Friday, November 18

CERITA KAD DEBIT VISA WAVE

Semalam aku bercuti sehari, sambil servis kereta (aku dah malas nak servis kereta), sambil menunggu tu, aku pun teringatlah kisah Kad Debit ni. Kalau tak ganti sebelum 31 DISEMBER 2016, bermula 1 JANUARI 2017, kita akan dikenakan caj penggantian kad debit yang ada fungsi VISA Wave ni.



Aku ada beberapa kad menggunakan fasiliti Kad Debit dari Bank CIMB, Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Maybank.

Ganti Kad Debit di  CIMB bolehlah dikatakan lawak dan lama juga. Semasa aku masuk Dalam CIMB Putrajaya ni, adalah 1 kaunter pertanyaan ke kaunter busy body ke lebih kurang gitulah. Ada 3 orang perempuan sibuk tanya kita, sibuk bagi nombor, sibuk bagi borang.. 3 orang ya berdiri di situ untuk kerja2 mudah ni.  

Walau ada 3 orang, tapi kena beratur 1 baris juga. Lepas tu nak minta IC suruh kita isi borang sendiri (sambil tunjuk meja menulis jauh juga)..  Aku pun tanyalah untuk apa, mana boleh sesuka hati ambil Kad Pengenalan dan hold.. Dia cakap nak check chip. Ok buat lah sekarang depan mata....Boleh pula kan dalam 5 saat.


Tengok tu nombor aku 57 kertas special lagi.. Punyalah lama dekat sejam lebih untuk SEKADAR ambil Kad Debit Baru sahaja. Mungkin CIMB ni lupa kita ni pelanggan, tapi cara melayan orang macamlah kita ni mengemis duit BRIM poket company dia. Maklumlah sesama Melayu.

Lain pula kes Kad Debit Maybank, aku ke Maybank Putrajaya semasa bank menunggu buka pintu Jam 0930AM tapi lewat juga 10-15minit gitu. Maybank ni siap dalam 20 minit je, sambil tu korang boleh tukar Kad Debit baru secara online di Maybank2u - masih percuma sekarang.

Bila masuk, seperti biasa ke kaunter depan dulu, pastu dia cakap ke kaunter nombor berapa aku dah tak ingatlah, Ok bagi Kad Pengenalan dulu. Sebab orang tak ramai, aku pun beranilah bagi Kad Pengenalan. Aku nombor pertamalah duduk di kerusi tu tau.

Pastu bagilah nombor kat kerani Maybank tu.

Dia boleh cakap sabar duduk dulu kerusi sana sebab nombor belum panggil. "Tak sabar-sabar" - macam tulah bunyinya.. Aku pun tengok jam tangan sambil membalas pantunnya "dah bank buka lewat 20 minit pun tak siap2 lagi.."

Tapi kira tak terabur macam CIMB lah, kerusi cukup, kaunter pun tak simpang-siur. Kalau CIMB Putrjaya tu korang berdiri mana sekalipun, dia automatik expose semua ruang boleh nampak.


Ok, ni Bank Kerjasama Rakyat. Dengan bernamakan Rakyat, semalam, aku pun berjalan kaki dari Perodua Ke Bank Kerjasama Rakyat di Presint 15 tu.

Dengan badan berpeluh-peluh, sampai je kerani dan guard tu cakap 

"Bank Kerjasama Rakyat belum ada Kad Debit Visa Wave lagi tapi akan ada cuma tak tahu bila dan kami tahu 31 Disember 2016 hari terakhir tukar kad". - Sengaja aku sambung jawapan ni sebab banyak juga aku tanya..


Mungkin dia lupa 31 Disember 2016 tu hari Sabtu, atau memang lupa tu biasa-biasa, atau dia lupa ke dah tinggal sebulan lebih je sebelum Tahun Baru.

Bila dengar je ayat orang Bank Kerjasama Rakyat ni, aku pun macam lost dan mamai kena histeria kuda kepang -   terlupa aku ada tinggalkan kereta untuk diservis di Perodua, terlupa sarapan dll.

Jadi aku buka pintu utama dan balik berjalan kaki semula dan dalam hati kena pura-pura aku tak datang ke Bank Kerjasama Rakyat pada 17 November 2016.

InsyaAllah, boleh tutup kad debit lepas ni






No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH