Rujukan
MOUNTING ENGINE PERODUA KANCIL
Assalamualaikum WBR
Ada pengunjung yang tanya harga mounting enjin Perodua Kancil, ni saya ambil dari lelong.my. Harga RM250.00 Free Shipping Made Thailand. Kualiti ok jugalah.
Kalau Mounting Absorber sepasang dalam RM80.00
Pastikan barang yang nak diganti memang sudah betul-betul rosak.
** ehh apasal aku da macam salesman plak :)
Thursday, February 25
Tuesday, February 23
66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG
HARI INI GENAP 66 TAHUN PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG, SAMA-SAMALAH KITA MENSEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PERAJURIT YANG TERKORBAN.
* Ralat Foto
Perajurit di dalam foto di atas mengalami kecederaan dan tidak terkorban pada 23 Feb 1950
Bukit Kepong adalah sebuah kampung
terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai
lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung
ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3
ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke
Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai
ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Kedudukannya
yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan
dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana,
berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang
pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik
bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3
orang pengganas komunis yang bersenjata.
Dengan
hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas,
mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang
ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung
yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan
bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals'
ke atas keperwiraan mereka.
Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950
Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang
Pasukan
Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong.
Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai
Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180
orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai
polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan
hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata
automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan
sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis
menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka.
Pertempuran
berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara
di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus
bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota
marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka
terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain
sehingga kehabisan peluru.
Memandangkan
kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor.
Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan
pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan
di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu
dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus
berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya
dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup
mati.
Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek
kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir
pentempuran yang memakan masa 3 jam itu. Hanya tiga anggota polis
termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa
berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat
daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan
pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja
berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.
Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950
Kesemua
21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi
cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan
inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan
balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.
Apabila
bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran,
pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama
penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada
Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan
terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan
pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku
apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari
rakan-rakan mereka.
Perlawanan yang
tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik
dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan
parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan
tercedera.
Keadaan ini memaksa
Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang
lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2
jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu
dan merompak kedai-kedai.
Semasa
pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan
pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan
menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka
telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai
tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini
bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan
di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai
Polis Bukit Kepong.
Apabila pengawal
kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat
kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu
penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar
sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga
mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera
ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang
Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada
kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala
teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar
yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba
keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan
sebuah balai yang moden.
Mayat anggota polis hangus terbakar
Kawasan balai menjadi "padang jarak padang terkukur" angkara kekejaman musuh
Pertempuran
di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi
memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan.
Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam
mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya
menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali
ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami
kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk
menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada
negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa
mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar
bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa
mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari
dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke
atas roh-roh mereka.
MEREKA YANG TERKORBAN
Sjn. Jamil Mohd Shah
Ketua Polis Balai Bukit Kepong
|
MM 7493 Mohamad Jaafar
| MM 3933 Hamzah Ahmad | MM 60 Ibrahim Adam |
MM 8680 Jaafar Hassan | MM 9136 Hassan Othman | Kpl. 7068 Mohd Yassin Hj. Abdul Wahab | L/Kpl. 7186 Jidin Omar |
MEREKA YANG CEDERA
MM Othman Yusof | MM Abu Bakar Daud | MM Ahmad Khalid | MM 7645 Yusof Rono |
Y.B. Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Sewaktu melawat Bukit Kepong pada 23 Feb. 1976 sedang menyiram air mawar di pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban
Y.Bhg. Tan Sri Mohamed Hanif bin Omar sewaktu berkunjung ke Bukit Kepong pada 23 Februari 1976 bagi memperingati peristiwa Bukit Kepong
Sebahagian daripada anggota polis yang melawat ke pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban
Balai Polis Bukit Kepong hari ini. (sekarang Pondok Polis)
Pandangan belakang Balai Polis Bukit Kepong hari ini
VIRUS HEPATITIS C
HCV penyakit tanpa disedari
Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my
Sihat, cergas dan tiada tanda atau simptom penyakit. Juga tiada tanda kelesuan atau perubahan berat badan yang mendadak.
Namun selepas terbabit dalam kemalangan, barulah diri sedar mengalami penyakit radang hati berpunca daripada virus Hepatitis C (HCV).
Bukan satu atau dua, tetapi realitinya semakin ramai rakyat Malaysia disahkan mengalami HCV hanya selepas terlantar di hospital disebabkan kemalangan,
pembedahan dan sebagainya.
Dianggarkan 160 juta orang dijangkiti Hepatitis C (HCV) di seluruh dunia pada tahun lalu dengan 350,000 daripadanya meninggal dunia setiap tahun.
Dianggarkan 451,000 rakyat Malaysia pula berisiko menghidapnya dan 80 peratus tidak tahu mereka mempunyai penyakit itu.
HCV sering dikategorikan sebagai virus ‘bijak’ kerana ia akan melakukan apa saja yang terdaya untuk mengelak dikesan oleh sistem pertahanan badan manusia.
Ini menjadikannya sebagai pembunuh senyap berikutan berupaya bertahan selama puluhan tahun dalam tubuh pesakit tanpa menunjukkan simptom sementara si penghidap pula menyangkakan dirinya sihat.
Perunding Kanan Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, ketiadaan simptom atau tanda ini membuatkan ramai yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap dan menyeluruh.
“Akibat tidak sedar, ramai yang lewat mendapatkan rawatan. Kelewatan itu menyebabkan berlaku kerosakan hati kronik, seterusnya meninggalkan parut pada hati atau sirosis yang menyebabkan organ itu menjadi keras,” katanya.
Apa sebenarnya HCV? Hepatitis ialah sejenis penyakit keradangan hati disebabkan jangkitan virus.
Wujud 5 jenis hepatitis dan paling lazim dihidapi ialah Hepatitis A, Hepatitis B (HBV) dan Hepatitis C (HCV).
HCV ialah sejenis penyakit yang menjejaskan hati. Virus HCV merebak apabila darah individu yang dijangkiti virus ini memasuki tubuh individu lain yang sihat.
Di dalam hati, HCV akan menimbulkan radang yang menyebabkan tisu hati menjadi bengkak. Tisu yang bengkak itu kemudian bertukar menjadi parut tisu (fibrosis).
Apabila hati berparut, keberkesanan fungsinya juga terjejas. Komplikasi hati yang serius boleh mengambil masa sehingga 30 tahun untuk terbentuk.
Virus terbabit mampu melakukan kerosakan kepada hati sedikit demi sedikit dalam jangka panjang sehingga berlaku kegagalan fungsi hati dan kanser hati, seterusnya menyumbang kepada kematian.
Dua punca utama HCV disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan dan dijangkiti hasil proses pemindahan darah atau organ khususnya sebelum 1992.
Keadaan itu berlaku apabila darah penderma tidak disaring daripada jangkitan seperti HCV. Selain itu, jangkitan boleh berpunca daripada perkongsian jarum penyalahgunaan dadah.
Suntikan menggunakan jarum tercemar boleh mendedahkan individu kepada virus ini. Berkongsi barang kegunaan peribadi seperti pencukur dan berus gigi juga dilihat menjadi punca, namun laporan kesnya agak terpencil.
Bayi dilahirkan daripada ibu yang dijangkiti HCV tidak ketinggalan berisiko, selain mengadakan hubungan seks dengan mereka yang dijangkiti HCV.
Kurangkan kesan virus
HCV, yang juga dikategorikan sebagai penyakit bawaan darah, sebelum ini disifatkan tidak mempunyai vaksin yang mampu mengubatinya. Pegylated Interferon ialah sejenis protein yang digunakan untuk membantu sistem imun. Ia disuntik ke dalam badan hanya sekali seminggu selama 12 bulan.
Pesakit biasanya diajar untuk menyuntik diri sendiri di rumah. Ubat ini diberi bersama ribavirin yang bertindak menyukarkan HCV daripada terus membiak di dalam badan.
Namun ada pesakit tidak boleh mengambilnya lalu ia akan diberikan secara bersendirian.
Dr Rosmawati menjelaskan, perkembangan teknologi banyak membantu pesakit mendapatkan rawatan dan ubatan baru bagi mengurangkan gejalanya.
“Kini Hepatitis C ke arah penyembuhan 100 peratus dengan bantuan ubatan tertentu. Apabila pesakit bebas daripada HCV ini terutama jika dikesan awal, boleh mengelakkan berlakunya fibrosis, cirrhosis hati atau kanser hati.
“Mengubati HCV agak mencabar kerana virus itu bermutasi dan membiak dengan pantas. Rawatan dan ubatan secara oral yang mengandungi antiviral dapat membantu mengatasi penyakit ini,” ujarnya.
Rawatan secara oral yang pertama di negara ini mengandungi ombitasvir/paritaprevir/ritonavir (Viekirax) dan dasabuvir (Exviera). Tempoh pengambilan ubat baru ini juga lebih pendek iaitu sekitar 12 atau 24 minggu saja. Penemuan ini membantu merawat HCV dan pada masa sama mengurangkan kesan buruk sirosis serta mengurangkan risiko barah hati.
“Pengambilan Viekirax dan Exviera ini sesuai untuk HCV jenis genotip tahap satu (GT1), yang kebanyakannya terdapat di negara kita. Risiko kegagalan rawatan pula sangat kecil,” kata Pengurus Perubatan AbbVie Malaysia Dr Rubentiran Ramar. Sebaiknya, pemeriksaan dan ujian darah secara berkala perlu dilakukan terutama bagi golongan berisiko untuk mengesan bahan di dalam darah yang dikaitkan dengan HVC ini.
Ini termasuk antiHCV (sejenis antibodi), ALT (sejenis enzim hati), HCV RNA (cebisan bahagian virus berkenaan) dan genotip (satu strain daripada virus ini).
Gambar Ikhsan Google
Friday, February 19
PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) PRESINT 17 PUTRAJAYA
Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.
Ok Sebelum tengok blok masing-masing, sila tengok arah kiblat dulu. Arah kiblat ni dah disemak sama seperti Kiblat Walk di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi).
Rajah di bawah arah matahari pagi naik. Pada masa sekarang (Mei 2018), laluan terhad sehingga Apartmen Pudina kerana projek pembinaan lain belum dimulakan.
Rajah di bawah arah matahari pagi naik. Pada masa sekarang (Mei 2018), laluan terhad sehingga Apartmen Pudina kerana projek pembinaan lain belum dimulakan.
Tentang harga PPA1M ni pula semua keluasan kaki dah dijual pada harga maksimum maksudnya jika 1000 kaki dijual pada RM220,000.00 sama seperti PPA1M Ayer Keroh. Kadang-kadang terfikir kan jika Ayer Keroh 220K tak sesuai dengan rumah di teres di Melaka masih ada banyak dijual bawah RM200K.
Dengan anggaran 5% untuk kos guaman anggar sahaja anda perlu sediakan RM11,000.00 hingga RM15,000.00 itupun jika dapat 100% pinjaman dan tambahan wang proses RM530.00.
Anggaran harga seunit PPA1M adalah seperti berikut:
- Keluasan 1,000 kp (
RM150,000-RM220,000) - Keluasan 1,200 kp (
RM221,000-RM260,000) - Keluasan 1,500 kp (
RM261,000-RM300,000)
Lebuh Bestari ini laluan mati jika disambung akan berjumpa Kolej Jururawat Murni.
Rujukan
Banyak info berkaitan PPA1M ni, tetapi sebolehnya aku akan pastikan ianya dikemaskini apabila ada info terbaru yang boleh dipercayai. Sebelum ni dimaklumkan ada subsidi Kerajaan sebanyak RM50,000.00 la tetapi senyap begitu.
Rujukan
Banyak info berkaitan PPA1M ni, tetapi sebolehnya aku akan pastikan ianya dikemaskini apabila ada info terbaru yang boleh dipercayai. Sebelum ni dimaklumkan ada subsidi Kerajaan sebanyak RM50,000.00 la tetapi senyap begitu.
Latar Belakang
PPA1M (ditukar kepada PPA selepas PRU-14) telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada
tahun 2013. Di mana keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah
bersetuju supaya satu inisiatif atau pendekatan di kaji untuk
membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan
sederhana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan.
Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana
Menteri pada 18 April 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan
10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga
ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga
RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki
persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Selaras dengan pengumuman tersebut, Perbadanan
Putrajaya telah melancarkan dan melaksanakan projek PPA1M Putrajaya
(Fasa 1) dan projek ini dijangka siap pada tahun 2017 / 2018. Manakala
cadangan pembangunan PPA1M Putrajaya (Fasa 2), masih dalam peringkat
perancangan.
Berbalik kepada pembangunan PPA1M di Presint 17 Putrajaya, gambarajah di atas adalah projek-projek yang akan dan sedang dibangunkan. Antara projek yang sedang giat dibangunkan adalah PUDINA (unit bercampur), SELASIH (unit bercampur) manakala KETUMBAR (800 Unit 1000 kp) dan KASTURI masih tanah kosong lagi. (Kemaskini Ketumbar dalam pembangunan)
Apartmen PUDINA dan Apartmen KASTURI ni amat dekat dengan Park&Ride
Aku adalah antara bakal pemilik bertuah yang terpilih mendapat 1 unit apartmen PPA1M di Presint 17 ini. Harga bagi Fasa 1 : 1000 kp anggarannya antara RM150,000.00 - RM220,000.00.
Tapi maklumbalas projek PPA1M di Putrajaya sebelum ni, harga 1000 kp adalah RM200,000.00 RM220,000.00 dan caj selenggara RM0.20 RM0.17 (dikemaskini) perkaki. Kira bulanan caj selenggara RM170.00 juga tu.
Laluan '........' dalam rajah atas tu adalah perancangan laluan monorail. Itu kalau aku rujuk dalam Map Legend lah.
PPA1M PUDINA, PRESINT 17 PUTRAJAYA
BILANGAN UNIT : 1,500 UNIT
KELUASAN : 16.52 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2017
JUMLAH UNIT (1,500 UNIT) :
- 585 UNIT (1,000 KP)
- 600 UNIT (1,200 KP)
- 300 UNIT (1,500 KP)]
- 15 UNIT (OKU)
Rajah bayang-bayang Apartmen Pudina ini agak keliru sedikit
Projek PPA1M ini agak mengelirukan dengan papan tanda mula projek dan tamat projek tidak dijelaskan. Banyak pemaju yang terlibat dan saling tidak sync. Paling ketara ramai pembeli telah membatalkan pembelian Pudina atas alasan peribadi dan tidak ingin mengambil risiko pada masa hadapan. Apa yang aku tahu, Pudina tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan pembeli perlu bersedia dengan kiraan penalti kelewatan kepada pemaju.
*************************************************
PPA1M SELASIH, PRESINT 17 PUTRAJAYA
BILANGAN UNIT : 1,000 UNIT
KELUASAN : 8.266 EKAR
CABUTAN UNDI : SIRI 1 (FASA 1) – PADA 29 OGOS 2013
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2017
JUMLAH UNIT (1,000 UNIT) :
- 416 UNIT (1,000 sqf)
- 288 UNIT (1,200 sqf)
- 288 UNIT (1,500 sqf)
- 8 UNIT (OKU 1,000 sqf)
- PEMAJU : SP SETIA & PUTRAJAYA HOLDINGS SDN BHD
Bagusnya Apartmen Selasih ini ada ditawarkan harga yang lebih murah berdasarkan kedudukan lokasi unit.
*************************************************
PPA1M KASTURI, PRESINT 17 PUTRAJAYA
BILANGAN UNIT : 404 UNIT
KELUASAN : 4.09 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2020
JUMLAH UNIT (404 UNIT X 1000 sqf) :
- 400 UNIT (1,000 sqf)
- 4 UNIT (OKU 1,000 sqf)
- PEMAJU : MITRAJAYA
- TARIKH MULA TAPAK : - (Kerja-Kerja Tapak sudah bermula)
- TARIKH SIAP TAPAK : -
OKU
KASTURI ni bersebelahan dengan depoh monarail, dan dijangkakan ada laluan monorail bersebelahan. Seperti PM rasmikan 19 Sept 2016 kalau aku tak silap, Stesen MRT Sungai Buloh Putrajaya dan juga Stesyen HSR Singapura- Kuala Lumpur akan guna stesyen berhadapan dengan Hospital Putrajaya.
Jadi laluan tu aku tak nak fikir dulu la, hanya masa yang menentukan.
*************************************************
PPA1M KETUMBAR, PRESINT 17 PUTRAJAYA
The proposed development includes Structural Works, Architectural Works,
M&E Works and Landscape Works for 3 Blocks of 26 Storeys to 29
Storeys Apartment (800 Units) and 2 Blocks of Multi-Level Carpark of
"Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia" (PPA1M), at Parcel 17RM2, Precint
17, Putrajaya.
BILANGAN UNIT : 800 UNIT
KELUASAN : 8.21 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2018
JUMLAH UNIT (800 UNIT x 1000sqf) :
- 792 UNIT (1,000 sqf)
- 8 UNIT (OKU 1,000 sqf)
- PEMAJU : MITRAJAYA
- TARIKH MULA TAPAK : 23 FEB 2016
- TARIKH SIAP TAPAK : 22 FEB 2019
Kalau Kita lalu sebelah BOMBA Presint 9 ada pembinaan sedang dibuat seperti di kawasan berbukit. Itu adalah di bawah pemaju MITRAJAYA juga bagi membangunkan Bangunan Pejabat SPRM (MACC Headquarters).
Rujuk : Projek
"The Design and Build project consists of 3 office towers & 1 podium
block for carpark for Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) at
lot 7G1, Putrajaya next to Ibu Pejabat Bomba & IPPD Putrajaya."
Apartmen Ketumbar ini di bina bersebelahan dengan Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah. Dikhabarkan ada 3 sekolah bersebelahan ketumbar kelak selain kedudukan strategik antara Pejabat Kerajaan di Presint 1, Presint 2, Presint 3 dan Ke Dengkil melalui jalan baru bersebelahan bukit yang di tarah. Kedudukan Presint 17 bersebelahan sempadan negeri Selangor.
Harga :
Aras G = RM 165,000.00
Aras 1 = RM 175,000.00
Aras 2 = RM 195,000.00
Aras 3 = RM 205,000.00
Aras 4 = RM215,000.00
Lain - Lain Aras = RM 220,000.00
Bayaran Stamp Duty on Transfer dan STRATA UNIT 1000 sq = RM 3,400.00
Bayaran Proses = RM 500.00
Deposit Elektrik = RM 250.00
Deposit SYABAS = RM 135.00
Utiliti Gas (Opsyen) = RM 60.00
Maintenance Fee RM 0.16 X 1000sq + 10% Sinking Fund = RM 176.00 X 4 BULAN = RM 704.00
1) Jumlah perkara di atas : RM 5,049.00
2) Kos Fi Sales & Purchases RM 500.00 bagi pembeli rumah pertama.
3) Kos Fi Guaman Pinjaman RM 2,000.00 - RM2,900.00
Duti Setem dibayar kepada Kerajaan. Pengecualian Duti Setem sila rujuk Bajet Tahunan terdahulu. Fi Guaman dan Duti Setem adalah berbeza.
BLOK A - ARAS G, 1, 2, 3-->25
1 ARAS ADA 11 UNIT TERMASUK ARAS G = 275 UNIT
ARAS 14 - 9 UNIT
TOTAL A : 284 UNIT
BLOK B -ARAS G, 1, 2, 3-->28
1 ARAS ADA 11 UNIT TERMASUK ARAS G = 297 UNIT
ARAS 14 - 9 UNIT
ARAS 28 - 9 UNIT
TOTAL B : 315 UNIT
BLOK C - ARAS G, 1, 2, 3-->28
1 ARAS ADA 7 UNIT TERMASUK ARAS G=196 UNIT
ARAS 14 - 5 UNIT
TOTAL C : 201 UNIT
TOTAL : 800 UNIT
Arah cahaya matahari terbit dan arah kiblat
Layout Ketumbar mempunyai lebih kurang 2 kaki lebar balkoni dan disediakan ruangan meletak kompresor aircond. Selain itu Apartmen Ketumbar disediakan bilik stor lain daripada unit PPA yang lain.
Apartmen Ketumbar adalah yang paling tinggi dengan ketinggian 29 Tingkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
-
LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazka...
-
Assalamualaikum WBR Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak r...
-
Pagi ni aku dapat soalan ni. Bukan takda soalan lain, tetapi ada juga aku tak mahir. Aku bukan mekanik dan aku hanyalah bapa kepada 2 ana...