
Aku
sebenarnya tak pandai nak mengarang, tak pandai nak bermadah-madah sebab tu
ramai awek tak berkesudahan dengan cinta kot ahaks2. Hissh aku bukan nak cerita
awek2, malam ni buat pertama kalinya aku hadir ke Himpunan Belia dan juga Jom
Heboh!!... Dulu tak minat, tapi mungkin minggu ni byk aktiviti aku melibatkan
kerja, so kenalah hiburkan diri jalan-jalan-rasanya 4KM pusing2-teknik jimat
menghilangkan stres.
Sambil cari earphone,
dapat juga lihat beberapa stage konsert, ada dekat 7/8 stage termasuk
Tomoi. Banyak tu, semalaman rasanya tak sempat habis.

* Kesian tadi pada pengunjung yang bertanya tak tahu arah
tuju. Sorry, Aku pun sama tak dapat membantu.

Secara
keseluruhan, aktiviti tersebut terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan
Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis
Belia Malaysia (MBM).
Aktiviti
turut membabitkan segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central;
Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia
Budaya 1 Malaysia.
Kesemua
segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus),
kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan
dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Rujukan :
- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/114-beli-belia/9799-himpunan-sejuta-belia.html
- http://www.hbn.gov.my/
- Dan pemerhatian/pamplet events di lokasi
No comments:
Post a Comment