"Wahai Orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu"
Mufti juga telah memberi nasihat kepada mereka yang gemar memetik ayat-ayat Al-Quran sewenangnya di Facebook atau blog tanpa memahami keseluruhan petikan tersebut agar tidak sewenangnya menggunakan petikan Al-Quran - tak termasuk lagi yang kafir dah pandai memetik ayat Al-Quran dalam ceramah politik.
Jika difahami kebanyakkan petikan yang dipetik mesti agak bias kepada pemilik blog @ fb tersebut kan-senang kata, lebih kepada memenangkan diri sendiri bukan kepada manfaat orang lain. Tapi Alhamdullillah kepada mereka yang berniat baik menyedarkan umat melalui petikan Al-Quran dan Hadis, yang segelintir sahaja tidak berniat baik ni agar lebih berhati-hati kemudian hari.
Ada juga blog yang menyalin sumber-sumber yang tiada kajian atau secara ilmiahnya boleh dibuktikan. Kes copy dan paste ni agak bahaya apabila kita seolah juara mengetengahkan isu-isu agama yang disalin secara maya untuk jadi hak milik kita. Kalau secara ilmiahnya plagiat.
Jika kita membenarkan hal ini berlaku, samalah macam spam di hantar ke mana-mana emel tanpa ketahui pemilik sah-seperti gosip & khabar angin. Hmm belum lagi mereka yang sekali gagal bercinta dah mengarang cerita cinta mcm novel dan memberi nasihat seperti fasilitator cinta. Apapun kita layannnn....
No comments:
Post a Comment