Thursday, February 11

BELAJAR MEMBASUH DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI PRESINT 8 PUTRAJAYA

Baru-baru ini, cuti sebelum menyambut Tahun Baru Cina, aku rajin-rajinlah mencari kain-kain cadar dan comforter untuk dibasuh di kedai dobi layan diri.

Pilihan aku semestinyalah menyokong kedai bumiputra, dan walau jaraknya agak jauh dari rumah, aku rasa berkatlah sebab moto kedai dobi PUTRACLEAN Express di Presint 8 ini adalah "Jimat, Mudah Berkat" dan dimaklumkan ada sejumlah nisbah tertentu  keuntungan disumbangkan kepada yang memerlukan.

Disangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari, tapi kes aku ni memang aku datang kedai dobi petang lah.

Kedatangan aku bukanlah kali pertama membasuh pakaian di sini.


Nak dijadikan malang pada aku, aku terkesimalah steps atau Bahasa Melayunya langkah-langkah yang perlu aku turuti sebelum membasuh comforter ini.

Aku tak berani katakan kedai dobi ini malang sebab mungkin aku antara pelanggan yang terpilih menerima nasib tidak baik. Aku yakinlah, aku bukan pertama dan bukan terakhir pelanggan yang kena telan duit nasib sedemikian.

Langkah2 (yang tak boleh kita tinggalkan semasa menggunakan perkhidmatan dobi ini) yang perlu dituruti adalah :

1) masukkan pakaian, masukkan cecair pencuci, 
2) setkan pilihan samada P1(cucian biasa), P2 (cucian air suam) atau P3 (cucian air panas) 
3) dan masukkan duit syiling RM0.50 sehingga genap RM8.00 untuk P3 serta 
4) tekan butang START.

Aku tersalah - tidak memilih P3 (Langkah Ke-2) dahulu tetapi aku terus memasukkan duit syiling sehingga RM8.00 dan aku tekan START. Set semula pilihan tidak boleh, butang reset pun tiada, jadinya sangkut diam di situ je. Semua proses langsung tak boleh terima dah.

Telefon semua nombor sehingga belas kali, SMS juga tidak berjawab. Sementara menunggu tu, terpaksalah aku singgah makan kedai makan berhampiran.

Bayangkan lebih sejam, sambil makan, aku asyik mendail kesemua nombor tetapi langsung tiada jawapan. SMS minta bantuan pun tiada balasan.

Memang mesin dobi ini dipilih jenis language bahasa pelik dan tiada kemudahan pemulangan semula duit jika tersalah langkah. 

Secara am khidmat dobi namanya adalah khidmat layan diri dalam apa jua keadaan tetapi begitulah keadaannya mesin ini seperti penjaganya memang tak nak pulangkan duit atau nak membantu.

Jadi aku pun baliklah rumah dengan riang hatinya.

Sehingga ke hari ini, aku kena terpaksa menerima hakikat, aku yang bersalah.



No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH