Thursday, January 2

KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL, JANGKITAN KULAT PUNCA KEPUTIHAN

 KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

Mengapakah BUKU LALI & JARI KAKI saya mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah 9 BULAN? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak?

- Tekanan daripada darah yang terkumpul memaksa air turun dan keluar melalui saluran darah kecil kapilari masuk ke dalam tisu tapak kaki dan buku lali.

- Ubatan jenis DIURETIK TIDAK sesuai digunakan semasa hamil yang akan menyebabkan GINJAL mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara DIURETIK.

- Gunakan kaedah MENINGGIKAN KAKI untuk membantu melancarkan peredaran darah, ELAK duduk atau BERDIRI terlalu LAMA dan JANGAN menyilang kaki semasa duduk.
- Pakai STOKIN TEKANAN yang boleh didapati di farmasi.
- MINUM BANYAK air, banyak berjalan, berbasikal atau berenang.
- ELAKKAN SODIUM berlebihan.


JANGKITAN KULAT PUNCA KEPUTIHAN

Apakah yang boleh dilakukan apabila WANITA HAMIL 8 BULAN mengalami masalah keputihan yang semakin banyak dan kegatalan pada celah paha?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Rl1wFqrL91jntjheuAFe_Gl9iV78HMMtlszBmVrxuK-ZeElA9XdcFT_E3NbNVWGXwSkLLYQnFYU4XwifsuHS0bOqiLb2pmvNwN_fh0Nwg7yjhg_13_pOkoNYCoer9uDjtu8Jnuk9DF5c/s1600/1e1d78b9bc3341afa42afd29f5055b15+copy.jpg

6 TAHUN TUNGGU ANAK, DOA SEORANG IBU, 7 ADAB TERHADAP IBUBAPA

6 TAHUN TUNGGU ANAK

Hampir setiap hari Aci - Seeni Aishah Abdullah (India Muslim) akan menunggu di pintu depan @ pintu belakang dengan harapan anak lelakinya (2 Orang) akan menjemput pulang dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas sejak 6 Tahun lalu.

Muji Sulaiman, Pengasas Rumah Jagaan Orang Tua berkata, Seeni (Aci) dihantar oleh anak lelakinya pada 2008.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_PMNGpypPIJ6sHygw-E9i67hr2_GJ6_KYjTtWD01KBcoVsz_T4_YfqnbwKWySwXP5WASAy5mqyAdUwTWlyfNDX-a6sXvETGDqik60vdlwJI4AbTZlGNKD5J4TPB_rfUTL0XDeecxTJTLt/s1600/d6e0b5fb4ffd44fb9662a5ac2875bcbb+copy.jpg


MAYAT TIMBUL SELEPAS SOLAT HAJAT

Mak & Ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan ayah, mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh. - bisikan Tuminah Taib 54 Tahun ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin selepas jenazah anaknya dikafankan di Hospital Dungun.

Tuminah dan suaminya Jainuri Taslim 52 Tahun yang bekerja di Kawasan Perindustrian Batu Pahat bergegas ke Dungun dan tiba pada jam 0430 pagi bersegera ke pantai dan melakukan solat hajat, bacaan Yaasin dan memohon doa agar anaknya yang lemas dijumpai semula. Kasihnya seorang ibu diulangi semula dalam doa selepas solat Subuh.

Permintaanya dimakbulkan Allah apabila setengah jam, jenazah anaknya ditolak ombak dan terbaring di atas sebuah batu di pantai itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcxZ96DDVXEXTIsj1hSBXG1ejdamseiT6klgM1eNJFh79lYmPkhHMKKkwUdAguxgmfH5rcsjpzreyJu95rNdaYqqka7eLnMwDbFP0H3uZUc77BiHwSJ0ZHBpSON3V47LRu_MhyphenhyphenjvQJ5b4C/s1600/3029c1b8dc7d440ea29780bd1dd1cb7a+copy.jpg


7 ADAB TERHADAP IBU BAPA

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’ : 23)

 Firman Allah SWT: Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)

Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini sesuai dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda menjawab kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah kepada ayah. (riwayat Al-Bukhari)

HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam. Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)

 Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)

Thursday, December 26

NISMO JADIKAN NISSAN ALMERA GARANG

NISMO JADIKAN NISSAN ALMERA GARANG

Perbezaan ketara nampak daripada pemasangan bamper depan dan belakang serta pada bahagian sisi kiri dan kanan selain rim aloi bersaiz 16 inci. (Harga pasaran sebiji tayar 16 inci RM330 ke atas)

Pakej ALMERA NISMO :

1- NISMO PERFORMANCE PACKAGE RM13,000.00
2- NISMO AERO PACKAGE RM8,000.00

Lain-Lain ?

NISSAN ALMERA
NISSAN GRAND LIVINA



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiMXNJegbW6NXxWtA7w-MMAboO46UtXqddPQQRk27qhtnzTzp2Y6SGQjQVtTcZI3bjFWNnkkYotrmi-UAYPbHNIftau-9JfdyWZu46VfpsHjsHAZLC4Y8AVWW7ZYGq1zuoX2l5vBg5RMi2/s1600/nismo.jpg

DHA PENTING TINGKAT FUNGSI OTAK BAYI

DHA PENTING TINGKAT FUNGSI OTAK BAYI
Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi perlu untuk perkembangan otak.

Docosahexaenoic Acid - DHA adalah asid lemak OMEGA-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk  fungsi otak yang baik walaupun dikalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan NEUTRON dan TRANSMISI MAKLUMAT untuk daya ingatan dan pembelajaran - Macam IKLAN Susu Graviti mama.

80% daripada pertumbuhan dan Perkembangan OTAK berlaku dalam 1365 HARI PERTAMA DALAM HIDUP iaitu bermula dari dalam RAHIM IBU SEHINGGA USIA 3 TAHUN.

Perpindahan DHA daripada darah IBU ke dalam URI Adalah PALING LAJU BERBANDING ASID LEMAK LAIN.
DHA levels in breast milk are higher if a mother's diet is high in fish.

Ordinary types of cooked salmon contain 500–1500 mg DHA and 300–1000 mg EPA per 100 grams. Additional top fish sources of DHA include tuna, bluefish, mackerel, swordfish, anchovies, herring, sardines, and caviar.

Diets that consist of high doses of omega-3 fatty acids help prevent strokes. There are fewer strokes in countries where people consume high amounts of omega-3 fatty acids, such as Japan and Sweden.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggKS-F3NEQYMbZ8Vl3cXJyQLV66tXyPN9B_wtXsGVc-qsYfSV1ZAlL4tb2Eb0_07Jy14351m2S4C8WioTxmdj0rQ86huDMEsRsDovMumsyO7gA7rH_g897ax9Xx0-IXZmGkb-avIjRLdym/s1600/DHA.jpg

Tuesday, December 24

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO

http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

KLIK SINI UNTUK TANDATANGAN PETISYEN ONLINE. Sebanyak 35973  telah berbuat demikian sehingga 24 DISEMBER 2013 JAM 0917AM

Kerajaan Malaysia perlu menyekat terus aktiviti 54 NGO yang termasuk dalam gabungan Comango kerana telah melakukan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti establishment, bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan perlembagaan negara. Antaranya termasuklah:

1) Membenarkan kebebasan untuk murtad
2) Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
3) Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
4) Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
5) Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
6) Mendesak penghapusan hukuman syariah


Monday, December 16

TNB LANCAR myTNB

TNB hari ini melancarkan aplikasi android/iOS untuk kemudahan pelanggan tenaga elektrik. Beberapa iklan turut kelihatan di akhbar. Ia dibangunkan untuk iOS dan ANDROID.

Sistem yang dibangunkan agak kurang mesra dari segi capaian akses dan tiada keterangan lebih lanjut penggunaan KWH.

Pengguna boleh download dan daftar menggunakan emel, terima kod dan sahkan pendaftaran selanjutnya.

Tiada senarai bil terdahulu dan ia tidak syncronize dengan akaun pengguna online terdahulu. Kenapa perlu daftar semula sekirannya pengguna telah ada akaun di TNB e-Services?


Sewajarnya, capaian android adalah menggunakan jari, dan capaian konvensional menggunakan tetikus. Ia harus bersesuaian dengan fungsi yang mampu dicapai pengguna dan kemudahan mobiliti.

Sistem sediaada TNB yang lama lebih mesra dan terperinci. Malah jauh berbeza dari keluaran Android dan iOS. Perlu ke anda memuat-turun Versi Android & iOS ini jika sistem paparan pelayar web memberi lebih banyak kelebihan?

SE mencadangkan eloklah membangunkan Laman Web Responsive atau kebanyakkan paparan blogspot versi mobile.

Kesimpulannya, SE lebih mesra dan selesa dengan sistem TNB e-Services yang lama berbanding yang terkini - mungkin selepas ada pembaharuan dari TNB kelak.


Tuesday, December 10

RAHSIA WARGA EMAS BERUMUR 107 TAHUN

RAHSIA 107 TAHUN :

Kopi O dan Ulam Pegaga antara amalan rahsia seorang warga emas terus kekal sihat sehingga 107 Tahun.

Kelewatan membuat kad pengenalan ketika kecil menyebabkan umur Saadiah Hamad dari Simpang Empat Permatang Buloh tidak mencatatkan usia sebenar tetapi hanya berusia 99 Tahun.

"Kami sekeluarga sering makan ulam keran tinggal di kampung dan kebanyakkan berusia panjang. Ibu pula memang tidak lepas kalau ada ulam pegaga dan selalu bangun jam 2 pagi untuk minum kopi O

kata anak bongsu Saadiah, Aishah Salleh 67 Tahun.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZSCRwvYbaDSnzx5LjnQMORsXey6VnPFFC9HbHJKSCx72gNdfEyXARtnwOvst_pTWV5Jb4W74zek0551OWsPNT7KkhTDD3YVdqjwDv4lzrPm3zWBpvCDraaXs8rMm3JSFCpFYs70yIFYdz/s1600/nenek.jpg

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG