Wednesday, December 23
UTC MELAKA DITUTUP MINGGU INI
UTC MELAKA JALAN HANG TUAH DITUTUP PERKHIDMATAN DARI 24HB DISEMBER 2015 SEHINGGA 27 DISEMBER 2015 sempena Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Krismas.
UTC akan mula beroperasi pada Isnin, 28 DISEMBER 2015 dari jam 0830 AM - 2200 PM seperti biasa.
Mana-mana yang nak berurusan tu, datanglah hari ini atau Isnin depan kan.
Selamat Bercuti.
Monday, December 21
SEPAGI DI KLEBANG MELAKA
Gambar Ikhsan dari Google
SEPAGI DI KLEBANG MELAKA
20HB DISEMBER 2015, aku berpeluang melihat Klebang selepas proses menambak pantai dan adanya restoren menggunakan bas-bas lama. Sebelum ini aku datang masih dalam proses menambak pantai. Jadi teruja jugalah nak tengok.
Sampai jam 11 pagi, masih tiada sangat apa yang menariknya di Klebang yang panas ni. Jujurnya aku katakan, peniaga-peniaga di sini masih tidak mampu merebut peluang berniaga di kawasan tumpuan ramai yang disediakan Kerajaan Negeri Melaka.
Khemah pun lebih kurang uzur, tisu makan tiada, jual makanan pun satay bebola sotong, bebola ikan, keropok lekor itu sahaja. 4 biji bebola goreng di cucuk pada lidi berharga RM2.00 sebatang...Hurmm, Air Coconut Shake RM2.50 bolehlah juga. Dah hampir tengahari, nasi lemak pun tak nampak jangankan nasi lauk campur. Air panas pun tiada.
Tapi ini hari Ahad, mana peniaga lain? Meja kerusi pun agak uzur dan bas tiada ubahsuai dengan cat-cat lama menjadi stor simpanan barang peniaga. Tak pasti konsep apa bas itu dihimpunkan. Prasarana asas - air bersih untuk basuh tangan pun tiada.
Sebelum ini, aku bersarapan di Ayer Keroh pun kedai Melayu masih macam berpuak dalam berniaga. Susunan pasu bunga sederhana besar menjadi pagar penghalang antara kedai-kedai sebelah. Mungkin kena passport berbeza jika ke kedai sebelah kan. Konsep perniagaan yang agak naif bagi memenuhi keperluan selera pelanggan yang ingin bersarapan pagi.
Makan tengahari di Hentian Klebang A, Kedai Paling Tepi :
1- 7 pinggan nasi putih (Nasi Putih agak keras)
2- Setengah Bahagian Ekor Ikan Merah masak Asam pedas (Asam pedas cair dan ikan agak lama)
3- 1 ekor ikan cencaru sederhana dibakar
4- 1
piring daging masak asam pedas (Daging liat)
5- 1 piring sayur rebung masak lemak (Rebung keras)
6- 1
piring kecil cencaluk
7- 1 kelar ikan pari dibakar
8- 1 piring kacang panjang masak goreng
9- 1
piring telur ikan masak asam pedas (Asam pedas cair)
10- Teh O Ais Limau, Milo Ais, Teh Ais, Air Suam (Air sangat Cair, Milo, Teh tak rasa pun)
Tiada khidmat hidangan seperti di parit Jawa Muar, guna pinggan kaca dan dihidang oleh pekerja yang bersih gitu.
Total RM 90.00 !!!
Makanan : 2/10
Air : 2/10
Kebersihan : 2/10
Nilai Wang : 1/10
Keseluruhan Markah : 1.75 / 10
* Sudah wajar tukar tukang masak/tukang buat air baru
Wednesday, December 16
DIY TEMPAT MENGAMBIL WUDHU
DIY TEMPAT MENGAMBIL WUDHU
Zaman sekarang, tandas sememangnya menjadi tempat mandi, melepaskan hajat, termenung dan kerja-kerja lain.
Kalau ikutkan kuliah yang aku dengar, kita perlu mengkhususkan tempat yang sebaiknya untuk ambil wudhu.
Tetapi
kalau rumah kampung, rumah sendiri bolehlah membuat saluran paip
berasingan di satu sudut sesuai sebagai tempat berwudhu. Sudut ni tak
lah terganggu dengan benda-benda yang kotor dan najis seperti baldi baju
kotor, pampers ke dan percikan najis seperti air kecil dan air besar.
Jika
di Apartmen, tandas agak-agak kecil dan tandas duduk atau cangkung
memang menjadi makruh berhampiran tempat wudhu. Lepas tu ambil wuduk
menghadap tandas pula. Nak keluarkan kos buat paip pun tak sesuai selain
harga, dan tempat kecil. Guna paip getah pun adakalanya air berlebihan membazir dan kena pegang salur paip lagi.
Jadi
gi Kedai MR DIY, beli paip sebegini yang boleh lentur samada mengambil
wudhu di sinki atau pusingkan paip ambil wudhu di lantai pun lebih mudah. Harga kos paip RM35.00.
Jika nak beli tikar getah bilik air 6 keping tu dalam harga RM22.00 di
Mydin. Cari paip yang mudah dibuka dengan hanya gunakan jari sahaja dan
air yang keluar tidaklah terlalu kuat menyembur dengan adanya penapis di hujung
paip ni. Kira mudahlah meratakan air wudhu.
Sebenarnya
kebanyakan orang, mengambil wudhu selepas mandi sambil bertuala.
Seeloknya tuala perlu panjang sehingga menutup aurat atau sebaiknya sudah
selesai berpakaian, barulah mengambil wudhu dan terus mengerjakan solat.
Sunat
sebelum tidur dalam keadaan berwudhu dan sentiasa dalam wudhu dan moga kaedah ini lebih
memudahkan sesiapa sahaja. Berwudhu ini banyak disebut dalam Islam dan
banyak manfaatnya dalam rumahtangga dan gangguan makhluk halus.
Wednesday, December 9
AKTIVITI DALAM SOLAT
AKTIVITI DALAM SOLAT
Ni nak maklum sedikit dari intipati tazkirah baru-baru ni.
- Jika seseorang tidak larat solat dalam berdiri, terpaksa duduk di bangku, Semasa angkat takbir kena berdiri dahulu baru boleh duduk.
- Jika ingin jadikan seseorang di depan sebagai imam, jika lebih dari seorang di depan kita kena cuit bahu imam sedikit dan baru angkat takbir untuk solat untuk maklum imam itu dilantik. Jika hanya seorang di hadapan kita, sekadar berdiri sebagai makmum bersebelahan imam dan angkat takbir untuk solat.
- Jika imam dan hanya seorang makmum telah duduk tahiyat akhir, kita ingin menjadi makmum, kedudukan kita adalah sebelah kanan makmum tersebut bukan belakang imam.
- Jika seseorang sedang solat dalam keadaan tepi dinding atau halangan tertentu, kita tidak wajar jadikan dia imam kerana kemungkinan ia laksanakan solat sunat, qada, jamak dan sebagainya.
- Batal solat jika semasa solat banyak pergerakan, betulkan lengan baju, betulkan kunci, betulkan handphone, betulkan seluar dan macam-macam pergerakan.
Tuesday, December 8
MILO AIS LUAR BIASA
MILO AIS LUAR BIASA
Ahad lepas, 6 DISEMBER 2015, aku memandu balik dari Melaka ke Putrajaya. Kerana melihat laluan PLUS di google maps agak padat dan agak banyak juga kenderaan di Lebuhraya, aku kena ambil laluan keluar dari PLUS seberapa segera.
Alhamdullilah, sempat keluar di EXIT Alor Gajah. Perjalanan dari Alor Gajah ke Putrajaya akan lalu Seremban, Sebelum sampai ke Seremban, aku ambil keputusan TIDAK mahu masuk PLUS Seremban dan menuju ke Lebuhraya LEKAS.
Sampai di Ujong Pasir Negeri Sembilan dekat Ampangan tu (dalam jam 9 malam)-laluan kampung ke LEKAS, singgah la di Kedai makan Hanif Kitchen (Nak kata restoren pun kedai makan ni tak berapa besar, ok2 gitulah maklumlah laluan kampung).
Aku dan rakan hanya pesan 2 minuman sahaja. 1 Milo Ais dan 1 Milo Panas di Hanif Kitchen. Jumlah dicaj adalah RM 6.00. Kalau normal dengan rate mamak di Putrajaya pun milo ais dalam RM 2.40, Milo panas dalam RM 2.00. Baru berapakan?
Aku belanja kawan, dan minta dia bayarkan sambil aku hulur dia RM5.00, maklumlah badan dah tak larat, lepas tu memandu kan sebab dari malam Jumaat hingga Ahad aku sibuk mengecat rumah dan bersihkan rumah di Taman Muzaffar Syah. Masa duduk tu oklah, masa keluar kereta tu rasa sangat dari betis ke pinggang memang ketat.
Cuma dalam kereta tu aku kira-kira semula harga 2 minuman tu memang dah tahap Restoren Piza Hut.
Ni Pic Ikhsan Google tapi sebiji la gelas Milo Ais aku order tu.Cuma bezanya straw kedai ni pakai boleh tarik lipat tepi tu mungkin mahal kat straw kot.
Dah hilang haus, lalu je LEKAS, memang terperanjat juga la kan kenaikan tol.
"Highway concessionaire Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd has
announced new toll rates for exits along the 44.3 km-long highway. The
new toll rates for Class 1 travel, on a journey beginning from the
Kajang Selatan toll plaza, are as follows: RM1.30 (exiting at Semenyih
toll plaza), RM3.40 (exiting at Pajam toll plaza), RM4.80 (exiting at
the Mantin toll plaza) and RM6 (exiting at the Setul toll plaza).
The new rates come into effect on October 15, and replace the current
toll charges, which for the same route are now RM1.10 for Semenyih
(making for a 20 sen increase), RM2.80 for Pajam (a 60 sen increase),
RM4 for Mantin (an 80 sen increase) and RM4.90 for Setul (up by RM1.10)"
Nak lebih sah lagi rujuk website LEKAS
Sekarang baru aku faham kenapa harga Milo Ais dan Milo Panas naik di Negeri Sembilan kan. Mungkin kena beli softpack Milo 400 grams dalam RM7.80 di AEONBig Alamanda, buat di rumah je kan.
Kalau nak lagi cepat kaya, beli terus 10 KG Milo untuk setahun kan.
Wednesday, December 2
BATERI KONG VS BATERI TAK KONG
BATERI KONG VS BATERI TAK KONG
Bagaimana nak tahu bateri kereta kita elok ke tidak. Mula-mula pastikan kita benar-benar membeli bateri di kedai bateri tak kong...
Tuesday, December 1
IKEA CHERAS AGAK SUKAR DIKUNJUNGI
IKEA CHERAS AGAK SUKAR DIKUNJUNGI
Hari ini aku sempat singgah ke IKEA Cheras Jalan Cochrane.
Memang sesak walau hari Selasa dan jam masih menunjukkan jam 12 tengahari sahaja-belum masuk waktu rehat tengahari lagi tu.
Bayangkan jika hari hujung minggu dan keadaan sesak ditambah pula kerja-kerja pembinaan sana dan sini dan jika hujan memang susah untuk bergerak.
IKEA Cheras berdekatan dengan Stesyen MRT yang masih dalam pembinaan, dan juga bersebelahan dengan kondominium serta pasaraya dalam pembinaan juga.
Dengan Kuala Lumpur hujan setiap petang, aku rasa mereka yang nak ke IKEA, tangguh dahululah. Banyak laluan jalan diubah untuk kerja pembinaan dan banyak juga jalan menjadi kecil dengan halangan kon-kon sementara pembinaan.
Suasana dalam IKEA sama sahaja seperti di Damansara cuma dikhabarkan lebih besar dari IKEA Damansara. Barang-barang dan susun-atur pun SAMA dan seperti biasa, ramai orang sepanjang hari. Diulangi ramai orang sepanjang hari dan pelanggan yang menyandang beg besar IKEA kebanyakkannya beg masih ringan juga walaupun menghampiri stesyen akhir. Aku memang jalan lenggang je la takda niat nak beli apa-apa pun.
Beratur membeli karipap pun ramai itu pun belum tahu ada kerusi meja ke tak. Tak sanggup aku nak beratur dan aku perlukan 51 minit (1235PM-1325PM) sahaja untuk masuk dan keluar dari IKEA.
Caj Parkir RM2.00 untuk 51 minit pada hari Selasa dan agak banyak nyamuk serta keadaan kawasan parkir masih berdebu dan kebanyakan tiang-tiang belum bercat dan ditandakan dengan catatan pada kertas bersaiz A4.
Sepanjang dalam perjalanan balik dengan perut masih lapar, pening sebab jalan sesak, jalan berpusing-pusing dan juga rasa tertekan la mencari jalan-jalan pintas. Dalam hati, sanggup juga orang berpusu-pusu membeli makanan dengan alasan waktu zuhur tengahari telah tiba. Gerun juga melihat gambar-gambar pembukaan IKEA pada hari pertama. Hmmmm Ok No Comment.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
-
LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazka...
-
Assalamualaikum WBR Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak r...
-
Pagi ni aku dapat soalan ni. Bukan takda soalan lain, tetapi ada juga aku tak mahir. Aku bukan mekanik dan aku hanyalah bapa kepada 2 ana...