Sebelum berkahwin, kita selalu disarankan mengambil ujian HIV, pengenalan Rhesus Darah dan beberapa ujian asas dalam agama. Bab ujian HIV ni, secara peribadi sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan, aku cadangkan Klinik Kesihatan Yang Terbaik adalah di Klinik Kesihatan KAJANG dan BANGI - kawasan berdekatan Putrajaya.
Klinik KesihatanPUCHONG....hmmm terlalu mengecewakan dengan kaedah ruang menungu, sistem Queue,dan Medical Assistant (Jangan berlagak macam Pegawai Perubatan dan belek handphone sahaja - khusus untuk MA Lelaki KK PUCHONG ni, patutnya kamu segan nak perkenalkan ISO dan SOP Klinik pada orang yang salah. Sudahlah buat temujanji hampir 10 hari, waktu pemeriksaan dari pagi ke petang, bila datang, kamu suruh queue lagi bersama hampir 40-50 orang pesakit luar di luar klinik tu (berbumbung tanpa dinding). Tak paham aku...Sedih la tengok ko nih bro, kit HIV test tu 10 minit je kalau ko nak buat @ aku buat sendiri. Aku tak maklum Komunikasi Korporat KKM sebab lega ada seorang jururawat India yang baik perangai dan etikanya).
Klinik Kesihatan
Medical Assistant Encik Rashid Abd Aziz dan staf Klinik Kesihatan Bangi-kamu semua betul2 profesional mengurus klien (pesakit) secara teratur dan tersusun dari pendaftaran hingga ke farmasi. Terima Kasih kerana berulang kali aku dapatkan rawatan di klinik ni walau jauh, ia tetap tidak mengecewakan semua pesakit.
Balik pada Kes Talasemia ni, senangeja.blogspot.com, belum mempunyai artikel sebegini. Kes Talasemia ni dianggarkan 780,000 ke 1.3 juta pembawa genetik di Malaysia. Kelahiran bayi tidak menampakkan tanda-tanda pada tahun pertama. Talasemia berlaku apabila penyakit genetik menggangu pembentukan sel darah merah normal. Moga ia menjadi rujukan pembaca.
No comments:
Post a Comment