Thursday, August 30

Insiden Kehilangan Kak Rosimah Bt Mohammad

 
Hari ini 12 Syawal 1433 Hijrah, hari ke-2 allahyarhamah Hajah Rosimah Bt Mohammad, 47 tahun, pergi meninggalkan dunia selamanya. Hari ini juga diadakan majlis tahlil di auditorium, selain di rumah arwah sendiri 28 Ogos 2012 lalu.
Siapa arwah? beliau seorang kakak, seorang ibu, rakan setugas yang paling baik SE kenali semenjak bertugas di perkhidmatan awam. Tiada apa yang dapat digambarkan kehebatan beliau dari kaca mata SE. Seorang wanita yang peramah, murah senyuman, penyabar, tak pernah SE lihat dia lekang dari senyuman. Beliau juga layak dikategorikan wanita melayu islam yang paling cantik dan sempurna SE lihat.

Tiap hari bekerja, jam 1pm, SE dengan rakan selalu main ping-pong, arwah akan lalu ke bilik air untuk ambil wuduk, tiap pagi datang ke pejabat, dan balik pejabat, SE akan tegur/usik Kak Ros sebab arwah datang awal dan balik lewat, tapi kini ia menjadi kenangan...

Isnin 27 Ogos 2012, jam 6 lebih SE sekadar lihat dia tak sempat tegur pun sebab arwah sedang berbual dengan rakan setugas lain. Itu adalah hari terakhir SE lihat dia masih bernyawa. Wajah arwah dikapankan sangat indah, bersih walaupun ada kesan lebam kemalangan. Amat tenang dan beberapa kali SE tatap dengan sebak macam tak puas aje.

Tiap tahun Hari Raya, pasti Kak Ros akan sms menjemput SE atau pun beliau akan ke meja SE memastikan SE balik kampung atau tidak sebab SE balik kampung tiap bulan. SE selalu puji arwah tiap hari raya melalui sms "Terima kasih kak, keluarga akak cantik, baik hati, makanan sedap2, saya minta maaf zahir batin kak, halalkan makan minum saya", begitu juga dalam sms SE tahun lepas. Cara dia kenalkan SE pada ahli keluarga pun tak dapat SE lupakan betapa ikhlas dan sempurnanya insan hamba Allah ini memiliki segalanya di dunia tetapi masih merendah diri.

27 Ogos 2012, sepatutnya SE ingin bertanya bila Kak Ros nak buat open house? mungkin Allah dah tetapkan SE akan ke rumah arwah keesokan harinya untuk lihat arwah kali terakhir. Terima Kasih Kak Ros kerana nasihatkan SE banyak perkara. Pemergian Kak Ros agak memeranjatkan dan arwah datang dan kembali kepadaNya dalam sempurna..SE dan hamba Allah yang lain akan kembali kepadaNya juga, tetapi SE berdoa agar kembalinya aku dalam keadaan mulia, tidak diaibkan, sempurna tugasku, sempurna hutangku, sempurna tanggungjawab dan amanahku. Perjalanan arwah sudah sempurna dan ia kembali menghadap Ilahi. Doakan Kak Ros di kalangan orang beriman sentiasa dalam syafaat Allah.

Dear myself,
You must be focus on what you are going to achieve in the future.Don’t stare too long for the mistakes, but please  take the action. Believe in yourself first before starting the journey. A minute u spend upset is a minute of happiness you’ll never get back…
There was a door to which i found no key; there was a veil through which i might not see…
             People who fail to look back at the past will never able to move forward.
aku paste dari blog Kak Ros

Saturday, August 25

Tips for buying a used car


There are few things in the world better than the thrill of getting a great deal on a used car. The joy can just as quickly turn into sorrow however, as the slow realisation that you’ve made a huge mistake set in. Here are a few tips that can help you avoid getting stuck with a lemon.

Do your research
People tend to read up on their next mobile phone purchase more than they are likely to research a new car. Always do a quick online search on the car you’re interested in, and read what other people think of it. Chances are there’s someone somewhere with valid reasons on why you should or shouldn’t buy it. It helps to know exactly what you’re getting into instead of risk getting nasty surprises in the future.

Decide on the exact model that you want - there’s no such thing as knowing too much. This gives little to no room for the salesman to take you for a ride and if you want to really get clued up, turn up with a copy of Motor Trader under your arm.

Cheap or too cheap?
It may be hard to believe, but overpaying for a used car can be the least of your worries. Owners that are more likely to face issues aren’t usually the ones who overpaid for their cars, but are those who happily accept large discounts for one. If a car is going cheap, ask why. It’s not charity, that’s for sure.

