Berkenaan BUKU MERAH itu juga aku boleh katakan 90% betul - ujian HIV bagi pasangan ibu DAN BAPA adalah wajib di Putrajaya ketika membuka buku ini. Ujian HIV ini sudah dilaksanakan di sesetengah negeri bagi ibu dan bapa cuma di Putrajaya aku belum tahu dah dilaksanakan sepenuhnya ke belum. Apa2 aku update kemudian.
Bila dah jadi ibu bapa tu, ketahui serba sedikit makanan ketika berpantang. Peranan ni terletak pada bahu si suami untuk mencari makanan si isteri. Tak tahu masak tu kemudian cerita.
7 JENIS MAKANAN
1- Epal Merah
2-Sawi Putih
3-Daging Kambing
4-Habbatus Sauda
5-Manjakani
6- Air Suam sekadar perlu sahaja
7-Minyak Zaitun
8- Apasal cakap 7 jadi 8?, Aku copy internet ye. Jenis-jenis Ikan tertentu
SAYUR DAN ULAMAN
1-Bawang Putih
2-Kunyit
3-Serai
4-Halia
5-Tomato
6-Sawi Putih
7-Lobak Merah (Lobak Putih untuk banyakkan susu ibu)
8- Pegaga
9- Lengkuas
AYAM/BURUNG/DAGING ini seperti dalam rajah.
IKAN YANG DIGALAKKAN :
1-Haruan
2-Salmon
3-Yu
4- Tenggiri
5-Bawal Putih / Bawal Cermin (Bukan Bawal Hitam dan Bawal Emas)
6- Siakap
7-Selar
8- Merah
9-Jenahak
Ini jenis Ikan Tenggiri di pasaran. Sekilogram dalam RM30.00. Ada Tenggiri Papan, Tenggiri Batang dan Tenggiri Raja. Aku tak pasti mana yang sedap, janji mahal tu sedap lah. Tapi sedap juga lah aku dah rasa sama je. Sedap ooo goreng tenggiri makan dgn sambal belacan.
HERBA pula seperti Misai Kucing, Kacip Fatimah, Kurma Merah, lada Hitam, Manjakani dan Habbatus Sauda. Ni kalau jenis ikan pun tak khatam, jangan harap nak mahir jenis herba-herba macam ni memang tak semua tempat mudah dapat.
Buahan dan makanan sebegini eloklah disediakan di rumah ketika isteri berpantang.
MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG KETIKA BERPANTANG
* Semua gambar ini aku ambil dari internet, jadi ampunkan aku jika hasilnya kurang memuaskan. Kalau tak yakin membeli barang dapur, sediakan sahaja bawang besar, halia, kunyit, lengkuas, bawang putih di rumah tu sentiasa ada.
No comments:
Post a Comment