Wednesday, December 12

Regangan Kuatkan Otot

Regangan biasanya dalam dunia yang paling dekat selalu kita lihat adalah apabila seekor kucing bangun tidur dan membuat regangan.

Kenapa cik kucing membuat regangan sedangkan kucing tidak memerlukan otot fizikal untuk membuat kerja berat.

Manusia dan haiwan mempunyai sejumlah otot dan otot yang tidak diselenggara memungkinkan kejadian cedera otot. Makanan otot seperti protin boleh meminimumkan kecederaan ini.

Apabila bangun tidur, otot dalam keadaan ketat kerana normal graviti dan pengaliran darah serta tiada aktiviti sepanjang malam membuatkan otot dalam keadaan tidur. Otot juga boleh dipanaskan untuk memanjang dan tindakan fleksibiliti otot.


Kafein, Kopi Tahi Gajah, Kulat Kuku, Sakit Pinggang

Kafein seringkali didapati dalam kopi yang selalu kita minum. Dalam soda pun ada sejumlah kafein.

Dalam artikel ini, mendedahkan kafein antara punca kita kerap ke tandas. Kenapa ya?

Kerapkah anda menghadapi sakit di bahagian pinggang? Ia adalah rentetan akibat postur duduk yang tidak sihat terlalu lama. Berat yang di tanggung pinggang apabila duduk terlalu lama boleh juga mencederakan ligamen. Masalah penyakit buah pinggang tiada kaitan dengan sakit di bahagian pinggang.


Berbalik semula kepada kafein, selain  kopi musang, kopi tahi gajah juga menjadi satu trend kegilaan penggemar kopi. Tak tahulah apa yang eloknya. Tapi yang logiknya, kopi tahi manusia tidak digemari sang gajah.

Tuesday, December 11

Belajar Mekanik Sekejap dan Nissan Almera memang berkualiti


 Mari belajar Mekanik Sebentar.

Apakah gred minyak gear yang selalunya digunakan oleh Persona.

Mengapa Waja susah masuk gear, tempoh hayat minyak kotak gear, Gred Minyak Volvo 240 dan Honda SV4 kuat makan minyak serta kaedah tentukan angin tayar.

Bagi mereka yang gemar berjalan ke sana sini dengan kenderaan, GPS bolehlah dikatakan agak penting. Model Galactio V8 boleh dijadikan panduan dan peneman.

SE belum rasa ingin menggunakan GPS lagi sebab ia lebih selesa - nak hayati  perjalanan yang penuh misteri kononnya.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXb45k7Zstip3qW8R8HNXZKrvyWPhX-OxMtJx8_wCdhnSLyjTdtEMe2s0FOUsy70A8gRIGbpsRC9WIqb2baXiYEG31T87oGhqCPR1om8LO31rHWORQ_dQSn5OUOTNFcu7B3VEPCssiiJSw/s1600/ce2e2e3d648942608e9a051df88b1f41.jpg





Almera jentera berkualiti - sedap namanya, memang segmen kenderaan penumpang yang terbaik dalam kelasnya. Tak salah kita mengetahui kelebihan Almera. Harga paling murah RM66,800. Hmmm comel la Almera ni, bolehlah kita namakan kenderaan kita lepas ni dengan panggilan manja ek, tapi Almera milik SE hanya 1300 cc aja.

Cameron dan Genting memang gelanggang Nissan. Sehingga kini jenama Nissan digunakan oleh pemandu teksi di Genting selain kenderaan pikap keluaran Toyota.

Ketahui lanjut Nissan Grand Livina di SINI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfa-Q5fLgqaVwbLoVC6Ge4H_qJz3CmILcpQAE5kGmRJb-c5idUIW_nwRo1PoRLb6q_pVVwtcElRpmaQNukMjFyrdCCH2U5V1vyFsHX5lF4QdI3CWmTcXrDY8j2EPAoIhtfu3iFgGnlT5x2/s1600/0162b9b065c640a6a8b942446c7833f5.jpg








Rasai Nostalgia Char Kuey Teow


Char Kuey Teow dan Kuey Teow Goreng sebenarnya berbeza bagi penggemar mee yang sememangnya mahir bab makan.

Char tu ada kuah dan basah, jadi jika nak garing ada kriuk2, pesanlah Kuey Teow Goreng.

Di mana nak merasai nostalgia Char Kuey Teow ni? Mari lawat di Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Di sini banyak syurga makanan jika pandai mencari. SE pun kagum bila ke Shah Alam, dari restoren hingga ke warung - semuanya makanan yang di masak agak sedap dan yummy.

Sebelum ke kedai ini, sila rujuk INFO sebab ada hari tertentu sahaja ia beroperasi.


Friday, December 7

Slipped Disk - Sakit Sendi Faset atau Cakera Tergelincir

Anda mengenali sindrom Slipped Disc atau pernah melihat bagaimana keadaan mangsa yang menderita dengan Slipped Disc Sindrom (cakera tergelincir)?

Sindrom ini lebih mudah menyerang mereka yang berbadan besar dan tidak melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dan regangan yang sesuai secara BERKALA. SE kerapkali menegur rakan dan juga perlu memastikan pekerjaan yang lama dengan duduk di atas kerusi adalah aktiviti yang tidak sihat. Kesanya kebas kaki dan badan atau sengal badan seringkali disalahtafsirkan.

Postur gerakan badan juga perlu disesuaikan dengan bebanan (bebanan badan dan bebanan tambahan fizikal objek, bukan bebanan tanggungjawab ya)

Selepas membaca artikel ini, SE harap anda dapat pastikan anda duduk dengan tegak, seimbang dan postur yang kemas selepas ini ya. :)

* sumber Majalah Maskulin




Doktor Tanpa Tauliah dan 1 Juta Warga Thai Positif HIV



Antara isu kesihatan dalam dan luar negara yang perlu diambil perhatian.

Sekiranya menghadapi kemusykilan berhubung kelayakan doktor perubatan, doktor gigi, pengamal perubatan, farmasis atau lain-lain berkaitan, silalah rujuk maklumat di www.moh.gov.my.



Kisah Minggu Ini...

Assalamualaikum,

Maaf sebab SE tidak sempat-sempat kemaskini blog.

Minggu ini banyak aktiviti melibatkan teknikal dari pelancaran sistem bagi OKU, belajar router, menyiapkan laporan Java Jasper dan kemaskini web (bukan kerja pejabat) yang kena godam akibat serangan Indonesia kerana kalah dalam perlawanan Kelayakan Piala Suzuki.


Antara laman web yang menjadi mangsa. Sistem ClearingHouse ini dihasilkan dari scratch.




 Kumpulan A 


TeamMP W D LGFGAPts
Thailand3300929
Philippines3201426
Vietnam3012251
Myanmar3012171

Kumpulan B

TeamMP W D LGFGAPts
Singapore3201746
Malaysia3201646
Indonesia3111344
Laos30126101
  
Ahad, 9 December 2012
Malaysia s Thailand
Stadium Nasional Bukit Jalil

Ini pula adalah keratan akhbar berkaitan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tindakan tatatertib oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Ada lagi, kisah SE menonton Life Of Pi pada 06 Disember 2012. Nantikan  entri akan datang...


** Info perlawanan bola dari sumber.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG