Wednesday, July 25

Diet Bulan Puasa dan Gastrik tidak halang berpuasa

 
Assalamualaikum

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun dan masalah senak perut akibat  asid perut yang tinggi atau sakit perut tidak sepatutnya timbul (sila baca 2x).

Mari kita halusi apa itu Gastrik :
Sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut atau gastric dinamakan Helicobacter pylori atau H.pytori.

Untuk mengelakkan gastrik, seeloknya kita berubah tabiat makan dengan serat yang tinggi dan kurangkan berempah. Memang pertama hari berpuasa, rasa perut tidak selesa dan pening2 adalah normal sebab perut telah terbiasa tabiat kita makan pada waktu tertentu. Jadi itu semua adalah perasaan sahaja hehe.


Gastrik sebenarnya bukan alasan tidak berpuasa dan disokong oleh artikel kesihatan ini.

Tuesday, July 24

Cinta Sejati tidak wujud?


Cinta sejati tidak wujud
Submitted by Anonymous on Tue, 20/04/2010 - 21:01

"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?",  "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati. malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'. maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.
sahabat sekalian, ada satu berita yang mendukacitakan ingin saya sampaikan di sini. cinta sejati tidak wujud!. ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.
kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

kerosakan daripada doktrin ini
kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:
  • pasangan berkahwin merasa tidak bahagia kerana berfikir bahawa orang yang mereka kahwin bukanlah cinta sejati mereka.
  • seorang anak muda menolak untuk bersama dengan seorang yang berkualiti hanya kerana merasakan bahawa itu bukan cinta sejatinya.
  • anak-anak muda bercinta monyet yang melompat dari satu percintaan ke percintaan yang lain semata-mata untuk mencari cinta sejati yang tidak kunjung tiba.
maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang. konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.
selanjutnya dalam tajuk ini:
  • doakan untuk mendapat jodoh terbaik dan bukannya jodoh yang ditakdirkan.

Arsenal Lawan Malaysia 24 Julai 2012

Dato Rajagobal da kata, jangan terperangkap dengan taktik Arsenal..Sehingga saat ini di tulis, Malaysia mendahului Arsenal dengan kelebihan 1-0. Harap bertambah atau berkekalan mendahului.

Tapi tahukah sejarah sepanjang pertemuan Malaysia dan Arsenal, haha ni lah aku letak tahun bile kita pernah memenangi perlawanan bolasepak dengan Arsenal.

Nanti aku update lagi ek. Perlawanan masih berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak 2145 PM tadi.
Keputusan Malaysia 1-2 Arsenal

Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetis

Mengikut kajian Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006, 1 orang daripada 7 orang menghidap diabetis.
Namun pakar nutrisi percaya angka itu mencecah lebih tinggi kepada 22% penduduk Malaysia.
Komplikasi atau masalah diabetis boleh dirawat termasuk ubah gaya hidup, pemakanan suplemen nutirisi, bersenam
dengan kerap, dan ujian perubatan mudah seperti HbA1c termasuk pemeriksaan berkala lain.
  1. Makan Sayuran dan buahan
  2. Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam,lobak merah,brokoli atau kacang hijau
  3. Pilih bijirin lengkap bukan produk bijirin yang telah diproses. (Beras Perang daripada beras putih, roti gandum penuh daripada roti putih)
  4. Buang kulit semua daging seperti ayam
  5. Pilih air sejuk dan minuman diet bebas kalori
  6. Kurangkan ambil snek


Saturday, July 21

Filem Percintaan Hindustan


Assalamualaikum,


Hari ini selepas Buletin 1.30 PM, siaran TV3 disambung dengan filem Hindustan "Wake Up Sid".. Da takda cerita apa, tengok sajalah. Kisah Shankar pemuda kampung yang bisu bercinta dengan  Gauri (isteri muda penjaga Shankar iaitu Raja Sahib. Shankar mengikut Raja Sahib setelah kematian ibubapanya dibunuh kerana penemuannya di Lombong Batu Arang-terjumpa mineral berlian, jadi Raja Sahib pun keluar la mata duitannya -zooming mata terbeliak masa ayah Shankar bawa batu arang bercampur berlian).


Shankar (Shah Rukh Khan) mulanya normal tapi disuap dengan arang panas di hari pembunuhan ibubapanya dan jadi bisu. Ni kira komplot Raja Sahib dan konconya la untuk kelepet berlian.
Selebihnya biasalah cerita cinta..ni da lebih 3 jam pun tak abis lagi sambil2 aku membaca nih nak basuh baju pun takut miss cerita plak.
Cerita cinta kalau sudah suka dan jatuh cinta ni tak berkesudahan di tv aje hehe. hah tu dia satu lagi kes gara-gara angau cinta. Jangan ikut tawww




Monday, July 9

Myeg atau Agen Insurans ? Mana Murah & Mudah

Assalamualaikum WBR, Kali ini aku share info melalui semakan bayaran insurans kenderaan melalui Myeg dan semakan online pengiraan insurans setandingnya. Tahun-tahun lepas aku ada juga study buat semakan agen2 insurans dan Myeg masih juga termurah dan mudah. Tahun 2012, aku buat semula semakan dan hasilnya  seperti berikut . Jumlah RM329.11 + RM70.00 = RM399.11. Jumlah ini adalah pembelian walk-in, manakala Myeg RM400 (Bezanya RM0.89) siap kurier dalam sehari sampai. NCD korang kena semak di sini, aku da maksimum dapat 55% sebab tak pernah claim. Yang selebihnya buatlah keputusan.
* Semakan insurans adalah secara online beserta kajian tahun-tahun sebelumnya melalui telefon dan juga walk-in.

Query bagi mengira perbezaan antara dua masa

SELECT
surgery.patient_id,
ref_drug.drug AS ListDrug,
ref_discipline.discipline AS displin,
surgery.surgery_start_time,
surgery.surgery_end_time,
format(((time_to_sec(surgery.surgery_start_time) - time_to_sec(surgery.surgery_end_time)) / 60),0) AS `minit`
FROM
surgery
INNER JOIN surgeon_note ON surgery.surgery_id = surgeon_note.surgery_id
INNER JOIN ref_drug ON surgeon_note.drug_id = ref_drug.drug_id
INNER JOIN ref_discipline ON surgery.discipline_id = ref_discipline.discipline_id

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG