Monday, February 25

Salah Guna Lampu Amaran

Lampu amaran, seringkali digunakan oleh kenderaan rasmi dan kecemasan kini beralih pula kepada mereka yang gagal bercita-cita menjadi penguatkuasa yang sah.

Apa yang nyata, garis panduan ini menjadi garis panduan pada mereka yang ingin menggunapakai lampu amaran.

Sunday, February 24

Bantah Bina KONDO Datum Jelatek Keramat Ampang

Keratan akhbar ini mungkin boleh dijadikan bukti oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hendak membawa kes ke mahkamah.

Kondo ini diberitakan akan dibangunkan di atas runtuhan 4 pangsapuri kos rendah dan dijanjikan 50% adalah untuk milik Bumiputra tetapi dengan harga jualan RM700,000.00 ke atas adakah janji tersebut bersikap realistik?.

Apa yang menarik, 2 blok disediakan untuk pembeli Singapura dan 2 blok lagi untuk pembeli luar negara termasuk Indonesia.

Begitulah senario, apabila dapatnya kuasa, cenderung keinginan kepada wang pula. Janji tinggal janji. Mungkin PKNS perlu mendahulukan janji Kerajaan Negeri kepada pihak lain dan masa sama juga - penduduk tempatan. Sekali lagi wang menjadi penentu siapa yang dapat berbanding janji.

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Antara jawatan yang popular adalah pensyarah, pegawai undang-undang dan juga penolong pegawai teknologi maklumat.

Les Miserables - I Dreamed A Dream

I dreamed a dream in times gone by  
When hope was high And life worth living 
 I dreamed that love would never die 
I dreamed that God would be forgiving  
Then I was young and unafraid  
And dreams were made and used and wasted  
There was no ransom to be paid  

No song unsung No wine untasted
But the tigers come at night 
With their voices soft as thunder  
As they tear your hope apart  
And they turn your dream to shame

And still I dream he'll come to me  
That we'll live the years together  
But there are dreams that cannot be  
And there are storms we cannot weather  

I had a dream my life would be 
So different from this hell I'm living  
So different now from what it seemed  
Now life has killed the dream I dreamed

Saturday, February 23

Tabiat Berbelanja Rakyat Malaysia Tahun Lalu

Hentikan berpolitik memandang semua tidak betul, diri sahaja betul. Sedarkah kita bahawa banyak peluang yang boleh dijana apabila ekonomi berterusan dalam keadaan aman?, maksud SE, nak berpolitik ikut masa, masa bekerja, buatlah kerja.

Pernah SE lalui sebuah taman baru dibuka. Seorang kontraktor bersama katalog pintu gril membuka meja kecil dan payung di satu sudut menunggu pembeli rumah baru untuk melihat rumah baru tempahan buat kali pertama. Selanjutnya fikirkan sendiri.

Jika kejadian kecurian menjadi-jadi, ambillah peluang dengan menjual gril besi, mangga, CCTV ke, khidmat kawalan rondaan ke, begitu juga apabila berlaku tabiat cara berbelanja di Malaysia kepada Internet. Ini adalah hasil kajian corak berbelanja rakyat Malaysia pada tahun 2012.

Kajian menunjukkan 87% orang ramai mudah membeli daripada laman web berbanding Facebook. Mungkin kaedah Facebook agak mengganggu selera bersantai dan ia tidak sesuai untuk perniagaan.

Thursday, February 21

Kipas angin terbesar di malaysia


Kipas ini diberitakan dipasang di masjid jamek kota tinggi. 
Bilahnya berukuran 7.2 meter panjang. 

Dianggarkan berharga RM55,000.00. Agak praktikal kaedah ini demi menjimatkan pembelian alatan elektrik lain. Mungkin kaedah pembangunan struktur sarang anai-anai boleh digunapakai  dalam struktur pembinaan bangunan untuk aliran pengudaraan lebih baik dan menjimatkan atau menggunapakai pembinaan Masjid Besi Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Maju la negeri Johor, teruja juga SE nk tengok kan.





Kemaskini pada 25 Feb 2013- Masjid Al-Ansar  Taman Keramat Kuala Lumpur juga telah mempunyai kipas syiling gergasi.

Saiz bilah kipas ini adalah 8 meter dan menjimatkan hampir RM600 kos elektrik bulanan masjid.

Bila la SE dapat berjemaah ke masjid sambil mata lihat ke atas sahaja.

Jambang pun dicukur

Kita sering mendengar rungutan orang ramai kepada perkhidmatan kesihatan kerapkali  tidak menjalankan amanah. Tetapi sejauh mana memikul amanah dengan nisbah yang luarbiasa?. Mungkin ada yang menerima, ada yang tidak menerima amanah tu, maklumlah keterbatasan manusia.

Jika masalah perkhidmatan di hospital sering jadi rujukan, adakalanya di bank dan kaunter swasta lain pun hadapi masalah sama tanpa kita sedari.

Di hosptal/klinik, pesakit di bawa ke dalam bilik, kita menunggu dengan resah "lamanya", tapi di kaunter penerbangan, kaunter bank, kita menunggu giliran dan nampak secara berdepan pegawai berinteraksi dengan pelanggan dan kita juga berkongsi mendengar masalah pelanggan di depan kita. Sedar tidak, hingga sejam juga masa menunggu. Kaedah tidak sama, hasilnya sama melalui pengalihan tumpuan.

Sama-sama kita ikuti butiran "Jambang pun dicukur"

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG