Friday, August 24

DEMAM URAT TU MITOS KE

Salam Jumaat. Selepas balik kampung mula-mula nak merasa melapah korban sembelihan, tapi badan rasa tak sedap sepanjang perjalanan ke Sabak Bernam. Sabak Bernam ni kampung kakak aku. Ok mari aku cerita apa itu demam urat.

Demam ini biasanya bermula apabila kita merasa sakit-sakit di badan, sakit sendi dan sakit kepala yang berterusan.
Demam urat akan dimulai dengan sakit sendi baru demam datang sehari atau dua hari demam.
Masa demam ni, sakitnya bukan kepalang, simptom nak kena demam urat ni, kita macam loose sendi dan ketat sendi di samping macam baru berpantang tidak boleh sejuk.
Kalau korang bertanya pada doktor, doktor akan bagi ubat panadol yang meredakan joint/sendi tu atau  paling kurang pain killer . Mereka agak sukar memahami manusia kena demam urat.


Punca yang aku kenalpasti adalah :
  • Kemalangan semasa muda-muda yang lambat dapat rawatan samada urutan dan rawatan badan yang sepatutnya.
  • Bersukan ekstrem tanpa melakukan regangan yang sepatutnya
  • Melakukan kerja melebihi keupayaan dan berterusan dalam jangka panjang tanpa rehat.
  • Makan dan minuman yang tidak bersesuaian dan terlalu banyak minuman/makanan yang bersifat seju seperti rebung, tapai dan lain-lain
  • Keterlaluan terdedah kepada suhu sejuk seperti penghawa dingin di pejabat, mandi malam, berembun keluar malam, tidur menghala pada kipas angin.
  • Salah pergerakan, seperti mengangkat beban berat, mendukung anak yang agak berat, pergerakan keluar kenderaan tergesa-gesa.
  • Jatuh dari ketinggian samada bangunan 2 tingkat atau pokok jambu.
  • Pendedahan pada suhu sejuk yang panjang seperti menunggang motor dalam waktu hujan. Pergerakkan otot semasa menunggang motor boleh mendedahkan ke semua otot badan pada suhu sejuk sebab orang tua cakap badan masuk angin. Masuk angin ni senang dikeluarkan dengan minum halia, halba serai tapi tetap tidak hilang juga apabila dikaitkan dengan urat dan belikat badan.
  • Yang penting, fleksibiliti muscle joint  semakin meningkat usia semakin kurang lentur, jadi ia perlukan masa untuk beroperasi pada suhu sesuai. Ni faham-faham sendirilah. 


Selain tu, sepanjang masa, samada salah tidur ke, tidur betul ke, korang akan perasan suhu badan agak hangat dan senantiasa ada je sengal-sengal di badan. Pantang suhu menurun sedikit, cepatlah kena selsema dan bersin-bersin. Bangun pagi hari-hari sakit badan. Sakit badan takpa, kalau kepala sakit memang tak bekerjalah.

Antara kelemahan ketara demam urat ialah ubun-ubun perlu dilindungi dari cuaca sejuk dengan memakai kopiah, berpakaian hangat, tidak boleh tidur tanpa baju, memakai stokin ketika perlu, meminum air hangat, mandi air hangat dan sebagainya.

Ada petua menyarankan selain minum air halia tua, halba dan serai, boleh juga memakai masker halia pada seluruh badan tetapi aku belum cuba kemujarapannya.
Ok itu je lah aku rasa, nanti aku update semula ya, nak solat Jumaat dah

















Thursday, August 16

SEMUA ORANG MERANCANG, IBU BAPA MENDOAKAN, ALLAH TENTUKAN


Salam pada pengunjung blogger aku.

Satu sahaja pertanyaan aku, adakah kita diberi kelapangan apabila tiba masanya. Apakah semakin meningkat usia, kita tidak disibukkan oleh anak-anak, keluarga, kejiranan yang tidak mesra, kesihatan yang merundum, anak-anak bermasalah keluar masuk IPTA penjara, kesibukan masa yang tidak sama 24 jam seperti dimiliki orang lain.

Merancanglah bersama orang tersayang terutamanya ibu bapa kita dan mintalah kelapangan dari Allah agak kita dapat memelihara ibu bapa kita ketika uzurnya, dan kelapangan paling agung, adalah berkesempatan masa-masa kita mampu beribadah kepada Allah dengan selesa. 

Jangan hodoh sangat bila dah berumur 40 tahun, bukan bertambah kerja amal tapi bertambah aksesori gajet. Lagi satu, minat ubahsuai kereta pun tak bawa ke mana mungkin sebab memenuhi hobi, tapi hobi ni hanya pada mereka yang banyak masa sahaja.

Sebab tu sebagai muslim, jujurnya dan seeloknya cari rumah berdekatan dengan masjid. Yang ni untuk pencari hartanah sebab korang nak influence tumbesaran anak dan keluarga dan masa-masa berumur emas kita.

Ok, bukan sebab ni aku nak cerita, aku nak cerita pada adik-adik di luar sana, kurangkanlah bertanya soalan-soalan seks yang keterlaluan. Segan aku nak share dalam komen. Aku share apa yang aku tahu sepanjang bekerja di sektor kesihatan awam. Aku juga bukanlah pesakit HIV seperti soalan-soalan saudara-saudari di luar sana. Yang ni sesuai pada adik-adik yang selalu skodeng entri berkaitan HIV.

Dalam hidup ini, keberkatan  hidup akan beransur hilang saat kita kehilangan doa ibu bapa kita. Sebelum jadi begitu, gembirakan hati mereka dgn berpelakuan baik dan jangan nakal-nakal. Beri mereka peluang melihat PENCAPAIAN TERBAIK kita dalam hidup bukan dengan aktiviti nakal dan kurang sihat ya.

Siapa cakap kawan, gf, bf, isteri, suami lebih memahami diri kita. Itu semua ancaman terbesar jiwa kita sedang mulai miskin.. Ibu Bapa sebenarnya lagi memahami diri anda, jadi seharusnya korang minta izin dari mereka walau nak keluar rumah. Jika isteri cakap dia memahami diri suaminya, dia hanya memahami selepas hari akad nikah sahaja.


Kalau ada masa, banyak masa, perelokkan solat dan rajin-rajin menderma darah. Ekh apa kena mengena pulak kan. Ok aku juga adalah penderma darah aktif ya. Take Care


Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH