MEMBACA RESIT THE CHICKEN RICE SHOP
Hari ini aku makan tengahari di The Chicken Rice Shop Alamanda. Cuaca pun elok sangat dan sesuai berjalan kaki. Sebenarnya dekat sangat dengan pejabat, tetapi aku ambil jarak jauh ke Parkson dahulu baru ke TCRS. Macam mana nak kira bil TCRS ni?
Nak senang kira, makan dengan kawan menu yang sama dan bil bahagi 2 orang. Bagaimana pula kiraan GST dikenakan?
GST dikenakan SELEPAS jumlah menu yang kita makan/minum + Caj Perkhidmatan 10% 5%, dapat nilai sub total baru didarabkan dengan 0.06 atau 6%. Dapatlah GST dalam RM1.822 tetapi sistem tunai membuat bundaran kepada RM1.83.
Kalau kita jenis teliti, semua bil jika dibundarkan menjadi genap dah, susah dapat kepada 5 Sen.
Bayangkan harga makanan RM8.98 dan harga minuman pun RM5.48 untuk seorang. Nombor-nombor harga menu ini disetkan kepada nombor 8 ke atas untuk penjumlahan genap dalam resit. Agak-agak sebelum GST, berapakah harganya kan. Naik senyap-senyap kah?, turun kah?, tak turun kah?
Banyak benda baru dan macam teransang minat je nak beli kan lebih -lebih lagi sling beg di Al-Ikhsan Alamanda.
Harganya RM59.00 termasuk caj GST jenama AL. Sedap dan selesa digantung di badan dan banyak poket pula tu. Tapi sekarang zaman berjimat cermat, RM60.00 tu rasanya boleh dapat 2 beg pampers jika Pampers Pet Pet ada sales RM29.90 kan - itu pun jika nasib baik dapat jumpa harga tu lagi.
Selamat menjamu selera......
No comments:
Post a Comment