ketika balik dari kerja, leka memerhati sekeliling, leka menutup pintu, leka di dapur, dan macam2 leka bermain watapps contohnya. Jika ditakdirkan binatang berbisa masuk ke dalam rumah akibat leka menutup pintu, seseorang asing menyelinap masuk, anak bermain di selak pintu terbuka, implikasinya amatlah besar akibat sifat leka ini. Bertambah buruk jika pihak suami disalahkan akibat kesilapan sendiri. 

Bagaimana pula leka dan tidak sensitif hinggakan seorang anak kecil boleh LEMAS dalam besin air? Kes terbaru- bagaimana seekor biawak kelaparan menyerang bayi amat menakutkan. Adakah kita semakin SIBUK dalam hidup zaman sekarang sehingga terlepas pandang pada bayi jagaan kita?

Kesibukan dan kelekaan itu boleh dikurangkan jika kita tahu SISTEM dalam kehidupan, contohnya apa yang awal, didahulukan, apa yang wajib perlu didahulukan, ada kerja siap dalam 30 minit, ada kerja siap dalam 1 jam. Pengecaman masa dalam setiap tugas penting untuk menyusun 24 jam dalam hidup. Kaedah ini berbeza pada setiap orang samada sempurna atau orang kelainan upaya (OKU) kerana pembesaran dalam kehidupan membentuk diri seseorang untuk asimilasi dengan kehidupan yang dipilihnya. Hidup bukan teka-teki yang tiada penunjuk atau bayangan, tambahan pula kita dibantu oleh doa dari ibubapa dan bantuan dariNya.

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah Ar-Rum, ayat 41]

Antara ayat yang menunjukkan tanda-tanda petunjuk atau bayangan kehidupan akan datang akibat perilaku hari ini.

Sifat leka dan bermalasan pada awalnya jika mampu dihidu, boleh dikurangkan implikasi buruknya. Janganlah bercerita 100 alasan untuk zahirkan ia bukan salah diri sendiri. Jangan pertikaikan orang lain mampu, mereka ditakdirkan begitu begini dan sebagainya.

7 ciri ikan di atas adalah ciri-ciri ikan yang berkualiti yang diceritakan oleh Ustaz dalam ceramahnya. Terbayang pula ikan Kelah dan ikan Sturgeon adalah antara ikan mahal yang sedap dan sukar dicari. Ianya menjadi buruan ekslusif pemancing. Bagaimana pula dengan ikan laut dalam? ikan kategori ini tinggi kandungan Omega, tetapi kategori ikan air masin tidak dapat menandingi ikan air tawar.

Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai perkara dan tidak SAMA seperti ujian orang lain. Kesabaran adalah benteng menghadapi pelbagai perkara. Tidak semua hambaNya menjalani rutin harian yang sama.

Adakah anda sabar hidup di uji dalam berkumpulan, dan masih sabar jika di uji ketika bersendirian?

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian ?”
[Al-Ankabut , ayat ke-2]


“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153] 

Thursday, July 24

BUAT ALIGNMENT DAN BALANCING TAYAR

10 Julai 2014 lalu, SE ke  SATO Tyres & Car Service No 31 Jalan 8/1 Seksyen 8 Bangi, untuk buat Wheel Alignment-Caj RM20.00, Wheel Screw (Loosen) sebatang RM35.00, Front Adjust 1 Chamber RM15.00. 

Tapi kecewanya semasa di highway, kelajuan 100KM/j pun dah terasa gegaran stereng dan tayar tidak rata. Sudahlah Wheel Alignment tidak betul, semasa membuka nat tayar untuk adjust chamber pun tidak betul.

Ini kes SE di bengkel ini, semasa mekanik mengetatkan dan melonggarkan skrew tayar, mekanik yang mahir biasanya akan menggunakan teknik silang skrew. Dari segi kejuruteraan, ikatan dan longgar nat pengetat kaedah 'X' ini lebih elok dan tidak merosakkan nat. 

Hasilnya 1 skrew dah loose dan patah. Terpaksalah ganti sebatang RM35.00. Itu pun setelah SE tegur jika nak buka nat yang loose, ketatkan silang nat satu lagi, baru ia rata menarik nat tu. Sekadar buka nat yang tinggal sebatang dan loose tu sampai bila pun tak boleh bukak. Hmm jika teknik buka nat salah, memang tak sempurnalah hasil buat alignment nanti-confirm.

Semalam SE buat semula alignment di Taman Putra Perdana, Caj Alignment RM15.00 sahaja. Balancing RM5 sebiji tayar. Sangat puashati sebab mekanik ajar cara melihat dengan terperinci hasil ditunjukkan di skrin komputer. Ini mesinnya.

Mula2 pilih model kereta, jenis alignment, pilih hasil laporan secara berwarna atau 1 warna.
SE tak dapat amik gambar semasa proses alignment ni sebab jika semasa guru mengajar, jika kita ganggu maka hilanglah step2 penting dia nak cakap. Kalau orang sedang sedap mengajar, seeloknya jangan interupt- sebab ni kelas spontan percuma pun-lagi pun mekanik dah berusia, tak sampai hati nak tanya macam-macam.

Ada  2 skrin di monitor - Yang skrin atas menunjukkan aras graviti Chamber dan skrin bawahnya menunjukkan skrin graviti Alignment tayar. Indikator ditunjukkan dalam % dan warna Merah/Hijau. Mesin ini menggunakan laser, dan kereta boleh diletakkan di luar kedai, pun dia boleh baca cuma tapak jalan tu mestilah rata.

Sangat puashatilah, maklumlah Caj Alignment di mana-mana harganya sekitar RM20 - RM25, di sini hanya RM15 free diajarkan tips lagi. Sempat lagi mekanik ni bagi tips, - jika kita tengok seorang mekanik main mesin alignment tu, awak boleh tahu mekanik tu pandai ke tak, sempat lagi dia cakap harga mesin ni boleh dapat myvi sebuah. Jangan buat di Bangi sebab mahal katanya. Selepas adjust alignment, ujian panduan ke mana-mana tu untuk adjust stereng sahaja.  Kalau mekanik bawa kereta kita jauh-jauh, maksudnya dia masih belajar lagi tu. :)

Jika sekadar buka tayar, tidak perlu buat alignment lagi. Cadangan buat alignment 10,000KM sekali. Apa yang SE kagum mekanik ni, dia boleh ajarkan simptom2 masalah kereta kita awal-awal lagi. Dia cakap ini masalah alignment, tiada masalah lain, dan semasa pusing stereng di simen, dia cakap ada rasa tarik2 kan ke kanan. Mesin Alignment ni macam2 jenis di pasaran, ada guna laser, ada guna kabel, ada guna penimbang air macam kontraktor nak simen dinding tu. Antara tips lain dia tengokkan Drive Shaft ada masalah dan bocor ke tidak. Selain itu, mekanik ni tengokkan spotrem kita melalui penimbang tayar (Caj RM20 untuk 4 tayar) .


Nampak tak kenapa ada bulatan karat di tengah2 tu. Jika kita tukar spotrem, pastikan kita membeli  sekali 4 biji Center Cone Rings berharga dalam RM 80.00 untuk letakkan di tengah2 spotrem seperti rajah di bawah. 


Tak payah pening-pening, biarkan mekanik cari saiz yang sesuai dan pasang sahaja. Pasang spotrem memang sedap sebab agak kukuh dijalanan dan kereta kita tidak berbuai. Jika rem standard, dah bengkok sana sini,  sebab ketumpatan material rem biasa senang kemek dan cepat 'biol' jika terlanggar lubang. Rim yang 'biol' ni, mudah merosakkan gandar dan tayar kita. Lagipun bahaya di jalanan jika tayar meletup. SE pernah alami tayar kereta, haus sebesar saiz syiling RM0.50 di tengah-tengah tayar, nampak wayar dalaman tayar lagi.- Nampak tak ada sebatang skrew bertanda merah jambu itulah yang baru ganti tu.




Semasa tayar di skrew, sebanyak 4 batang skrew digunakan setiap tayar. Apa yang menyebabkan alignment tidak tahan lama, adalah hanya 4 batang skrew nat diikat sedangkan bulatan berwarna karat itu kosong tiada Center Cone Rings. Mekanik ambil sampel Center Cone Rings macam cincin bentuknya. Masalah ini hanya berlaku pada pemasangan spotrem sahaja. Jika setelah buat Alignment dan Balancing masih terasa gegaran, pasanglah alat ini.

Tips elok dari mekanik ini, SE cari di Internet, dan ada web rujukan untuk pembaca di  sini dan sini ya.

Tips yang diajar kali ini, hanyalah tips, mekanik cakap "U nak ganti atau tidak, ikut u punya pakai, aku ajar yang betul saja".







Inilah hasilnya jika selesai pasang Center Cone Rings- tapi ini bukan di kereta SE sebab SE tunggu bajet akan datang hehe. Nampak sangat keperluannya kan. Beli Center Cone Rings, InsyaAllah akan datang.


Kesimpulannya, semasa musim2 cuti besar ini, mekanik memang sibuk dengan kereta banyak nak servis, takda masa nak layan mahupun berbual, mungkin SE agak bertuah, uncle ni ringan mulut, rajin ambil itu ini untuk tunjuk sedangkan ada lagi kereta menunggu nak buat alignment ni. :)

Tips Lain : Jangan main telefon semasa di bengkel, tengok kerja mekanik dengan penuh minat dan senyum selalu, ini adalah salah satu cara nak pikat mekanik lebih-lebih lagi umurnya warga emas. Tanya apabila perlu sahaja sebab kita bertanya, yang membuat kerja ni memang penat dan datang awal pagi semasa mood mekanik sedang elok dan masih banyak tenaga.

Wednesday, July 23

SEMAKAN SEMULA BLR/BFR CIMB

NOTIS PENTING TENTANG SEMAKAN SEMULA BLR/BFR

Para pelanggan yang dihargai,

Berkuat kuasa 10 Julai 2014, Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah meningkat kepada 3.25%, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

Selaras dengan semakan OPR, Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan disemak semula kepada 6.85% setahun berkuat kuasa 16 Julai 2014. 

Bank akan menghantar surat pemberitahuan kepada pelanggan tentang jumlah ansuran terkini. Jika anda menerima surat pemberitahuan dan ingin membuat pertanyaan berkenaan jumlah ansuran yang disemak semula, sila hubungi Pusat Panggilan kami di 1 300 880 900, atau temui Perunding Kewangan Peribadi kami di cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic.

Cawangan CIMB Islamic terletak setempat dengan cawangan CIMB Bank di seluruh negara. Terima kasih kerana melakukan urusan perbankan bersama kami dan sokongan berterusan yang anda berikan. Pihak Pengurusan CIMB Bank Berhad & CIMB Islamic Bank Berhad

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG