Tuesday, March 27

Raja Tebuan Sulawesi

Aku belum lihat Raja Tebuan mau pun Ratu Tebuan sebab pernah kena kejar tebuan balik ngaji dulu pun da kira satu larian yang tak perlu toleh belakang lagi. Tebuan dikenali sebagai serangga yang mampu membunuh jika disengat oleh beberapa ekor tebuan sahaja.

Mari kita lihat saiz fizikal tebuan yang digelar raja tebuan di Sulawesi ni. (Tapi lagi dalam dan tebal sesuatu hutan tu, lagi pelik dan besar saiz serangganya)

LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN

LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN

Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazkan adalah :

“مانكالا ساي تيڠڬلكن استري ساي.....﴿نام استري﴾.....سلاما 4 بولن هجرة برتوروت-توروت اتاو لبيه دڠن سڠاج اتاو ڤقسا دان ساي اتاو واكيل ساي تياد ممبري نفقه كڤداڽ سلاما ماس يڠ ترسبوت ڤدحال اي طاعةكن ساي اتاو ساي لاكوكن سبارڠ مضرة كڤد توبوه بادنڽ اتاو كهورمتنڽ اتاو هرتا بنداڽ، كمودين اي مڠادو اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دان مانكالا سابيت ادونڽ د سيسي كادي اتاو محكمه شرعية دان اي اتاو واكيلڽ ممبري كڤد كادي باڬي ڤيهق ساي $1.00 مك كتيك ايت ترطلاقله اي دڠن ساتو ‘طلاق خلو'، اتاو ساي غائب درڤد استري ساي يڠ ترسبوت سلاما ساتو تاهون اتاو لبيه، جك اي اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دڠن بركات اياڽ تيدق ترتوڠڬو لاڬي اكن ساي مانكالا برسابيت ادونڽ، نسچاي ترطلاقله اي ساتو طلاق، دمكين لفظ تعليق ساي.“

“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri - Untuk Rujukan 

Thursday, March 22

Gulai Otak Lembu


Dulu aku Sekolah Tinggi Batu Pahat, kelas Sains. Selalu Cikgu Sains aku namanya Lim Kok Wee sebut "brrrrrr otak lembu!!"..."brrrr otak udang!!" bagi pelajar yang degil melawan cakap.

Otak Udang tu da aku tengok, otak lembu belum pernah bayangkan...Yang cite di Shah Alam ni pula nak menggulai otak kepunyaan lembu.....huhu tak tahu la mungkin ada yang suka makan, mungkin ada yang tak suka makan....Kalau nak merasa datanglah ke Hotel Concorde Shah Alam.

* Terima Kasih Sir Lim Kok Wee, gayamu mengajar sentiasa menyeronokkan kami di STBP :)

Tahun Depan Tong Gas Memasak kita da ringan



Sepintas Lalu Angkatan Tentera Malaysia ATM




Wajah-Wajah Budak Pandai SPM




Tapi Yang Gambar bawah ni, In Sha Allah budak ni pandai juga bila dewasa kelak, kecuali perangai mak bapak yer macam lem**  sket. Dah tahu tak pandai, kalau sanggup nak belajar jadi pandai kira ok lah...zuriat sendiri pun dibuang....Comelnya baby boy ni....kiut sgt......muahhhhh 20X.....


Wednesday, March 21

Beli Ayam Hidup, daging lebih bersih dan berkualiti


Comel kan makcik ni . Pastu pandai membuat pembaharuan yang sesuai,- penjual-pembeli sama-sama seronok membeli ayam yang masih segar dan tidak mengotorkan sekitaran. Suasana ni kalau sesiapa yang pernah ke Sibu, mesti nampak kaedah sebegini, di Semenanjung ada aku nampak seperti di Ipoh, Parit Raja tapi agak kurang diamalkan mungkin pelanggan lebih gemar kurang kerja - balik cepat dan masak secepat yang mungkin....

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG