Friday, January 29

UJIAN PERSONALITI DAN KARAKTOR PERIBADI


UJIAN PERSONALITI DAN KARAKTOR PERIBADI

Sebelum ini aku dah buat ujian test personaliti di kursus dan seminar, kali ini aku cadangkan bagi sesiapa yang belum kenal diri atau samar-samar dengan karaktor diri bolehlah buat kajian di laman ini. Kena jawab dengan jujur dan betul-betul faham dengan soalan yang diberikan.

Jika kita lebih memahami diri kita dan pasangan, mungkin kita akan lebih mudah interaksi. Ada kalanya kita sedar atau tidak sedar, perangai kita lebih kepada lebih terperinci dan dipandang oleh orang lain kepada sifat cerewet, tetapi kepuasan hasil kerja 2 kategori ini lebih cenderung ke arah  beberapa personaliti.

Personaliti kajian ini juga dibuat kajian kepada tahap pengangguran, tahap kerja bermutu dan banyak lagi dalam organisasi samada institusi kerja atau institusi keluarga.

Ada banyak juga soalan yang perlu dijawab. Hasilnya hampir tepat dengan perangai kita, tak percaya? mari cuba di laman ini Free Personality Test

Lepas dah kenal personaliti seseorang, mungkin kita dah faham dan boleh menjangkakan apa hasil kerja seseorang dan juga hasil kerja kita yang orang lain harapkan.

Friday, January 22

KELIRU


Tahun 2016 ini kita akan menyaksikan banyak orang keliru ketika membuat pilihan. Perkara keliru ini ada kalanya menghampirkan seseorang kepada situasi boleh dipandang bodoh.

Memang ekonomi semakin down sekarang, semua orang akan cuba berniaga dengan niat membantu orang lain berjimat. Sebenarnya siapa yang perlu belajar istilah jimat itu. Samada penjual atau yang membeli? Kat sini dah jumpa 1 kekeliruan.

Dulu minyak petrol naik, masa tu orang jual tong gas NGV. Tapi NGV memang menjimatkan cuma enjin agak panas dan kenderaan berbau gas. Kos RM2000-RM4000 untuk pemasangan NGV, tapi belum balik modal, minyak petrol sudah turun semula.

Bila kenaikan tarif elektrik 2 Tahun lepas, ramai pula yang datang idea keluar alatan penjimat elektrik plug in sana, plug in sini. 

Tahun ini datang sekeping kad pula, dan ditambahkan dengan elemen kekeliruan tahap gaban, ada picture viral, dikepitkan sepasang kad itu di hose nozel isian minyak di stesyen minyak ketika mengisi minyak. Ni pun kategori keliru dan juga boleh menjemput orang lain kepada kekeliruan.

Kenaikan tarif elektrik pada masa itu hanya libatkan penggunaan bil setiap bulan berjumlah RM77.00 dan ke atas sahaja. Jika di bawah itu, tidak perlu risau. Kenapa perlu keluar kos untuk lindungi masalah kita sedangkan kita perlukan masa berfikir sejenak untuk mengurangkan penggunaan elektrik- ini masalah asas kita. Kes ini sama seperti jika sakit, mulalah kita panik mencari makanan tambahan beratus-ratus RM, padahal berpuasa dan mengubah tabiat pemakanan sebelumnya perlu dibuat serta-merta. Ini pun kategori keliru. Mudah percaya ada makanan/minuman boleh mengubat penyakit dengan ekspress berbanding usaha nak muhasabah diri.

Kes menurunkan berat badan berlebihan, mempunyai saman tertunggak, membeli sarapan pagi, makan tengahari, membeli kosmetik, bersegera ingin kulit putih tanpa keperluan adalah antara kes mudah membuatkan kita keliru. 

Ada juga yang membeli penapis udara di rumah sebab untuk melindungi seisi keluarga dari udara tercemar, tapi diri sendiri, malas mengemop rumah, membela kucing, merokok dan macam-macam patogen dalam rumah yang menjadi agen alahan. Buang sampah pun malas. Ok, pasang penghawa dingin yang boleh perangkap habuk pula. Air pun kena ada perangkap kuman juga.

Kekeliruan yang terancang sangat bahaya kerana memerangkap punca wang pendapatan kita. Punca-punca kekeliruan ini datang dari diri sendiri dan jika gagal mengecam penyelesaian, persekitaran hanya membantu kita meneruskan kekeliruan kita lagi.

Kita memang perlukan alatan untuk membantu kita mengurangkan kekeliruan, bukan total melepaskan kekeliruan itu pada perlunya kehadiran entiti lain. 

Jika nak kurang berat badan, rajin-rajinlah bersenam yang berkadaran. Berkadaran itu perlulah usaha yang melebihi dari apa yang kita makan. 

Mari kita bantu diri kita, dan bantu orang lain elakkan kekeliruan daripada berulang sama setiap tahun.



LAMPU BREK TIDAK MENYALA? LAMPU DALAM KERETA TIDAK MENYALA KETIKA PINTU DIBUKA? INI BARANGNYA.

LAMPU BREK TIDAK MENYALA? LAMPU DALAM KERETA TIDAK MENYALA KETIKA PINTU DIBUKA? INI BARANGNYA.

Hari ini kita cerita sparepart. Ini sparepart bagi Perodua. Namanya Switch Stop Lamp.

Fungsi suis ini adalah untuk/semasa kita tekan brek, secara automatik, lampu brek belakang (lampu sepasang dan lampu brek ketiga) akan menyala.

Selain itu suis ini berfungsi untuk kunci kesemua pintu secara automatik jika kita menekan pedal brek. Jadi tak perlu nak guna manual lagi selak kunci di pintu pemandu. Harga sebiji dalam RM11-RM12 sebiiji termasuk cukai GST. Hanya sebiji sahaja setiap kereta.



Ini pula adalah suis yang Perodua sebut Assy-Courtesy Lamp. Harga sebiji dalam RM10-RM11 termasuk cukai GST.

Suis ini dipasang di penjuru setiap pintu yang berfungsi untuk hidupkan lampu dalam kereta semasa pintu dibuka atau mematikan lampu ketika pintu ditutup. 

Suis ini lebih berkesan digantikan baru di kesemua 4 pintu dan tukar sekali suis seperti rajah di atas.

Kesemua suis ini jangka hayatnya 4-8 Tahun.

Thursday, January 14

TRUST DEED DAN INSURANS MRT/MLT DALAM PEMBIAYAAN RUMAH

TRUST DEED DAN INSURANS MRT/MLT DALAM PEMBIAYAAN RUMAH

Pernahkah kita perasan semasa menandatangani perjanjian jual beli pembiayaan rumah, kita WAJIB mengambil insurans untuk melindungi pinjaman kita.Insurans ini berkadaran dengan jumlah pinjaman dan jumlah tahun.

Syarat jumlah tahun itu terpulang pada budi bicara bank samada maksimum peminjam sampai 60 tahun / 65 tahun. Jika kita meminjam bank semasa umur 40 Tahun, dapatlah loan tu dalam 25 tahun dan jumlah perlindungan insurans agak lebih sedikit. Jadi belilah rumah di bawah umur 30 tahun, ringan sikit bayaran bulanan.

1) INSURANS MRT

MRTA atau MRTT adalah insurans yang akan bayarkan baki hutang pinjaman rumah apabila kita meninggal atau hilang upaya kekal. Jika loan kita berkongsi 2 nama, perlindungan juga berkongsi 2 nama.

MRTA bermaksud Mortgage Reducing Term Assurance yg bercirikan konvensional.
MRTT bermaksud Takaful bercirikan Islamik.

MRTA atau MRTT ni terhad kepada rumah yang dibuat pinjaman dan penama loan sahaja/berkongsi loan.
Jadi kalau jual rumah tu, insurans tu pun dah tak valid. Ia agak murah dari MLT dan di bayar sekali sahaja untuk perlindungan selama tempoh pinjaman kita. Contohnya bagi pinjaman 90% berjumlah RM135,000.00 dari belian rumah RM150,000.00 selama 35 Tahun, kita dikehendaki membayar MRTT dalam RM4800. Premium insurans ini samada bank masukkan dalam loan atau bayaran berasingan dari loan ikut kehendak peminjam.

2) INSURANS MLT

MLTA atau MLTT pula macam insurans nyawa.
Kena bayar bulanan, ada tempoh matang tapi benefitnya khusus untuk tolong settlekan baki pinjaman rumah bila kita meninggal atau hilang upaya kekal.
Tapi dia valid hanya pada peminjam, jadi boleh tukar rumah mana-mana yang peminjam beli asalkan jumlah perlindungan tu cukup. Bezanya nilai premium insurans MLT ni lebih mahal berbanding MRT.
Kalau jual satu rumah, insurans tu boleh dipindahkan kepada rumah lain.

3) INSURANS KEBAKARAN DAN BENCANA

Satu lagi, setiap tahun macam insurans kenderaan, kena perbaharui insurans tahunan kan. Tadi atas tu,kita melindungi kemampuan kita membayar ansurans pinjaman bank dengan bank. Yang ini, kita melindungi aset kita dari kebakaran dan bencana. Jika kita tidak ambil, bank akan ambilkan juga dan bayaran premium dimasukkan dalam loan pinjaman kita. Selalunya bank akan bagi surat minta kita hantar polisi insurans jika kita ada, kalau tiada jawapan, bank akan ambilkan polisi insurans dan maklum kita caj terlibat.

Jika kita buat loan rumah dengan bank RM135,000.00. Insurans adakalanya akan melindungi hanya RM120,000.00 sahaja. Jika nak naikan/turunkan premium dibolehkan dalam 10%.  Jika anda loan rumah harga tersebut, janganlah pula ambil polisi insured dalam RM70,000.00 pula, nanti bank akan minta kita naikkan nilai insurans tersebut. Maklumlah masih harta gadaian kan, bank pun pemilik sah.

Saya rasa kes ambil 2 kali insurans selalunya berlaku pada Rumah Apartmen yang ada Badan Pengurusan Bersama. Badan Pengurusan Bersama sudah mengambil insurans dan bank juga ambil insurans lagi. Jangan rugi membayar 2 polisi insurans. Maklumkan bank, kita sudah lantik Badan Pengurusan Bersama uruskan.

Kes saya, Badan Pengurusan Bersama sudah ambil polisi MSIG RM10,000,000.00 (RM10 Juta) untuk 3 blok yang ada 185 Unit Apartmen, tapi  Bank pula caj polisi insurans guna MAA untuk unit rumah loan kita. Jadi kena kemaskini maklumat pada pihak bank.

Andaikan kita dah sibuk nak lindungi aset kita dengan macam-macam insurans bagai, tup tup kita Innalillahirojiun dipanggil Ilahi, kesian anak bini kan. Ni juga persediaan awal la :

Kita gunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemegang Amanah untuk pindahkan harta kepada waris semasa kita hidup. (Masa hidup kena buat ni)

TRUST DEED

Trust Deed ni digunakan untuk mengikat pembeli dan penjual tanah tersebut. Dalam hal jual-beli lot banglo ini, penjual dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan pembeli dinamakan sebagai Beneficiary.
Kes jual beli tanah lot ni selalunya banyak orang buat di kampung. 1 LOT kadang-kadang berharga RM30,000.00. Tetapi geran besar masih belum dipecahkan kepada pembeli.

Pembeli bukanlah penama berdaftar di dalam geran tersebut. Itu namanya geran kongsi. Selagi pemaju tanah tersebut tidak menyempurnakan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan dan proses pecah sempadan dan seterusnya mendapatkan geran individu untuk dipindahmilik kepada pembeli, selagi itulah pembeli-pembeli itu berkongsi geran.

Bila berkongsi geran ni akan timbul banyak masalah daripada pelbagai segi antaranya pinjaman bank, perkongsian bayaran cukai tanah, sempadan dan utiliti. Kalau sudah meninggal, lagi panjang cerita isu pusaka. Bank jarang memberi pinjaman buat rumah atas geran yang berkongsi, rumah leasehold yang berbaki bawah 60 Tahun pajakan dan status milikan yang tidak jelas.

Asalnya, trust deed di pejabat tanah digunakan untuk ‘memindahkan’ nama daripada ibubapa kepada anak-anak sahaja. Dalam trust deed hanya ada 3 klausa sahaja.

Namun trust deed yang sama telah digunakan oleh pemaju tanah untuk penjualan lot banglo menggunakan konsep yang sama iaitu penjual sebagai Pemegang Amanah dan ditambahkan lagi beberapa klausa mengikut persetujan pembeli dan penjual lot berkenaan.

Trust Deed boleh dapat di Pejabat Tanah. Kegunaannya untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.

Ada kes juga mak ayah kita ada rumah kampung cantik dan besar tapi dibuat atas tanah pusaka yang berkongsi pakcik dan makcik kita. Selagi tiada pecah geran, memang sukar nak menuntut apabila kematian ibu bapa. Mungkin sekarang pakcik makcik kita baik, tapi 20 tahun akan datang, kehadiran pihak ketiga mungkin tidak menyebelahi waris rumah berkenaan.

Katakan kita ada tanah 1 ekar. Kita ada anak 4 orang. Kita nak anak kita setiap seorang dapat ¼ bahagian untuk tanah 1 ekar tersebut. Isi borang trust deed ni. Namakan setiap anak kita dan bahagian yang diberikan kepada setiap anak tersebut dan hantar ke Pejabat Tanah (Unit Pendaftaran).
Maklumkan yang kita nak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan nak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah. Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran.

Sebaliknya nama pemilik didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak kita.
Selepas kematian kita, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2 Juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 Juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.
Pisang - Banyak kegunaaan dan senang di tanam.

Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.

Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindah milik telah didaftarkan, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan. 

Kita tidak mendoakan anak-anak menjadi derhaka, sekurangnya sebelum kita menutup mata, dapatlah rasa duduk di tanah kita. Kalau tidak jadi Pemegang Amanah, kemungkinan ada anak yang halau kita jika terhasut dari pihak ketiga, maklumlah harga tanah semakin naik kan. 

Sekurangnya jika ada pokok pisang, dapat juga buat pondok untuk berteduh jika tida tempat tinggal. Pastikan pisang itu ditanam di tanah milik kitalah.








Wednesday, January 13

KERJA SUKARELAWAN

Aku nak bercerita sikit tentang kebaikan menderma darah ni.

Banyak kebaikan dan aku pun pernah mendapat 3 DOS Vaksin Hepatitis B secara percuma. Bayangkan 1 Dos suntikan Vaksin ini berharga RM150.00 x 3 Dos dah RM450.00 tu.

Vaksin Hepatitis ni diambil pada atau tempoh kiraan  bulan 1, bulan 3 dan bulan 6, barulah lengkap imunisasi penuh.

Pada 2010, aku terlibat NGO dan pernah juga buat ujian darah. Sebab NGO kan, semua free. Semua Ujian aku buat dari HIV, Gonorhhea, Syphilis dan lain-lain lagipun Doktor tu cakap buat je semua test. Semasa membaca laporan tulah aku dapat lihat termasuklah hasil Vaksin Hepatitis B ni juga dikesan walaupun dapat vaksin 10 tahun dahulu - Tahun 2000.

10 Tahun selepasnya dibuat ujian, vaksin Hepatitis B aku masih aktif,  Ada juga Vaksin yang tidak berfungsi selepas tahun pertama. Maksudnya jika ambil suntikan vaksin, adakah kita imun dalam tempoh tertentu sahaja. Ya, seperti peniaga makanan, mereka yang menunaikan haji dan individu yang berkunjung ke negara yang dikhuatiri berlaku wabak selsema.

Ada jurnal yang aku baca, jika korang alergi pada nyamuk dan serangga. Sepatutnya memang kena upkan sikit profil kandungan komponen dalam darah (kena buat ujian makmal kandungan darah dulu). Ada ubatan seperti pil (di negara Eropah) yang perlu di ambil dalam tempoh tertentu bagi membendung kes alergik. Contohnya entri ini

Balik semula kerja sukarelawan kan ;

3 Tahun lepas selepas terlibat dengan ini, aku ada juga niat nak join NGO Persatuan Orang Buta tapi sebab komitmen keluarga, tak dapatlah join sukarelawan. Bayangkan masa tu aku dah sukat laluan dari rumah, naik train apa, berhenti mana dari rumah ke Persatuan Buta ni.



Tahun lepas dan tahun sebelumnya, hmmmm ingat nak join pula Jabatan Pertahanan Awam Presint 15 pun terbantut. JPAM ni dapat elaun dan latihan semasa bekerja kita diberi cuti, pakaian seragam dan ada elaun macam2. Lagi pun bertambah ilmu dan dapat juga bersenam kan. 

Kalau kira2 elaun tu masyuk juga. Aktiviti macam ni memang menambahkan markah SKT tu. Kalau RELA aku kurang minat sebab kepakarannya kurang meluas sikit. Tengok pic tu, perhh segak kan (ikhsan Google). Aku pernah tolong BOMBA tarik ular sawa yang agak besar dulu, jadi aku rasa JPAM lagi banyak jumpa macam-macam ular kan hehe.

Berbalik pada Derma Darah ni, derma darah ni bukan bekam, aku rasa bekam tiada dalam sunah Rasullulah seperti yang dikatakan. Kalau sesiapa ada maklumat, boleh share. Aku pun adakalanya tidak betul, banyak yang kena belajar kan

1 Tahun kita boleh dapat derma dalam 3-4Kali je. Aku dipelawa derma Aferesis. Aferesis ni samada derma platelet atau plasma atau keduanya. Sel darah merah dikembalikan semula dalam badan, Masa derma dalam 1-2 jam tu.

Yang ni aku tak sanggup lagikan. Aku pernah bekerja di Pusat Darah Negara. Kalau kita tengok yang datang nak derma darah tu, ada yang gembira, ada yang gelisah, ada yang takut.

Derma darah ni bukan sakit mana, pengalaman aku paling sakit adalah program yang dianjurkan Hospital Swasta, dan juga staf yang baru belajar mencucuk tu memang sakit juga lah. Sejak tu aku hanya minat program derma darah yang dianjurkan Hospital Kerajaan atau PDN sahaja.

Kalau sekarang aku dah menderma darah kali ke-47, akhir tahun InsyaAllah dapatlah 50-51kali kan. Derma darah sangat bagus, sebab tu ramai kaum lain menderma. 

Ok, anda bila lagi?



Monday, January 11

SARAPAN YANG AKU SELALU BELI DI PETRONAS

SARAPAN YANG AKU SELALU BELI DI PETRONAS

Assalamualaikum

Hari Isnin pagi-pagi ni selepas hantar anak dan isteri ke kerja, singgahlah Petronas kan. Tujuannya nak beli air mineral dan beberapa roti sebagai sarapan. Hal ini terpakai jika aku perlu mengisi minyak kereta sahaja.

Mestilah roti keluaran Gardenia menjadi pujaan sebab bersih, berkualiti, murah dan berkhasiat adunannya. Dari RM0.90 hinggalah kepada RM1.05, rasanya tetap sama.

Bulan Januari 2016, ni sejak berminat dengan resit setiap pembelian, aku baru perasan belian roti Gardenia ni dikenakan tambahan GST. Air Mineral Mesra pun dikenakan GST dari RM2.40 dah jadi RM2.55.

Tengok resit ini, harga roti asal RM1.05 menjadi RM1.06, tapi harga roti resit di bawah RM0.85 tetap RM0.85 juga. Petronas yang sama ni.


Bukan masalah GST, cuma sebab air dan roti ni banyak tempat boleh beli, selalunya air dan roti jarang aku kena GST di kedai runcit dan kafe makanan di pejabat, selalu aku ambil sepasang sebab nak menggenapkan RM0.05 tu kepada RM0.10. Contoh Gardenia Roll RM0.85X2 = RM1.70.

Kalau kafe nasi campur nak caj GST, mahu juga aku minta resit.

Tapi takpalah, dengan resit ini, kita sudah ada pilihan lain ataupun opsyen belian di tempat lain.

Wednesday, January 6

CAJ PARKIR DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

CAJ PARKIR DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA
Semalam, tergerak hati bersiar-siar di IOI City Putrajaya.

Memandangkan sebelum ini aku kerapkali menggunakan Kad Touch & Go ke mana-mana, tetapi sejak kehilangan kad terdahulu, aku mula rajin nak menyemak caj-caj yang dikenakan.

Sebelum ini aku ke IOI City Mall gunakan kad parkir seperti biasa yang bayar tunai di Mesin Parkir.

1 jam Pertama dikenakan RM2.00 dan jam berikutnya dikenakan RM1.00 setiap Jam.

Selalunya aku kena caj RM2.00 atau RM3.00. Tiada sen dikenakan dan aku paling lama pun hanya 3 jam di mana-mana pasaraya. Belum pernah aku nampak pelanggan membayar duit kertas bersama duit syiling di mesin parkir. (maksudnya caj parkir nilaian RM ganjil)

Anggaran aku berada di IOI dalam 2 Jam sepatutnya dikenakan RM2.00 - RM3.00.
Ini adalah hasil semakan Kad Prabayar Touch & Go aku. Ada tertera GST sebanyak 2 kali dikenakan. 1 GST untuk Parking dan 1 GST untuk Surcaj tambahan (mungkin caj selepas 1 Jam pertama).

Adakah bayaran secara tunai @ bayaran menggunakan kad Prabayar Touch & Go lebih berbaloi?

Jumlah dikenakan adalah RM2.22. InsyaAllah lepas ni aku update semula untuk memahami urus tadbir Sistem Pengurusan Parkir ni. 

Moga Tahun 2016, kita lebih telus memahami pergerakan setiap sen duit gaji kita.

**Kemaskini 29 JANUARI 2016 : Semalam aku parkir guna Tunai dalam tempoh 2 Jam 28 Minit hanya dikenakan caj TUNAI RM2.00 sahaja (Hari Khamis).

Hari sebelumnya guna Tounch & Go dicaj RM2.22 dalam tempoh 25 minit (T&G tiada resit untuk tengok masa parkir- Hari Rabu) .

Kadar Normal 1 Jam Pertama dikenakan RM2.00 dan setiap Jam berikutnya dicaj RM1.00, jadi kesimpulannya gunakan TUNAI lebih menjimatkan dan tiada unsur caj tersembunyi apabila anda parkir kenderaan di kompleks membeli-belah.

Servis T&G dikenakan surcaj tambahan dan GST tambahan berjumlah RM0.22.



Monday, January 4

KAD WATSONS TOUCH & GO HILANG LAH

KAD WATSONS TOUCH & GO HILANG LAH

* Tuntutan Baki Touch&Go RM20.29 - 4 Januari 2016, telah dimasukkan ke akaun pada 18 Januari 2016 (14 Hari)

Assalamualaikum WBR

Nak dijadikan cerita berkenaan Touch & Go ini adalah baru-baru ini aku balik kampung. Balik kampung gunalah kad T&G ni untuk bayar tol dan juga collect point di Watsons.

Bukan rezeki pada hari cuti umum Krismas pula, kad ini disahkan hilang dari simpanan.

Cari punya cari tak juga jumpa sehinggalah hari semalam, Ahad 3 Januari 2016 untuk sahkan betul-betul kehilangan kad Watsons.

Bagusnya, aku telah daftarkan kad Watson ni di Touch & Go. Segala butiran perjalanan semua kita boleh track 90 hari (Start Date dan End Date adalah fleksibel dan terhad 90 hari) . Ni Laman Webnya.

Cara gantian kad Watsons adalah : BUKAN GANTIAN tetapi belian baru RM18.00. Point sedia ada akan dipindahkan kepada kad baru yang didaftarkan nama kita. Belian kad seperti biasa di Watsons jugalah. Watsons hanya boleh topup kad T&G Watsons sahaja kecuali TESCO boleh topup mana-mana kad Touch & Go. Harga Kad Tesco 3X lebih murah dari kad T&G dot dot dot.

Aku nak promote sikit Kad TESCO Clubcard ni cuma berharga RM5.30 termasuk GST. Dapat kupon diskaun RM200.00 jika daftar sebelum atau pada 10 JAN 2016. Kad luput pun 10 Tahun. Lepas tu dijamin tiada fi semasa nak topup Touch & Go di TESCO. SEMUA kad boleh asal ada ciri-ciri Touch&Go. Tak Caya? Klik ni.

Sambung semula : Setelah dapat kad Watsons, mulalah lawat laman Touch & Go.
Jika belum daftar, kenalah daftar sebab sekarang tuntutan perjalanan melalui TOL menggunakan resit sudah tidak diterima sangat. Syarikat  kita bekerja lebih hargai penyata yang dikeluarkan Touch & Go.

Jika sudah mendaftar, hasilnya begini :
Senarai kad Touch & Go macam-macam jenis kad T&G boleh didaftarkan. Cuma Kad Maybank Zing ni aku dah lama,  tahun 2007 dulu tutup kad kredit Maybank, jadi kad zing ni tersisa la baki RM50.40. Nak tuntut kena melalui Maybank juga tapi tuntutan ini kita kena caj melebihi baki sedia ada.  Minta tolong Careline pun tak boleh. Jadi abaikan benda yang dah tentu rugi kan.

Jika guna Kad Pengenalan sebagai Touch & Go, penyata tidak dipaparkan dan baki juga tidak tepat seperti baki terkini dalam sistem. Ini hasil interbiu aku dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Careline - boleh telefon nombor telefon di gambar kedua ni. Jadi adalah lebih baik, nak guna T&G, gunakan kad SELAIN Kad Pengenalan.

Apabila kita call Careline ni, tujuannya untuk block kad dari digunakan di TOL. Dengan berbaki RM30.89, kita berhak tuntut. Masalahnya, Baki duit semua kad-kad yang aktif TIDAK BOLEH dipindahkan antara kad kepunyaan kita. Pelik kan, duit dan kad kita tidak boleh transferable. Nampak kan kelemahan pengurusan di situ. Bila ada kelemahan, maka loop holes ni jadi keuntungan pada pihak lain.(Aku tak kata betul, tapi begitulah cara design sistem IT kan, mana-mana modul boleh adjust ikut siapa yang arahkan tak gitu)

Aku kena CAJ RM10.60 termasuk GST dan baki RM20.29 akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 30 hari bekerja. Tu dia, pengubahan kaedah manual kepada sistem pun masih seboleh-boleh nak menjerat pelanggan juga. Bukan sekali dua sistem IT di Malaysia ni dicipta untuk kebaikan dan keuntungan pengguna, ada sahaja yang diragukan, caj sana, caj sini.

Tengok tu, kalau sorang pengguna, kadnya TIDAK AKTIF 2/3 keping tidak dapat dituntut, berapa banyak keuntungan kat situ kan. Akhirnya, pelanggan juga yang dikatakan cuai menjaga kad T&G. 

Tapi kalau tak cuai, mana tahu login sistem dan tengok kerugian betul juga kan.

Kesimpulannya : ...rugi rugi rugi bro...



Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH