Thursday, March 17

BATERI AA, BATERI AAA KELUAR AIR?

BATERI  AA, BATERI AAA KELUAR AIR?

Ada 1 kes di luar negara, seorang kanak-kanak meninggal dunia setelah tanpa sengaja menelan bateri jenis button - hadiah bersama mainan ketika krismas.

Bateri button itu keluarkan asid dan menjadi penyebab kematiannya.

Kes aku ni, Aku beli bateri Energizer ni saiz AAA pada tahun lepas (anggaran beli bulan 7-8 Tahun 2015)

Kesemua perkakas elektrik kecil termasuk bateri ini aku simpan dalam kabinet kayu dengan suhu bilik dan kelembapan terlindung dari panas dan hujan la (kabinet di dapur, atas table tob). 

Kalau korang tengok bateri ini usia hayatnya sehingga Mac 2018, BELUM digunakan lagi dah jadi keluar air macam tu. Ini kes bateri baru dalam simpanan (pek asal). 2 biji saiz AAA jadi simptom begitu.

Ni pic aku ambil dalam Bulan Oktober Tahun 2015. Jangka Hayat hingga Mac 2018

Kebiasaan aku ada koleksi bateri pelbagai saiz dan pelbagai jenama untuk simpanan permainan anak kan banyak guna bateri. Bateri MR.DIY dan TESCO pun ada. Cuma semasa membeli tu aku akan beli 6-12 biji sekali pek kerana harga lebih murah. Kebiasaanya belian bateri di Mydin, Tesco dan AEONBIG. Kalau bateri MR DIY tu mestilah di outlet MR DIY.

Kes Bateri Energizer  ni tak berakhir di situ, kali ini kena pula pada mainan baby walker anak aku yang telah kehabisan bateri. Semasa membuka nak mengganti bateri tu jumpalah masalah ni bulan lepas (Februari 2016)

 Bateri ni keluar air dan juga keputihan macam asid, sedangkan bateri Eveready kekal tiada cacat cela. Ini kes bateri yang  TELAH  digunakan bersaiz AA.


Ini gambarajah lebih jelas hasil yang terjadi pada bateri Energizer. Bateri AA ini hayatnya sehingga Mac 2023. Simptom keputihan ini hanya dikesan pada bateri jenama Energizer sahaja, bateri jenama lain samada murah atau mahal tiada perubahan.
Jika pihak Energizer ada penjelasan, mungkin kita dapat share info bersama kan.



Thursday, March 10

PELANGGAN CITIBANK ADA DIAL FOR CASH

 

PELANGGAN CITIBANK ADA DIAL FOR CASH

Aku antara pelanggan Citibank sejak Tahun 2003. Entri ni bukanlah nak memuji Citibank, bank Yahudi orang cakap. Tapi banyak lah juga ciri-ciri Citibank mengkaji behaviour pelanggannya dan kerisauan pelanggannya apabila amat memerlukan fasiliti perbankan internet. Maksud aku dari segi capaian, keselamatan dan ciri-ciri lain, jarang/mungkin belum ada aku mendapat phising berkenaan Citibank.

Tahun ini dapatlah juga emel spam tentang Citibank. Kira penggodam juga bertambah mahir dan ada kemampuan ke arah bank-bank yang ada rekod keselamatan tinggi ni.

Aku bukan nak cerita koding dan algoritma ciri keselamatan internet. Tapi lebih kepada tawaran dan follow-up Citibank memang bagus juga lah. Lagi bagus kalau kita jarang pakai kad kredit Citibank, maka banyak tawaran dihantar ke emel kita belum lagi panggilan telefon.

Bulan Februari 2016, aku ditawarkan Dial For Cash-jika melalui operator ada caj pendahuluan amaun kecil. Tapi jika kita buat sendiri online, amat mudah dan TIADA CAJ. 

Tengok atas tu Bulan Februari aku ditawarkan kadar faedah pinjaman 5.90% setahun dengan maksima RM17,710.00. Maka aku pun abaikan.


Tengok lagi tu Bulan Mac 2016, aku ditawarkan lagi pinjaman Dial For Cash sebanyak RM18,000.00 dengan kadar faedah turun lagi 5.33% setahun. 

Memang aku pelanggan mana-mana bank, hutang kena bayar ikut jadual sebab aku nak jaga CCRIS aku juga. Bertambah sayanglah Citibank pada aku hinggakan kredit aku dibaginya RMXX,000.00 termasuk RM18,000.00 Dial For Cash (DFC). 

Selain DFC, kita juga boleh beli barangan di mana-mana dan call bank untuk tukar 0% kadar pinjaman kita.

Ada juga kadar faedahnya bukan FREE. Skim Fleksibel ansuran bulanan ini ikut musim, kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. BSN ada skim ini mana-mana pembelian minimum RM500.00, boleh telefon BSN minta jadi pelan ansuran. Ni aku tengok dalam penyata bulanan BSN memang tertulis begitu.

Contoh : Kalau anda beli peti sejuk RM1,000.00, tukar kepada 12 bulan, makanya RM1,000/12bulan = RM83.33.

Setiap bulan selama 12 bulan, RM83.33 itulah dikenakan faedah, bukan RM1,000 yang dikenakan faedah ya. Itulah RM1,000 itu dipanggil  0% kadar faedah.

Motif aku dalam entri ini, kita bukan nak mengajar membazir dan pakai RM sesuka hati tanpa hala tuju. Memang aku pun dulu gagal mengurus sebab mungkin kawan-kawan kita pun begitu kot atau kesedaran tu datang lambatkan. Dah tua-tua tu baru tahu kan, untunglah yang muda-muda tu kalau jumpa tanya aku haha.

 
Tengok tu jadual Citibank sediakan Online, memang menarik dan mengharukan, amat memudahkan pelanggannya yang dalam masalah kewangan dan diajar kadar faedah dikenakan dipaparkan sekali. 

Kalau begini teliti Citibank menolong pelanggannya ditiru Touch & Go, takdalah aku kehilangan duit Touch & Go kan macam ini. Walau T&Go tiada berkaitan kadar faedah, tapi nyata ada urusniaganya tidak jelas dinyatakan dalam syaratnya.

Ni tak macam kes aku kad T&G hilang, duit pun kena ambil sebagai caj, kadnya kena buat sendiri juga. Nasib je tak kena marah.

Inilah contoh sistem yang baik dicipta selain membantu, apabila pelanggan membuat silap pun dibantu juga. Masukkan beberapa figure dan Recalculate pun tiada hang dan freeze, maintain gitu.

Anggarakan pinjaman RM2,000 dalam 12 bulan dengan RM175.74 X 12 = RM2,108.88 (Kadar Faedah RM108.88/12 = RM9.073 Sebulan).

Kenapa semasa simpan duit takda pula mana-mana bank buat sistem begini kan.

Apabila kita membatalkan DFC, juga disertakan kadar caj dikenakan. Hanya pilih butang pilihan dan masukkan ke Akaun Peribadi kita kan- sangat mudah. Ada tulis Step 1 Of 3 pula tu. Memang User Interface yang eloklah. RM2000 ni lepas sebiji laptop juga kan hihi.

Kesimpulannya tunggu emel Bulan April 2016 pula mana tahu dapat 4.99%. Ke dekat-dekat raya mesti kadar faedah jadi bawah 4% ke mana tahu. Dulu semasa raya aku dapat cek Citibank tertera RM500 X 2 keping untuk ditunaikan dalam akaun aku, kalau nak bank-in, kalau taknak abaikan je. ~Godaan le tu~

 Seperti dijanjikan, ini aku kemaskini offer Citibank pada OKTOBER 2016 pula. Kadar faedah sama cuma limit maksimum dinaikan. InsyaAllah kalau nak beli rumah kurang deposit nanti aku pinjam juga.






Tuesday, March 8

ROTI CANAI MISTERI

Cerita tentang roti canai ini, aku selalu makan roti canai walau aku tahu ia makanan yang kurang elok untuk kesihatan dan cepat gemuk. Tapi sebab harganya fix di sesuatu kawasan, maka senang nak anggar bajetkan.

Beza dengan nasi lemak customize tu, amik mee goreng, begedil, telur goreng, nasi himpit sikit. Hari ini kita ambil sikit dah RM3.50, hari esok ambil kurang sikit RM3.50 juga, lebih comel sikit adalah terambil paru goreng dah tiba-tiba jadi RM5.00.

Sarapan inilah yang menjerat hampir 30% belanja harian walaupun tahu kita bukan tergolong dalam kerja yang perlukan kudrat banyak seperti buruh kasar. Tapi masa pagi sarapan inilah orang nampak terkejut sikit semua nak masuk mulut tanpa hiraukan saiz pinggangnya. Macamlah petang nanti tak jumpa makanan lagi kan.

Aku ni memang cakap macam inilah, sembrono sikit, harap jangan terasa.

Balik semula pada kisah roti canai ni kan, dah 2 minggu penebar roti favourite aku ni hilangkan diri. Ini bukan kali pertama, dah beberapa orang juga hilang gitu aja. Baru nak kenal-kenal dah tukar pula.

Bila tanya bos, bos cakap cuti, tapi paling sakit hati, korang jangan sesekali tanya pekerja Indon ke atau pekerja Bangla. Jawapan mudahnya "Dah benti da, orang sini mana tahan kerja"

Betulke pekerja kita malas atau bos tu cengih sangat kedekut bagi gaji.

Jadi, aku pun malas nak ambil tahu, bertukarlah kepada nasi lemak bungkus RM1.50 dan teh tarik RM1.30 setiap pagi. Dulu geram juga belanja sarapan selalu RM4.00-RM5.50.

Nasihat aku, makan kita boleh berkira, tapi air mineral kenalah lebih sedikit berbelanja. Beli 1 karton air di Mydin jenama Cactus 12 botol pun baru RM11.00 (Tutup biru adalah label air mineral bertapis sumber dari bawah tanah, pH pun 7.3 dah alkali tu).

Lebihkan minuman berkhasiat dan penuh mineral di usia senja haha.

Ikhsan gambar carian google

Pautan Berkaitan :
1. ROTI CANAI TUMPULKAN MEMORI
2. POKOK ITU BESAR 
3. ROTI CANAI MISTERI 


OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA


OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA


SOALAN :
Penyejat yg duk bhgian mane bos??ada gmbr x??pastu cooling coil sybornh tukar, srrvis radiator da prnh 2 3 kali sblm ni..penyejat dan condenser tu adlh brg yg sama.ke??klau condenser ytu prnh tukar..ok,klau major servis ni apa servis yg pakar aircond ni bt biasenye??budget kasar brpa kalau bt major ni bos?

Cooling coil/penyejat/evaporator tu benda yang sama, dia dekat dashboard biasa kaki penumpang depan. Kalau gambarajah atas tu yang warna biru tu. Kalau gambarajah bawah tu merujuk C. Cooling Coil ni akan sejuk jika on aircond. Kawasan sejuk ni mudah perangkap kekotoran sebab basah, dan kalau sejuk sangat ia jadi air batu maka aircond pun stuck situ. Di kawasan ni ada filter. Jika ada daun kering, kertas basah di cermin depan, kena buang takut disedut sampai la masuk blower. Blower ni macam turbin berpusing2 tu untuk distribute udara sejuk.

Kalau tengok gambarajah atas ni, ada nampak sensor, ia untuk kekalkan suhu kekal sejuk seperti diperlukan. Sebab tu kita jangan paksa dia sejuk secepat boleh, kena sedang2 gitu dan maintain jek.

Kondensor tu kalau gambarajah atas, rujuk B, dan gambarajah bawah rujuk B juga. Sini ada kipas berhampiran radiator. Saya tidaklah mahir dan pakar kenal komponen dalam aircond semua kereta, tapi sekurangnya kita kena tahu asas operasi penyaman udara kereta pun dah kira ok sebab tak mungkin kita nak DIY aircond kereta.

Kalau major servis aircond, normalnya dia akan check sekali expansion valve, ada orang panggil piping. Sebab proses jadi udara sejuk ni bermula di kondensor sampailah ke blower, maka setiap proses itu penting. Hanya major servis je yang bukak dashboard, nampaklah semua komponen tu, adalah juga servis piping dan isi minyak kompressor tu. Anggaran harga kereta Perodua dalam RM250-RM300, kalau Proton hampir juga RM450. Tapi nak puashati baik ke servis center pengeluar kereta, alatan mereka lebih terperinci dan kemahiran khusus jenama kereta tu.




ikhsan gambar google.


Link Berkaitan  AIRCOND:

1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA
2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN
3- 4 TUTORIAL TIPS SERVIS DAN MENJAGA PENYAMAN UDARA KERETA


Thursday, February 25

MOUNTING ENGINE PERODUA KANCIL

 Rujukan
MOUNTING ENGINE PERODUA KANCIL

Assalamualaikum WBR

Ada pengunjung yang tanya harga mounting enjin Perodua Kancil, ni saya ambil dari lelong.my. Harga RM250.00 Free Shipping Made Thailand. Kualiti ok jugalah.

Kalau Mounting Absorber sepasang dalam RM80.00

Pastikan barang yang nak diganti memang sudah betul-betul rosak.

** ehh apasal aku da macam salesman plak :)

Tuesday, February 23

66 TAHUN PERISTIWA BUKIT KEPONG


HARI INI GENAP 66 TAHUN PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG, SAMA-SAMALAH KITA MENSEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PERAJURIT YANG TERKORBAN.


* Ralat Foto
Perajurit di dalam foto di atas mengalami kecederaan dan tidak terkorban pada 23 Feb 1950

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.


Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

     Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai  pada 23 Febuari 1950

 Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan  Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. 

Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.


Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup mati. 

Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa 3 jam itu. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.


Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950
Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.


Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang  oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.


 Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.


Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.


 Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.


Mayat anggota polis hangus terbakar
Kawasan balai menjadi "padang jarak padang terkukur" angkara kekejaman musuh

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.


MEREKA YANG TERKORBAN
Sjn. Jamil Mohd Shah
Ketua Polis Balai Bukit Kepong
MM 7493 Mohamad Jaafar
MM 3933 Hamzah Ahmad MM 60 Ibrahim Adam

MM 8680 Jaafar Hassan MM 9136 Hassan Othman Kpl. 7068 Mohd Yassin Hj. Abdul Wahab L/Kpl. 7186 Jidin Omar

MEREKA YANG CEDERA
MM Othman Yusof MM Abu Bakar Daud MM Ahmad Khalid MM 7645 Yusof Rono


Y.B. Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri  Sewaktu melawat Bukit Kepong pada 23 Feb. 1976 sedang menyiram air mawar di pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban

Y.Bhg. Tan Sri Mohamed Hanif bin Omar sewaktu berkunjung ke Bukit Kepong pada 23 Februari 1976 bagi memperingati peristiwa Bukit Kepong

Sebahagian daripada anggota polis yang melawat ke pusara anggota polis Bukit  Kepong yang terkorban

Balai Polis Bukit Kepong hari ini. (sekarang Pondok Polis)

Pandangan belakang Balai Polis Bukit Kepong hari ini

VIRUS HEPATITIS C

 HCV penyakit tanpa disedari

Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my

Sihat, cergas dan tiada tanda atau simptom penyakit. Juga tiada tanda kelesuan atau perubahan berat badan yang mendadak.

Namun selepas terbabit dalam kemalangan, barulah diri sedar mengalami penyakit radang hati berpunca daripada virus Hepatitis C (HCV).

Bukan satu atau dua, tetapi realitinya semakin ramai rakyat Malaysia disahkan mengalami HCV hanya selepas terlantar di hospital disebabkan kemalangan,
pembedahan dan sebagainya.

Dianggarkan 160 juta orang dijangkiti Hepatitis C (HCV) di seluruh dunia pada tahun lalu dengan 350,000 daripadanya meninggal dunia setiap tahun.

Dianggarkan 451,000 rakyat Malaysia pula berisiko menghidapnya dan 80 peratus tidak tahu mereka mempunyai penyakit itu.

HCV sering dikategorikan sebagai virus ‘bijak’ kerana ia akan melakukan apa saja yang terdaya untuk mengelak dikesan oleh sistem pertahanan badan manusia.

Ini menjadikannya sebagai pembunuh senyap berikutan berupaya bertahan selama puluhan tahun dalam tubuh pesakit tanpa menunjukkan simptom sementara si penghidap pula menyangkakan dirinya sihat.

Perunding Kanan Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, ketiadaan simptom atau tanda ini membuatkan ramai yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap dan menyeluruh.

“Akibat tidak sedar, ramai yang lewat mendapatkan rawatan. Kelewatan itu menyebabkan berlaku kerosakan hati kronik, seterusnya meninggalkan parut pada hati atau sirosis yang menyebabkan organ itu menjadi keras,” katanya.



Apa sebenarnya HCV? Hepatitis ialah sejenis penyakit keradangan hati disebabkan jangkitan virus.

Wujud 5 jenis hepatitis dan paling lazim dihidapi ialah Hepatitis A, Hepatitis B (HBV) dan Hepatitis C (HCV).

HCV ialah sejenis penyakit yang menjejaskan hati. Virus HCV merebak apabila darah individu yang dijangkiti virus ini memasuki tubuh individu lain yang sihat.

Di dalam hati, HCV akan menimbulkan radang yang menyebabkan tisu hati menjadi bengkak. Tisu yang bengkak itu kemudian bertukar menjadi parut tisu (fibrosis).

Apabila hati berparut, keberkesanan fungsinya juga terjejas. Komplikasi hati yang serius boleh mengambil masa sehingga 30 tahun untuk terbentuk.

Virus terbabit mampu melakukan kerosakan kepada hati sedikit demi sedikit dalam jangka panjang sehingga berlaku kegagalan fungsi hati dan kanser hati, seterusnya menyumbang kepada kematian.


Dua punca utama HCV disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan dan dijangkiti hasil proses pemindahan darah atau organ khususnya sebelum 1992.

Keadaan itu berlaku apabila darah penderma tidak disaring daripada jangkitan seperti HCV. Selain itu, jangkitan boleh berpunca daripada perkongsian jarum penyalahgunaan dadah.

Suntikan menggunakan jarum tercemar boleh mendedahkan individu kepada virus ini. Berkongsi barang kegunaan peribadi seperti pencukur dan berus gigi juga dilihat menjadi punca, namun laporan kesnya agak terpencil.

Bayi dilahirkan daripada ibu yang dijangkiti HCV tidak ketinggalan berisiko, selain mengadakan hubungan seks dengan mereka yang dijangkiti HCV.

Kurangkan kesan virus

HCV, yang juga dikategorikan sebagai penyakit bawaan darah, sebelum ini disifatkan tidak mempunyai vaksin yang mampu mengubatinya. Pegylated Interferon ialah sejenis protein yang digunakan untuk membantu sistem imun. Ia disuntik ke dalam badan hanya sekali seminggu selama 12 bulan.

Pesakit biasanya diajar untuk menyuntik diri sendiri di rumah. Ubat ini diberi bersama ribavirin yang bertindak menyukarkan HCV daripada terus membiak di dalam badan.

Namun ada pesakit tidak boleh mengambilnya lalu ia akan diberikan secara bersendirian.

Dr Rosmawati menjelaskan, perkembangan teknologi banyak membantu pesakit mendapatkan rawatan dan ubatan baru bagi mengurangkan gejalanya.

“Kini Hepatitis C ke arah penyembuhan 100 peratus dengan bantuan ubatan tertentu. Apabila pesakit bebas daripada HCV ini terutama jika dikesan awal, boleh mengelakkan berlakunya fibrosis, cirrhosis hati atau kanser hati.

“Mengubati HCV agak mencabar kerana virus itu bermutasi dan membiak dengan pantas. Rawatan dan ubatan secara oral yang mengandungi antiviral dapat membantu mengatasi penyakit ini,” ujarnya.

Rawatan secara oral yang pertama di negara ini mengandungi ombitasvir/paritaprevir/ritonavir (Viekirax) dan dasabuvir (Exviera). Tempoh pengambilan ubat baru ini juga lebih pendek iaitu sekitar 12 atau 24 minggu saja. Penemuan ini membantu merawat HCV dan pada masa sama mengurangkan kesan buruk sirosis serta mengurangkan risiko barah hati.

“Pengambilan Viekirax dan Exviera ini sesuai untuk HCV jenis genotip tahap satu (GT1), yang kebanyakannya terdapat di negara kita. Risiko kegagalan rawatan pula sangat kecil,” kata Pengurus Perubatan AbbVie Malaysia Dr Rubentiran Ramar. Sebaiknya, pemeriksaan dan ujian darah secara berkala perlu dilakukan terutama bagi golongan berisiko untuk mengesan bahan di dalam darah yang dikaitkan dengan HVC ini.

Ini termasuk antiHCV (sejenis antibodi), ALT (sejenis enzim hati), HCV RNA (cebisan bahagian virus berkenaan) dan genotip (satu strain daripada virus ini).


Gambar Ikhsan Google





Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG