BEZA OIL PUMP DAN PISTON OIL RING
Sebelum ni dalam komen SE ada diceritakan tentang OIL FILTER. Terlanjur kerja di pejabat susah benar nak siap, jadi SE ambil peluang ni mencari lah artikel berkaitan.
Sekarang ni artikel gosip, politik, ntah apa ntah lagi memang banyak, buang masa nak sibuk hal sebegini sebab dunia mereka memang luas dan tiada penyudahnya.
Ada 1 blog yang best [http://mekanikkereta.blogspot.com] boleh kita sama-sama rujuk tentang tajuk OIL FILTER ini. Cerita ini berkenaan OIL PUMP dan secara langsung ada kaitan OIL FILTER.
SE senaraikan ringkas :
Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada
keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas
head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah
mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan
boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.
AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN OIL PUMP
- Enjin kereta berbunyi KASAR dan pelik
- Enjin kereta BERHENTI serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
- Bunyi kuat dari ATAS HEAD
- Bunyi kuat dari BAWAH ENJIN seperti ada benda berlaga
- Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
- ASAP HITAM yang banyak
AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN PISTON OIL RING
Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran BUKAN menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston seperti gambar ubahsuai di bawah (ehsan drpd.highperformancecepontiac.com)
Terdapat 2 BENTUK OIL RING ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung
berselirat. Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung
berselirat (JADI ADA 3 YA). Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk
Piston.
Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok oil ring
berbentuk gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja TANPA mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja. Kerosakan
kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan
kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-
- Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
- ASAP PUTIH berkepul terhasil dari ekzos
- Bunyi enjin kereta yang seperti TERSEKAT DAN MENDAP
- Prestasi enjin menurun teruk
Nota: Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak, crank shaft enjin calar dsbnya.
Ni Contoh Crank Shaft/Piston, Jika nak menjaga komponen ini dan dalam enjin keseluruhannya, gunakan minyak enjin yang elok dan hayat mileage kena dititikberatkan. Ilustrasi gambar hanya contoh dari carian Google.
No comments:
Post a Comment