Always know the market price of the car you want, and be ready to pay as much as you can for the best one you can find. There are very few genuine bargains out there, so don’t count your luck on finding one. Just remember the old saying - if a deal looks too good to be true, it probably is.

Don’t go alone
Why? Because you might be blinded by lust, that’s why. Find a car that you’ve always wanted and you’re more than likely to show your excitement to the dodgy salesmen, who will only see you as a big Dollar sign. They will then conveniently forget to mention the car’s flaws as you drool your way into the office, all ready to sign the cheque right there and then. Ka-Ching!

Bring a friend then, or better yet, the old ball and chain. They’re much less likely to go gaga over the car than you are, and having an extra pair of alert eyes by your side can only be a good thing. Besides, if they can to talk you out of buying it, it’s probably not such a great deal in the first place.

Saturday, August 11

Perjalanan Rohani Saudara Baru

Buku yang agak menarik untuk dibaca, aku cadangkan Reflections of Life in the Spiritual Journey. Buku ini aku tak baca keseluruhan, cuma baca sinopsis aja, dan ternampak pula keratan akhbar, jadi aku kongsikan kulit buku tersebut.

Ia adalah rencana pendek bekas jurutera Faheem Puad Abdullah mengenai perjalanan kerohaniannya sejak kenali Islam pada 1982. Harga di pasaran adalah RM15 dan InsyaAllah jika aku terjumpa, aku akan beli.

27 Tahun derita Psoriasis

Mari kita soroti kes kesihatan kali ini berkenaan pesakit psoriasis kembali pulih dengan penggunaan perubatan alamiah.

Sebelum mengenal ubat tersebut, eloklah kita kenali simptom psoriasis lebih lanjut

Ia merupakan sejenis inflamasi atau keradangan kulit yang kronik, TIDAK berjangkit dan bersifat benigna (tidak mendatangkan kesan mudarat).Penyakit ini lazimnya menyerang di umur 28 tahun dan 10-15% pada usia kanak-kanak bawah 10 tahun.

Dosa Tanggang dibalas tunai di dunia

Mengucap panjang apabila berlaku kes anak derhaka kepada ibubapanya. Kes sebegini kerap berlaku apabila menghampiri di akhir zaman.

Ini adalah antara contoh bagaimana anak yang pernah menderhaka kepada ibunya di balas tunai di dunia lagi.
Allah menempatkan si anak merasai sendiri kepiluan di rumah kebajikan yang sama dengan arwah ibunya 10 tahun dahulu.

Si anak mendahulukan isteri kerap kali berkesudahan si ibu yang terpaksa mengalah dan keluar dari rumah. Belum lagi dosa mengherdik ibubapa, di tambah pula dosa menghalau ibubapa sendiri keluar dari rumah. Nasib baik tak disambar petir.


Belajar Mekanik Sekejap

1. Apakah maksud Laju Sama tapi RPM berbeza,
2. Mana lebih berkuasa antara enjin 4G63 dan 4G93?
3. Enjin Volvo mati waktu membelok ke kanan dan semasa brek.
4. Tukar Kotak Gear Kembara dari manual ke automatik?

Itu adalah beberapa panduan ringkas bagi 4 pertanyaan seperti di atas.

PEMBEDAHAN ENDOSKOPI SINUS

PEMBEDAHAN ENDOSKOPI SINUS

Apakah yang dimaksudkan pembedahan sinus secara endoskopi (functional endoscopic sinus surgery).

FESS juga dipanggil endoskopi atau sinoscopy untuk membersihkan halangan atau sumbatan dalam sinus-ruang dipenuhi udara dalam tenggorak.

Kesan FESS:
  1. Melegakan hidung tersumbat
  2. Melegakan sakit di bahagian kepala
  3. Memperbaiki deria bau dan rasa
Besarkan Imej?

Ditipu beli baju kurung di Facebook

Impian 5 rakan melaram membeli baju kurung baru di laman sosial berkecai setelah pesanan tidak diterima. Mereka adalah petugas di sebuah IPTA kerugian RM520.00 dengan purata seorang berbelanja RM100-agak lumayan bukan.
Macam-macam penipuan
sekarang, melalui sms, emel, laman sosial, kenalan rakan...Cuba berfikir sejenak apabila berurusan melibatkan wang, pastikan sekurang 50% jaminan
kita tidak kerugian melalui semakan panggilan telefon, semakan pendaftaran niaga, semakan kad pengenalan melalui SOCSO ke dan
banyak cara yang boleh difikirkan-jika anda particular dan kedekut orangnya.

Wednesday, August 8

Soal Jawab Kesihatan Lelaki

Hmm jangan senyum2 plak bila baca artikel sebelah ni.
Sebenarnya perut buncit bukan salah suami, tetapi salah isteri- itulah yang dikatakan dalam artikel tersebut.

Selain msalah runsing mempunyai payudara yang mekar tapi bukan pemiliknya perempuan.

Satu lagi masalah umum, apabila kaki berbau, disalahkan stokin, kalau stokin salah, carilah stokin kapas yang elok dan kerap diganti.

Itu sahaja rujukan artikel kesihatan kali ni, dan aku masih tersenyum ni hihi.

Friday, August 3

Pasar Malam Tempat Tibi menular

Kebanjiran PATI di tempat awam menjadi penyumbang peningkatan kes TIBI.

Ni lagi satu artikel seeloknya masak dan makan di rumah. Malaysia pernah dikejutkan dengan kes TIBI setelah ia tidak direkodkan sekian lama.Pati dari  Myanmar, Nepal, Bangladesh, India, Indonesia.
Mari kita kaji 3 perkara asas ini sebelum kita mendedahkan pada jangkitan TIBI.
  1. Suntikan bacillus calmete-guerin (BCG) pada umur 12 tahun hanya mampu bertahan 10-15 tahun sahaja. Perlindungan ini pula tidak 100%.
  2. Tibi berjagkit melalui spora udara (berjuta-juta kuman di udara) iaitu Bakteria Mycobacterium tuberculosis.
  3. Kes Tibi tahun 2011 sahaja melebihi 20,000 telah direkodkan dan peningkatan ini seiring dengan kebanjiran PATI.

2 Cawangan Al-Ikhsan dirompak dalam seminggu

Ni bukan untuk menakutkan, tapi keadaan yang merisikokan keselamatan diri tidak semestinya berada di atas jalan raya.

Kita soroti kes 2 cawangan Al-Ikhsan dirompak dalam semunggu. Bayangkan cawangan Al-Ikhsan di dalam pasaraya yang terbuka pun dirompak. Sangat terdesak la perompak ni memerhatikan peluang yang ada.

Jadi motifnya, berhati-hatilah semasa berada di luar rumah anda, dan mungkin tahun hadapan-"berhati-hatilah ketika di rumah anda" pula.

Balai Polis Putrajaya : 03-8886 2222

Belajar iReport Jasper JSP-Parameter

Assalamualaikum WBR.

Semalam 2 Ogos 2012, aku ditugaskan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk berjumpa dengan Pegawai IT-Encik Ibrahim (Tiba 0940, balik Putrajaya 1928). Kesnya adalah sebab aku masih gagal untuk paparkan jrxml & Jasper dalam Internet Browser atau pelayar web. (Jasper adalah hasil laporan dengan menggunakan iReport-Tools mudah untuk reka laporan), cuma masalah tak tahu display dalam JSP.



Ni adalah paparan keseluruhan dalam folder semasa aku buat laporan. Yang bertanda tu adalah fail default. Aku belum kaji secara mendalam, jadi kehadiran fail tersebut aku andaikan penting sebelum terhasilnya laporan.





Ni macamana paparan error.jsp. Kena kaji kenapa ia penting dan perlu include. Kebanyakan Java mengguna library dan laporan ini terhasil di Pelayar Web dalam bentuk PDF.






Yang ni adalah fail JSP biasa untuk panggil Jasper. (Apabila iReport jana fail, ia akan menghasilkan 2 fail iaitu jrxml(Fail untuk edit semula) dan jasper (Yang ini perlu dimasukkan ke dalam server sebab ia telah dikompil). Ia sama macam jika kamu execute Flash, ia akan hasilkan .swf, Fail yang boleh edit semula adalah .fla. (Correct me if wrong). Perhatikan parameter yang digunakan - parameters.put("BaseDir",reportFile.getParentFile());
Aku gunakan parameter BaseDir untuk paparkan imej.





parameters.put("race",request.getParameter(person.refEthnic)); pula berkenaan pemilihan 1 dropdown yang mengandungi Jenis Bangsa di Fail JSP, Apabila submit ditekan, ia akan ke laman JSP rpt_gender_surgery.jasper.jsp dan seterusnya akan trigger laporan di fail rpt_gender_surgery.jasper.

Terima Kasih kepada Encik Ibrahim dari Hospital Raja Permaisuri Bainun


Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH