Wednesday, December 4

RHESUS DARAH PENTING KETIKA HAMIL DAN TRANSFUSI DARAH

RHESUS DARAH PENTING KETIKA HAMIL & TRANSFUSI DARAH


Apakah Maksud Rhesus?


RHESUS adalah PROTIN (ANTIGEN) pada permukaan sel darah merah. Sistem penggredan ini ditemukan oleh Landsteiner & Wiener pada Tahun 1940.

Disebut “rhesus” karena saat itu Landsteiner-Wiener melakukan riset dengan menggunakan darah kera rhesus (Macaca mulatta), salah satu spesies kera yang banyak dijumpai di India dan Cina. Mereka yang mempunyai faktor protein ini disebut RHESUS POSITIF. Sedangkan yang tidak memiliki faktor protein ini disebut RHESUS NEGATIF.

Apakah yang terjadi apabila darah RHESUS POSITIF didermakan kepada Penerima RHESUS NEGATIF?

RHESUS NEGATIF TIDAK BOLEH TERIMA RHESUS POSITIF kerana ANTIGEN D akan dianggap sebagai benda asing seperti virus. Tubuh penerima akan menghasilkan antirhesus. Transfusi darah kali pertama, kadar antirhesus (Pemusnahan sel darah merah@hemolitik) mungkin masih rendah, tetapi kebarangkalian kematian pada transfusi darah yang kedua. Senario ini juga berlaku dalam kehamilan.


Ibu
Ayah
Janin
Suntikan immunoglobulin
Rhesus +
Rhesus +
Rhesus +
TIDAK PERLU
Rhesus -
Rhesus -
Rhesus -
TIDAK PERLU
Rhesus +
Rhesus -
Mungkin Rhesus + / -
TIDAK PERLU
Rhesus -
Rhesus +
Mungkin Rhesus + / -
PERLU

Sebelum sel darah merah itu membentuk antibodi yang dapat mengancam darah janin, SUNTIKAN anti-D (Rho)-immunoglobulin @ RhoGam diambil untuk menghancurkan sel darah merah janin (RHESUS POSITIF) yang beredar dalam darah ibu (RHESUS NEGATIF). Dengan demikian janin akan terlindung dari serangan antibodi dihasilkan IBU.

Suntikan Immunoglobin diperlukan pada IBU RHESUS NEGATIF sekiranya :
a. Keguguran
b. Aborsi
c. Hamil di luar kandungan (ectopic)
d. Perdarahan selama kehamilan


Plasenta umumnya melindungi bayi daripada bercampur darah dengan IBU, namun ada kemungkinan berlaku percampuran darah. Tubuh ibu RHESUS NEGATIF akan menghasilkan antibody terhadap bayi yang mengandungi ANTIGEN D.

Kehamilan Pertama mampu menyelamatkan bayi kerana TUBUH IBU belum menghasilkan ANTIGEN D sepenuhnya, tetapi penentangan ini akan berlaku pada Kehamilan Kedua.

Saat darah bayi masuk melalui plasenta, antibody akan segera masuk ke dalam kandungan dan merosakkan sel darah merah bayi yang mengandungi ANTIGEN D.

Bayi yang terdedah akan mengalami HEMOLYTIC OF NEWBORN DISEASE (HDN) iaitu penyakit akibat ganguan sel darah merah. Anemia, kegagalan jantung dan hydrops fetalis. Ganguan paling ringan adalah menderita penyakit kuning dan mampu merosakkan otak.

Dengan anggaran 85% penduduk dunia mempunyai RHESUS POSITIF, pencegahan dan pemindahan darah amat terhad.



KES : ISTERI HAMIL 3 BULAN, PERNAH KEGUGURAN, BERUMUR 27 TAHUN, SIHAT, DARAH JENIS B RHESUS NEGATIF.
RHESUS SUAMI TIDAK DIKETAHUI.


Sekiranya darah IBU jenis RHESUS NEGATIF, tidak berlaku masalah kepada kandungan atau bayi kerana janin atau bayi juga akan mempunyai RHESUS NEGATIF. 

Sekiranya SUAMI RHESUS POSITIF, terdapat kebarangkalian janin dikandung mempunyai RHESUS POSITIF (SUAMI) ataupun RHESUS NEGATIF (IBU). Risiko yang dimaksudkan hanya terhadap JANIN dan BUKAN ibu. 


Apabila berlaku pendarahan sewaktu janin (RHESUS POSITIF) dikandung atau ketika bayi dilahirkan, boleh berlaku percampuran darah janin atau bayi ke dalam aliran darah ibu menyebabkan terjadinya tindak balas pembentukan antibodi terhadapnya (yang dianggap ANTIBODI asing dikesan). Antibodi ini berisiko menyerang DARAH JANIN dalam kandungan dan menyebabkan komplikasi berkaitan. Ia ibarat tentangan antara RHESUS berlainan.

Perkara yang penting adalah mengetahui sama ada isteri anda sudah mengalami TANDA tindak balas ini sewaktu kandungan terdahulu. Sekiranya keguguran berlaku kurang daripada usia 12 MINGGU dan tiada prosedur ‘cuci’ dilakukan, besar kemungkinan ia belum berlaku lagi. 

Dalam kandungan kini, suntikan ‘ubat’ ANTI-D lazimnya akan diberikan sekiranya isteri anda mengalami pendarahan selepas tempoh tiga bulan ini. Ini untuk melindunginya DARIPADA MEMBENTUK ANTIBODI yang boleh memusnahkan darah janin kandungan akan datang, dengan ANDAIAN janin ANAK PERTAMA dan ANAK BERIKUTNYA juga mempunyai darah jenis RHESUS POSITIF. 


Begitu juga selepas melahirkan bayi, sekiranya bayi diperiksa mempunyai darah jenis RHESUS POSITIF, isteri anda akan diberikan suntikan terbabit dalam tempoh 72 jam selepas melahirkan. Namun jika isteri anda sudah pun mengalami tindak balas terbabit, suntikan tidak lagi perlu.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH