Monday, May 14

Rashid Bin Mubarak Al Subaei (EX-OMAR)

Anda kenal dengan gelaran EX-OMAR yang pernah menggemparkan dunia Arab dan Dunia Hackers?. Beliau adalah Rashid Bin Mubarak Al Subaei, 28 Tahun, telah kembali kerahmatullah akibat diserang asma.

Beliau mendedikasikan hidup beliau untuk syiar Islam dan menamakan usahanya sebagai Jihad Elektronik.

Pernah mendapat tawaran dari syarikat Yahudi dengan gaji AS$50,000 sebulan kerana kagum dengan kemampuan dan menyifatkan beliau seorang genius dalam dunia sistem perkomputeran. Antara kemahiran beliau adalah menggodam Bursa Saham Tel Aviv dan menceroboh laman web peribadi Menteri Luar Israel untuk menegur tindakan biadap beliau.

Al-Fatihah untuk roh EX-OMAR

Pandang Muka Saudara Muslim dengan Wajah Berseri-Seri

Untuk mendapat cinta Allah, kita hendaklah ikut nasihat Nabi Muhammad SAW.

Contohnya ketika bangkit dari tidur disunatkan membaca doa, mendahulukan kaki kiri apabila masuk tandas dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar tandas, apabila memakai pakaian mulai dari tubuh kanan dan apabila ingin menanggalkan pakaian melalui bahagian kiri tubuh, mengucapkan salam apabila bertemu saudara Islam dan lain-lain bolehlah rujuk artikel ini.

Tahukah Anda?



Tahukah Anda siapa yang mula-mula mencipta Radio Pertama di dunia, Siapa Yang Mencipta Kalkulator Mesin Kira-Kira. Radio pertama dicipta oleh Guglielmo Marconi pada 1895.

Tahukah anda pembedahan Lasik untuk sepasang mata berharga RM 2888 dan pembedahan Katarak Mata berharga RM 2200 untuk 1 mata sahaja - harga ini rujukan bulan April 2012 di klinik pembedahan mata swasta.

Tahukah anda 90 % penyakit di dunia ini berpunca daripada tekanan perasaan. Samada kita sedar perasaan kita ditekan-tekan atau kita sengaja mencari punca untuk menekan perasaan kita ....huhu paranoidnya ayat ni. Dan tahukah anda marshmallow yang boleh dimakan tu ada juga yang takut kepadanya. Hmmmmmm banyak aku tak tahu tapi sama-sama lah ia di sini untuk kita ketahuinya.

Sunday, May 13

el Toro Butchery & Grill Subang Avenue

Kali ini aku ingin memperkenalkan sebuah restoren berasaskan daging milik Bumiputra (Macam promosi je hehe). Restoren el-Toro Butchery & Grill di SUbang Avenue atau sinonim dengan gelaran lembu jantan mula beroperasi Julai 2011 menghidangkan masakan Barat sebagai menu utama.

Restoren ini dimiliki oleh Adrian Sani menjelaskan bahawa semua menu didapati dari daging segar yang dibungkus secara vakum dari Australia dan New Zealand (Daging Lembu Tempatan kurang enak kot). Jika tidak makan daging, anda juga boleh memilih menu makanan laut. Harga ditawarkan dari RM15.00 ke RM150.00.

Datanglah ke el Toro Butchery and Grill di Subang Avenue Subang Jaya setiap hari 12.00 PM ke 11.00 PM.

Saturday, May 12

INFO KESIHATAN - HERNIA - BENJOLAN ABNORMAL


Artikel Kesihatan Kali ini adalah mengenali simptom Hernia, apakah hernia dan adakah hernia itu normal. HERNIA boleh dikesan dengan pembesaran abnormal ketulan dibahagian tertentu. Sebelum ini aku ada muatkan artikel kesihatan berkenaan ketulan  SEL LEMAK LIPOMA

Artikel Hernia ini pernah menjadi carian popular pesakit di Google. Mungkin rating carian ini akan lebih bermanfaat dengan perkongsian artikel kesihatan ini.

Rakyat Malaysia bakal tinggalkan Twitter dan Facebook hanyalah selangan genre antara bacaan Tips Kesihatan dan Info ICT Malaysia. Moga kaedah pengalihtumpuan bacaan macam ni, aku harap dapat melonjakkan minat membaca artikel yang bercorak pengetahuan.

TIPS NAK BESARKAN ARTIKEL, RIGHT KLIK, OPEN IMAGE IN NEW TAB (di Tab berikutnya anda boleh besarkan artikel ini/atau save aje ke PC)

Part 2 : Ujian HIV/Sifilis/Gonorea-Penyakit Tularan Seks STD

Klik Sini untuk Rujuk Artikel Berkaitan Penyakit Kelamin.


Apakah Penyakit Kelamin?

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau fungus.

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:



Bagaimanakah Penyakit Kelamin Merebak?
Penyakit kelamin merebak melalui:

·         Perhubungan seks
·         Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti. Contohnya HIV, Hepatitis B, NGU, dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum, atau pemindahan darah yang dijangkiti.

Tanda-Tanda Dan Gejala-Gejala
Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala-Gejala Penyakit Kelamin?

Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadangkala, pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala (dikenali sebagai asymptomatic infection).

Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
·         Lelehan dari kemaluan
·         Sakit semasa kencing
·         Luka atau ulser di bahagian kemaluan
·         Ketumbuhan di bahagian kemaluan
·         Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha
·         Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan
·         Mata berair bagi bayi yang dijangkiti

Diagnosis Penyakit Kelamin
Bagaimanakah Diagnosis Atau Pengesahan Penyakit Kelamin Dilakukan?

Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk sifilis, hepatitis B dan HIV. Ada juga yang dapat disahkan melalui lelehan atau sampel cecair daripada kulit atau membran mukus.


Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat awal, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain menyebabkan komplikasi:

·         Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
·         Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis.
·         Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal. Congenital Syphilis di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan yang menyebabkan kanser. Sebanyak 5-10 peratus penghidap hepatitis B menjadi pesakit kronik dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati.

Rawatan
Adakah Penyakit Kelamin Boleh Dirawat Dan Disembuhkan?

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik, ubat anti-virus atau anti-parasit. Lebih daripada satu ubat diperlukan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit kelamin. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuhkan.

Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Ia dipanggil sebagai Modified Syndromic Approach (MSA) yang terdapat di klinik kesihatan kerajaan. Rawatan awal boleh mencegah jangkitan daripada merebak dan komplikasi:
·         Dapatkan rawatan segera daripada doktor berdekatan bagi antibiotik yang bersesuaian
·         Jauhkan diri daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda telah sembuh
·         Jangan ambil rawatan sendiri kerana ia dapat merencatkan gejala jangkitan dan menyebabkan komplikasi akibat rawatan tidak lengkap
·         Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.

Pencegahan
Amalkan Hubungan Seks Yang Selamat

Penyebaran jangkitan penyakit kelamin dapat dielakkan melalui langkah berikut:
·         Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
·         Setia kepada pasangan anda.
·         Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom
·         Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana ia menyebabkan hilang penilaian anda 

    Suntikan Pelalian
Suntikan pelalian hepatitis B dapat memberikan perlindungan sepanjang hayat.


Part 1 : Ujian HIV/Sifilis/Gonorea-Penyakit Tularan Seks STD

Klik Sini untuk Rujuk Artikel Berkaitan Penyakit Kelamin



Pernahkah korang menderma darah sepanjang hidup? Derma Darah ni ibarat macam sedekah. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Insya-Allah hehe, antara sumbangan aku adalah dengan menderma darah secara rutin. Sumbangan lain belum berkemampuan lagi.

Derma darah dikalangan Melayu masih rendah. Mungkin takut sebab penakut atau takut sebab implikasi yang hadir semasa menderma atau sebelum menderma-dibayangi kehidupan sosial aktiviti berisiko.
Banyak kebaikan menderma darah. Kalau ada istilah 'Derma' pun banyak baiknya-untung saham dunia akhirat. Ni derma darah pun untung kepada kesihatan.


Jika anda mengamalkan tabiat menderma darah, anda pasti sinonim dengan perkara berikut :
o     i)            Pendermaan Darah
o    ii)           Pendermaan Aferesis (hanya platelet & plasma yang diambil daripada penderma). Plasma di dalam darah digantikan secara semulajadi dalam beberapa jam.
Darah mengandungi beberapa komponen iaitu:
1.     Sel darah merah
2.     Sel darah putih
3.     Platelet
4.     Plasma
Mereka yang mengambil berat kesihatan, bolehlah mulakan dengan ujian jenis darah, kolestrol, zat besi untuk ujian anaemia dan antara paling umum adalah jenis Rhesus Darah samada (+/-). Pelajar yang ditawarkan ke IPTA/S juga diwajibkan ujian darah VDRL jangkitan kelamin antaranya Siflis, Gonorea dll, dan juga  ujian HIV untuk pengantin baru. Dengan ujian berkala, kita dapat membendung simptom awalan Hepatitis, malah jangkitan kanser darah dan lain-lain.


Aferesis adalah satu proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian  sel darah merah dikembalikan semula kepada penderma dengan menggunakan mesin khas. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga ada kalanya 90 minit bagi plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali berbanding menderma sel darah merah dalam durasi 3/4 bulan tetapi anda tidak boleh menjadi penderma darah dan penderma aferesis dalam satu masa.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG