Aku da biasa jumpa orang apabila kita nak bercakap, masa tu lah dia gak nak bercakap. Macam lalat plak bunyinya sebab ia kedengaran berdengung2, tidak kuat dan tidak perlahan seiring aku bercakap macam dalam Gua Niah.
Apabila ber-blog, macam tu jugalah tuan punya blog ni sibuk nak mengulas berdasarkan tingkap perseptif dia aja. Kesian aku tengok satu keluarga ni di restoren. Si Suami nak makan, da lah malas masak, masa tu la si isteri menyibuk ambil gambar senarai menu, ambil gambar air, semua hidangan atas meja nak diambilnya sekadar masuk blog. Tak tahu lah berapa diskaun dia dapat, berapa royalti bulanan diterimanya apabila berjinak jadi ejen pengiklanan keluar modal sendiri ni.
Rasanya fungsi facebook, teknologi, telefon aplikasi canggih, blog, bayaran bulanan internet, masa berkualiti bersama keluarga ni da disalah ertikan hingga terbawa-bawa ke rumah sekadar nak menghadap komputer dan kemaskini status. Apakah kita nak mewariskan tabiat dan aktiviti sukarelawan macam ni kepada anak-anak?. Gajet mahal zahir di tangan, tapi batinnya untuk orang lain. Tools Reminder hebat tp dating lambat jugak. Lain la guna teknologi untuk income lebih, kena denda RM50K pun mampu bayar. Jangan ikut plak salah guna teknologi mcm ni.
Aku pernah mencadangkan di pejabat agar medium blog dijadikan rujukan perpustakaan online peribadi/kumpulan berkaitan kerja atau rujukan yang penting-penting. Selain kita dapat pahala, orang lain pun dapat pahala. Tapi segelintir mengatakan tak perlu sebab carian di Internet ada segalanya. Adakah kamu benar?
1. Jika hobi aku mendaki gunung, hobi kamu bermain badminton, hoki dia menjahit. Ya memang semua hobi ini ada di Internet, tapi sentimental value pemilik dan orang lain tidak sama..Maksud aku, korang tak tahu di mana aku letak duit aku di rumah aku sendiri, begitu juga sebaliknya..So, apa yang korang catatkan di blog, hanya korang yang tahu warna warninya episod setiap satu cerita tu...Jadi, aku lebih cepat jumpa duit aku di rumah aku sendiri (blog sendiri) walaupun aku tutup mata berbanding korang...Fakta Pertama ni cuba korang bg tahu pada pengumpul setem, kereta antik tu tak payah buang masa pd hobi sia2 tu, pergi je ke muzium kalau nak tengok setem dan kereta antik.
2. Takkan korang nak membebel di blog cite2 yang merapu...Malulah wei...Kalau korang kena denggi, tentulah cite tentang hal korang sendiri kena denggi. Jarang orang buat blog cite yang mengarut dan tak sahih, so kalau aku buat blog koding projek aku, mestilah aku da test dulu. Malulah kalau jadi bugs dan error plak. Fakta Kedua ni. Kalau korang nak buat major surgery, korang boleh rujuk blog mereka yang pernah menjalani surgery. Belum surgery tapi bila baca da rasa mcm surgery online jek kan-sama juga pengamal seks berisiko apabila rujuk artikel S.T.D...
3. Aku suka warna merah, kamu suka warna pink, dia suka warna hijau. Hehe warna adalah salah satu penggalak@ "trigger unique string" kepada usaha dan momentum berterusan untuk anda memperkayakan rujukan maklumat di blog anda. Antara kaedah penggalak ni adalah dengan mengkategorikan blog, susunan mengikut peristiwa, template blog, rating, popular entry, tajuk dan lain-lain la. Kecualilah korang copy dan paste blog orang siap tajuk pun sama- cuma moderator je nama korang....Lepas tu nak cari entri da lupa, letak tajuk apa ek...Sama juga kalau lampu hijau pagi2 anda kena minum nescafe, minumlah dulu. Kalau da terpakai masa bekerja, gantilah di waktu petangnya. Fakta Ketiga ni.
4. Blog kamu adalah unik bergantung kepada pengalaman, karaktor dan persepsi kamu memandang dunia. Semua orang sempurna fizikal mampu berlari, tapi mengekalkan laju dan masa larian tu sendiri ukur la. Maka secara langsung, semua blogger adalah GURU, tapi anak muridnya faham atau tak bergantung pada kamu lah. Jangan ler salahkan orang lain tak faham, takda inisiatif nak belajar la, lembab la, sebenarnya kamu yang bermasalah. Kamu sorang aje lah yang rajin-"obses sindrom rajin terkedepan". Fakta Keempat berlagak pandai ni harap2 janganlah ada dalam diri aku.
5. Blog seperti Wordpress menyediakan emel berkala kepada pendaftar-peminat kamu setiap kali kamu masukkan entri baru. Jika entri kamu berhubung kesihatan - Apa itu Talasemia, berhubung pengetahuan - Bunga Mayat, sekurangnya 1 emel makluman dihantar, dapatlah juga info kepada pengikut kamu. Forum ada ke fungsi ni?. Ni adalah kaedah menghimpun dan kongsi maklumat dalam organisasi secara rutin dan ada follow up. Fakta Kelima ni menyegarkan jiwa mereka yang dahagakan ilmu. Haha macam nak minum air kelapa je la.
6. 3/4 hari nak exam, mana boleh rujuk buku lagi, mestilah rujuk nota sendiri . Perkataan2 penting dah tak boleh tulis panjang2 nanti takut lupa. Takkan nak pinjam short notes kawan plak langsung tak faham. Kalau dalam blog untuk benda2 sensitif aku tak bg details la @ aku warnakan font dengan warna putih-visible, cuma aku je faham (metafora situasi). Blog gaya mcm ni, lebih kurang macam self-belonging, nak pakai waktu urgent dan sentiasa ada bila diperlukan.
7. Sebaran Am & Persaingan yang munasabah maksudnya jika korang seorang pembaca buku tegar di Perpustakaan, dapat nombor 1 tiap bulan di tampal di papan kenyataan perpustakaan pun, ia hanya jadi saingan pada kumpulan anda aje - yang dtg library je nak lwn rekod anda. Jadi info mcm tu agak sinikal sebab lwn kumpulan kecil. Amik ko kalau lwn di search engine...so huge collection!!..tinggal tunggu 'tuang' aje.
8. Blog ni free-dalam Bahasa Melayu-percuma, tak perlu login sistem- tengok forum. Mana ada orang nak buang masa login, klik itu, klik ini. keyin URL pun susah..pastu searching keywords tak return plak...adoiiii. Dah la kat uma malas membaca buku depan mata, nak baca forum pun bersyarat. Kalau dah salin blog orang, jangan lupa bubuh kredit milik orang. Kalau orang tu dah meninggal, ada juga ilmu dia dlm blog korang. Tu lah aku cakap buat blog, jangan simpan link url orang, mana tau orang tu frust cinta, terus delete akaun dia. Fakta Kelapan ni...dan masa untuk tidur. Selamat Malam.
No comments:
Post a Comment