Saturday, May 12

Part 1 : Ujian HIV/Sifilis/Gonorea-Penyakit Tularan Seks STD

Klik Sini untuk Rujuk Artikel Berkaitan Penyakit Kelamin



Pernahkah korang menderma darah sepanjang hidup? Derma Darah ni ibarat macam sedekah. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Insya-Allah hehe, antara sumbangan aku adalah dengan menderma darah secara rutin. Sumbangan lain belum berkemampuan lagi.

Derma darah dikalangan Melayu masih rendah. Mungkin takut sebab penakut atau takut sebab implikasi yang hadir semasa menderma atau sebelum menderma-dibayangi kehidupan sosial aktiviti berisiko.
Banyak kebaikan menderma darah. Kalau ada istilah 'Derma' pun banyak baiknya-untung saham dunia akhirat. Ni derma darah pun untung kepada kesihatan.


Jika anda mengamalkan tabiat menderma darah, anda pasti sinonim dengan perkara berikut :
o     i)            Pendermaan Darah
o    ii)           Pendermaan Aferesis (hanya platelet & plasma yang diambil daripada penderma). Plasma di dalam darah digantikan secara semulajadi dalam beberapa jam.
Darah mengandungi beberapa komponen iaitu:
1.     Sel darah merah
2.     Sel darah putih
3.     Platelet
4.     Plasma
Mereka yang mengambil berat kesihatan, bolehlah mulakan dengan ujian jenis darah, kolestrol, zat besi untuk ujian anaemia dan antara paling umum adalah jenis Rhesus Darah samada (+/-). Pelajar yang ditawarkan ke IPTA/S juga diwajibkan ujian darah VDRL jangkitan kelamin antaranya Siflis, Gonorea dll, dan juga  ujian HIV untuk pengantin baru. Dengan ujian berkala, kita dapat membendung simptom awalan Hepatitis, malah jangkitan kanser darah dan lain-lain.


Aferesis adalah satu proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian  sel darah merah dikembalikan semula kepada penderma dengan menggunakan mesin khas. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga ada kalanya 90 minit bagi plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali berbanding menderma sel darah merah dalam durasi 3/4 bulan tetapi anda tidak boleh menjadi penderma darah dan penderma aferesis dalam satu masa.


Cecair kekuningan (untuk penderma pertama kali, kelihatan cecair ini agak meloyakan) yang mengandungi platelet dan plasma sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. Plasma diperlukan oleh:
1.    Pesakit yang mengalami pendarahan.
2.    Pesakit buah pinggang.
3.    Pesakit yang menghidapi penyakit hati.
4.    Mangsa kebakaran dan melecur.
5.    Pesakit hemofilia.(PDN turut menghantar plasma beku ini ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia untuk difraksinasi (diuraikan) kepada beberapa komponen utama dipanggil Faktor VIII, Faktor IX, imunoglobulin dan albumin 20 peratus. Semua faktor ini sangat penting untuk merawat pesakit hemofilia.)
6.    Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.
Manakala platelet pula diberikan kepada:
1.    Pesakit demam denggi berdarah.
2.    Pesakit leukemia.
Penderma Darah yang kerap akan ditawarkan vaksin Hepatitis C – 3 dos secara percuma dan penderma aferesis akan mendapat khidmat ujian darah percuma sepenuhnya seperti kandungan kolestrol dan penyakit lain. Ujian ini biasanya dilakukan di Pathlab, BPLab atau mana-mana makmal dengan kadar caj RM 80 – RM180. Selain itu, aku cadangkan lakukan ujian darah dan urin untuk kenalpasti  simptom penyakit seeloknya sekali dalam setahun. Sekiranya anda pengamal seks berisiko, mulakan ujian status kesihatan anda di klinik kerajaan/swasta berhampiran demi kebaikan anda dan mereka-mereka yang menyayangi anda.

Rujukan :
  1. http://hsi.moh.gov.my/modules/icontent/index.php?page=102
  2. http://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1 (Pusat Darah Negara)
  3. NGO Majlis AIDS Malaysia
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH