Semalam 2 Ogos 2012, aku ditugaskan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk berjumpa dengan Pegawai IT-Encik Ibrahim (Tiba 0940, balik Putrajaya 1928). Kesnya adalah sebab aku masih gagal untuk paparkan jrxml & Jasper dalam Internet Browser atau pelayar web. (Jasper adalah hasil laporan dengan menggunakan iReport-Tools mudah untuk reka laporan), cuma masalah tak tahu display dalam JSP.
Ni
adalah paparan keseluruhan dalam folder semasa aku buat laporan. Yang bertanda
tu adalah fail default. Aku belum kaji secara mendalam, jadi kehadiran fail
tersebut aku andaikan penting sebelum terhasilnya laporan.
Ni
macamana paparan error.jsp. Kena kaji kenapa ia penting dan perlu include.
Kebanyakan Java mengguna library dan laporan ini terhasil di Pelayar Web dalam
bentuk PDF.
Yang ni adalah fail JSP biasa untuk panggil Jasper. (Apabila iReport jana fail, ia akan menghasilkan 2 fail iaitu jrxml(Fail untuk edit semula) dan jasper (Yang ini perlu dimasukkan ke dalam server sebab ia telah dikompil). Ia sama macam jika kamu execute Flash, ia akan hasilkan .swf, Fail yang boleh edit semula adalah .fla. (Correct me if wrong). Perhatikan parameter yang digunakan - parameters.put("BaseDir",reportFile.getParentFile());
Aku gunakan parameter BaseDir untuk paparkan imej.
parameters.put("race",request.getParameter(person.refEthnic)); pula berkenaan pemilihan 1 dropdown yang mengandungi Jenis Bangsa di Fail JSP, Apabila submit ditekan, ia akan ke laman JSP rpt_gender_surgery.jasper.jsp dan seterusnya akan trigger laporan di fail rpt_gender_surgery.jasper.
Terima Kasih kepada Encik Ibrahim dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
No comments:
Post a Comment