Monday, September 17

Virus Punca Sakit Tekak

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Samril Bokari menjelaskan sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

Sakit Tekak dikenali sebagai pharyngitis dan jika membabitkan bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis

Sakik Tekak selalu disebabkan oleh virus, measles dan alahan.

Bagi kanak-kanak yang ke sekolah tanpa mengambil sarapan atau alas perut, ketahuilah bahawa pengambilan sarapan amat penting untuk tumbesaran dan metabolisma dalam kelas.

Azab Hilang Deria Bau Akibat Kemalangan

Kemalangan kepala biasanya boleh menyebabkan kehilangan fungsi deria bau selain berlakunya ketumbuhan dan hidung tersumbat.

Hilang deria bau membahayakan penghidapnya kerana kita tidak mampu menghidu bau asap kebakaran, kebocoran gas, makanan basi dan lain-lain bauan berbahaya.

Artikel ini di ulas oleh Perunding Pakar Telinga Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharudin.

Melasma Bukan Penyakit

Melasma dikenali sebagai Chloasma atau topeng kehamilan yang biasa dihadapi penduduk Asia.
Melasma dihidapi dengan nisbah Wanita : Lelaki iaitu 12:1.
Melasma bukan sejenis penyakit kerana ia adalah ketidakseimbangan hormon dan pendedahan kepada cahaya matahari - kerap berlaku apabila usia meningkat.

Sebab-Sebab Melasma adalah pendedahan cahaya matahari tanpa perlindungan, pengambilan pil perancang, penggunaan kosmetik/rawatan tidak sesuai dan keturunan. Perlu difahami bahawa kesan kulit terbakar dan pigmen melasma adalah tidak sama. Kesan kulit terbakar paling ketara berlaku disebabkan pengambilan Monosodium Glutamate secara berlebihan.

Tips : Pendedahan Matahari di awal pagi (<11 Pagi) amat baik untuk vitamin kulit

Siap Sedia Hadapi Andropaus Dan Bersin Sesuka Hati Mu


BERSIN SESUKA HATIMU : Tahukah anda ketika bersin, ia boleh mencapai kelajuan 160 km/j. Melalui bersin juga dapat ketahui seseorang itu sihat atau tidak. 

Proses menahan bersin boleh memecahkan gegendang telinga, wajah bengkak, hilang pendengaran dan keretakan tulang rawan serta terkeluar biji mata jika dalam keadaan mata terbuka.

SIAP SEDIA HADAPI ANDROPAUS (Sebutan Kemerosotan Hormon bagi Lelaki). Perubahan bentuk badan, kemerosotan otot dan keletihan di usia 40 tahun ke atas adalah gejala Andropaus bagi lelaki dan Menopaus bagi wanita apabila putus haid.

Ingatan kepada lelaki yang kuat merokok, ia mempercepatkan susut lemak muka menyebabkan cepat tua dan lebih cepat ke arah sindrom andropaus. Merokok juga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan dan, lebih teruk lagi dengan kurangnya pengambilan vitamin dan air mineral.

UMPAN RM 112,140.00 - Pinjaman Yang Tidak Di Mohon

Seorang penjawat awam di Johor Bahru masih boleh bernafas lega apabila pinjaman peribadinya masih berada dalam akaun bank milik beliau.

Tetapi yang menghairankan adalah apabila semua maklumat peribadi beliau telah digunakan untuk memohon pinjaman sehingga diluluskan bagi melabur ke dalam pelaburan jual beli emas tanpa modal-juga tidak dipersetujui oleh beliau.

Kes beliau telah dilaporkan polis dan juga kepada Pengerusi Persatuan Pemuda dan Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor. Dengan pinjaman RM 112,140.00, beliau perlu membayar melalui potongan gaji sebanyak RM1,803.00 sebulan dan telah berlarutan melebihi 7 bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Rosman Omar menasihatkan mangsa agar tidak menggunakan sesen wang dimasukkan lelaki tidak dikenali ke dalam akaunnya kerana ia menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 5 Tahun dan Sebatan...hmm susah juga, kalau wang/aset dah jadi kes, ia tidak boleh dipindah milik atau dilakukan apa-apa transaksi  ke ASB atau apa-apa transaksi sehingga mendapat kebenaran mahkamah.

Urutan Melayu Penuh Adab



Bagi memantapkan dan memartabadkan kerjaya urutan Melayu, Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA) yang berdaftar di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan menubuhkan Akademi Urutan Melayu bagi melahirkan tukang urut profesional.

Seramai 22 orang graduan Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menjadi kumpulan perintis dianugerahkan Diploma Lanjutan Urutan Melayu. Pensijilan dan profesionalisma amat penting bagi memantapkan kerjaya tukang urut Melayu sebagai promosi kebaikan urutan melayu tradisional selain menyelia agar teknik urutan tidak membahayakan pesakit seperti kes lumpuh dan kegagalan otot.

Mersing Laguna dibatalkan

Projek Mega Laguna Mersing yang dimeterai 25 Februari 2012 telah dibatalkan akibat pemaju gagal mematuhi perjanjian meningkatkan modal berbayar RM 200,000,000.00 dalam tempoh 6 Bulan ditetapkan- Titah Sultan Ibrahim di Majlis Ulang Tahun Regimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar Mersing.

 Projek RM 22 Billion di atas tanah 809 Hektar di jangka siap tahun 2019. Sultan Ibrahim turut menyatakan komitmen untuk memantau setiap pembangunan di Negeri Johor bagi memastikan ia benar-benar bermanfaat kepada rakyat Negeri Johor.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG