MR.KABAB AND BIRYANI PRESINT 15 PUTRAJAYA.
10 FEBRUARI 2016 adalah kali terakhir aku menjejakkan kaki di restoren arab ini.
Cukuplah sudah 3 kali bagi peluang, kedai dah bertambah dari 1 kedai ke 5 kedai, tapi aircond selalu tutup, pakai kipas angin (Wall Fan) sahaja. Buka pintu sepanjang masa pun masih panas.
Lepas tu, ayam kering dan keras.
1 Lagi aku paling tidak berpuashati, lada hijau selalu habis, selalu tiada.
Apa nama? sebut betul-betul--Mr. Kabab and Biryani.
Sesiapa nak makan nasi arab tu, rajin-rajinlah ke Cyberjaya.
*Aku tak minat ambil gambar makanan untuk komplen takut cenderung kepada kufur nikmat makanan pula.
Thursday, February 18
Tuesday, February 16
ELAK KANAK-KANAK JADI MANGSA PNEUMOKOKAL
VAKSIN MAMPU SELAMAT NYAWA
Pernah korang mendengar vaksin PNEUMOKOKAL untuk kanak-kanak?
Pneumokokal merupakan sekumpulan penyakit rumit disebabkan oleh BAKTERIA STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE - perlu diberi perhatian serius bagi keluarga yang mempunyai anak di bawah 5 TAHUN.
Jika nak tahu mengenai vaksin yang wajib dan vaksin pilihan untuk anak-anak kita, sila klik ini
Jika nak tahu mengenai vaksin yang wajib dan vaksin pilihan untuk anak-anak kita, sila klik ini
Pneumokokal ada lebih 90 jenis namun hanya 10% yang mampu menyebabkan kematian. Malah pneumokokal ada yang kebal pada antibiotik.
Pneumokokal menyerang samada selaput otak dan saraf tunjang(meningitis), jangkitan darah (bakteremia), jangkitan paru-paru (pneumonia) mahupun jangkitan telinga (otitis media)
[Artikel Saiz Besar]
Thursday, February 11
BELAJAR MEMBASUH DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI PRESINT 8 PUTRAJAYA
Baru-baru ini, cuti sebelum menyambut Tahun Baru Cina, aku rajin-rajinlah mencari kain-kain cadar dan comforter untuk dibasuh di kedai dobi layan diri.
Pilihan aku semestinyalah menyokong kedai bumiputra, dan walau jaraknya agak jauh dari rumah, aku rasa berkatlah sebab moto kedai dobi PUTRACLEAN Express di Presint 8 ini adalah "Jimat, Mudah Berkat" dan dimaklumkan ada sejumlah nisbah tertentu keuntungan disumbangkan kepada yang memerlukan.
Disangkakan panas ke petang rupanya hujan di tengahari, tapi kes aku ni memang aku datang kedai dobi petang lah.
Kedatangan aku bukanlah kali pertama membasuh pakaian di sini.
Nak dijadikan malang pada aku, aku terkesimalah steps atau Bahasa Melayunya langkah-langkah yang perlu aku turuti sebelum membasuh comforter ini.
Aku tak berani katakan kedai dobi ini malang sebab mungkin aku antara pelanggan yang terpilih menerima nasib tidak baik. Aku yakinlah, aku bukan pertama dan bukan terakhir pelanggan yang kena telan duit nasib sedemikian.
Langkah2 (yang tak boleh kita tinggalkan semasa menggunakan perkhidmatan dobi ini) yang perlu dituruti adalah :
1) masukkan pakaian, masukkan cecair pencuci,
2) setkan pilihan samada P1(cucian biasa), P2 (cucian air suam) atau P3 (cucian air panas)
3) dan masukkan duit syiling RM0.50 sehingga genap RM8.00 untuk P3 serta
4) tekan butang START.
Aku tersalah - tidak memilih P3 (Langkah Ke-2) dahulu tetapi aku terus memasukkan duit syiling sehingga RM8.00 dan aku tekan START. Set semula pilihan tidak boleh, butang reset pun tiada, jadinya sangkut diam di situ je. Semua proses langsung tak boleh terima dah.
Telefon semua nombor sehingga belas kali, SMS juga tidak berjawab. Sementara menunggu tu, terpaksalah aku singgah makan kedai makan berhampiran.
Bayangkan lebih sejam, sambil makan, aku asyik mendail kesemua nombor tetapi langsung tiada jawapan. SMS minta bantuan pun tiada balasan.
Memang mesin dobi ini dipilih jenis language bahasa pelik dan tiada kemudahan pemulangan semula duit jika tersalah langkah.
Secara am khidmat dobi namanya adalah khidmat layan diri dalam apa jua keadaan tetapi begitulah keadaannya mesin ini seperti penjaganya memang tak nak pulangkan duit atau nak membantu.
Jadi aku pun baliklah rumah dengan riang hatinya.
Sehingga ke hari ini, aku kena terpaksa menerima hakikat, aku yang bersalah.
JUDUL-JUDUL BUKU SAINS KOMPUTER UNTUK DIJUAL
JUDUL-JUDUL BUKU SAINS KOMPUTER UNTUK DIJUAL
Baru-baru ini aku mengemas buku-buku lama semasa belajar dahulu. Aku adalah graduan UKM. Ini antara buku-buku yang aku dah rasa tidak digunakan lagi. Rasanya hendak di jual lelong sahaja.
Antara judul buku yang ada adalah berkenaan Artificial intelligance System, Matematik STPM Statistik, An Introduction To Object Oriented Programming With Java, Prinsip Keusahawanan, The Architectutre Of Computer Hardware System Software, Java Network Programming, Software Engineering, Software Project Management, Data Communications and Networking, Human Computer Interaction, MCSA MCSE Windows Server 2003 Environtment,
Systems Analyst and Design, Installing & Configuring Windows 7, Administrators Guide To SQL Server 2005, Crystal Report/ Report Design (Siri Lengkap Crystal Report)
Sesiapa yang berminat dengan edisi ini bolehlah email saya untuk harga semurah RM5.00.
TAHUKAH ANDA....................
Selamat Pagi Khamis 11 Feb 2016.
Semalam 10 FEBRUARI 2016 genaplah aku berblogging ni dalam 4 tahun. Masih muda dan mentah.
Ok, dalam blog aku ini adalah hasil penulisan entri aku sendiri , entri dari blogger lain dan juga entri yang aku salin dan perbaiki mengikut keadaan semasa.
Niat hati sebagai rujukan aku sebab aku mudah lupa, bila aku nak ingat semula, aku baca balik entri aku, jika ada kemaskini, aku kemaskinikan juga untuk keperluan aku. Aku amat menitikberatkan maklumat yang pelbagai dan ada kajian. Maksudnya aku tidak salin bulat-bulat dan aku tidak cerita gebang bagai. Sebaiknya aku akan perbaiki bahasa dan ejaan agar senang eja dan difahami. Ada juga entri aku perbaiki dengan menghubungi pihak yang berkenaan. Samada salah atau tersalah, ia adalah maklumat semasa yang aku perolehi dari sumber berkenaan dan pada waktu berkenaan.
Sebarang penulisan entri adalah mengikut urusan dan transaksi aku pada waktu semasa kejadian atau kejadian yang aku lalui. Sekiranya tahun depan caj tertentu berubah, contohnya kes BLR pinjaman perumahan naik ke turun ke, itu tidak menjejaskan entri aku semasa ia ditulis. Walaupun begitu, sebolehnya aku akan pastikan entri aku menepati carian orang ramai dan mengandungi maklumat diperlukan.
Jika ada sebarang kesilapan atau kekurangan, pengunjung boleh menegur dan aku akan kemaskinikan sebab platform blogspot ni masih percuma untuk siapa-siapa baca kan. Apabila semakin banyak entri, maka kemungkinan semakin banyaklah kesilapan betul tak.
Mana tahu blogspot satu hari nanti dikenakan caj, maka kuranglah sikit aku nak menulis kan. Dan sebab masih percuma, aku bertanggungjawab perbaikinya dari semasa ke semasa. Insya-Allah.
Thursday, February 4
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI VIRUS ZIKA DI MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI TERKINI VIRUS ZIKA DI MALAYSIA
3 FEBRUARI 2016

Sumber foto: Associated Press
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
ingin memaklumkan status terkini berkaitan jangkitan virus Zika yang
telah merebak dengan pantas ke beberapa buah negara terutama di rantau
Amerika. Pada masa ini terdapat sebanyak 26 buah negara telah melaporkan
kes Zika iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Costa Rica,
Curacao, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana,
Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Jamaica, Martinique,
Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin,
Suriname, U.S. Virgin Islands, dan Venezuela.
Pada 1 Februari 2016, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan jangkitan virus Zika sebagai “Public Health Emergency of International Concern” (PHEIC) iaitu melalui mesyuarat pertama “Emergency Committee under International Health Regulation” (IHR 2005).
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan
telah mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan bagi membendung penularan
virus Zika ke negara ini. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah
menyediakan dan pewujudan sistem pemantauan serta pengurusan jangkitan
virus Zika yang melibatkan perkara-perkara berikut:
- Survelen klinikal untuk kes Zika di klinik kesihatan dan hospital.
- Survelan makmal untuk virus Zika
- Survelan “Microcephaly” bagi memantau kejadian kes ini
- Tindakan pencegahan dan kawalan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri
- Kesiapsiagaan dan Respons Pintu Masuk Antarabangsa Negara
Melalui survelan berterusan yang
dilakukan oleh KKM bagi mengesan jangkitan virus Zika di negara ini,
sehingga 2 Februari 2016 sebanyak 293 sampel darah daripada pesakit
yang menunjukkan gejala denggi tetapi ujian denggi negatif, telah diuji
untuk mengesan virus Zika dan setakat ini semua keputusan adalah
negatif. Pemantauan dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
(MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Selain tindakan yang telah dilakukan oleh
KKM, peranan pihak masyarakat untuk mencegah penularan jangkitan adalah
amat penting iaitu seperti berikut:
- Mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan berhampiran sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis setelah kembali dari 26 buah negara yang dijangkiti virus Zika.
- Menangguhkan perjalanan ke negara-negara terlibat khususnya bagi wanita yang mengandung. Jika terpaksa juga melakukan perjalanan tersebut, mereka perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repellent) secara tetap.
- Bagi mereka yang telah kembali dari negara terlibat tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana pengamal perubatan berdaftar sama ada kerajaan atau swasta dalam apa juga perkara berkaitan jangkitan ini.
- Semua pihak sama ada individu, masyarakat, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan perlu melakukan aktiviti pencegahan sepertimana
penyakit demam denggi kerana virus Zika juga disebarkan melalui gigitan
nyamuk Aedes. Tindakan pencegahan yang perlu dilakukan adalah seperti
berikut :-
- Memastikan kawasan persekitaran terutama tempat-tempat awam dan swasta bersih daripada tempat pembiakan nyamuk.
- Melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan mencegah berlakunya jangkitan kepada orang lain seperti menggunakan repellent, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan melakukan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa.
- Melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu di premis masing-masing.
- Disaran untuk memasang jejaring pada tingkap untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.
- Bagi kawalan di Pintu Masuk Antarabangsa, perlu dijelaskan saringan suhu badan bukanlah satu kaedah yang berkesan memandangkan sekitar 80% mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun begitu, pelawat asing yang datang atau rakyat Malaysia yang pulang dari negara terlibat dan menunjukkan gejala-gajala denggi atau Zika, disaran memaklumkan kepada anggota kesihatan yang bertugas di pintu masuk berkenaan. Mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala akan diedarkan Kad Peringatan Kesihatan bagi memaklumkan langkah-langkah yang perlu diambil jika menunjukkan gejala dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kembali ke Malaysia.
Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam
melakukan tindakan pencegahan, khususnya dalam memusnahkan tempat
pembiakan Aedes serta perlindungan daripada gigitan nyamuk dan mengambil
serius jangkitan Zika ini sebagai “public health emergency” seperti yang disarankan oleh WHO, maka perebakan jangkitan ke negara ini akan dapat diatasi.
YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3 Februari 2016
Sumber
MIAMI – Kes pertama virus Zika yang disebarkan melalui hubungan seks
dilaporkan berlaku di sebuah daerah di Texas, Amerika Syarikat (AS);
sesuatu cukup pelik dan amat janggal dalam dunia perubatan moden
sendiri.
Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu mengenai cara alternatif
penularan virus bawaan nyamuk Aedes itu, yang lazimnya dikaitkan dengan
denggi tetapi kini mengakibatkan mangsa bayi mengalami kecacatan kepala.
Menurut satu kenyataan pihak Dallas County, ia telah menerima pengesahan
dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) mengenai
kes pertama jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks pada 2016.
Ia menambah bahawa pesakit itu dijangkiti virus Zika selepas mengadakan
hubungan seks dengan seorang pesakit, yang baharu sahaja pulang dari
sebuah negara di benua Amerika Selatan yang terjejas teruk dengan virus
Zika.
Pada bulan lalu, CDC menyatakan bahawa pihaknya telah dimaklumkan
mengenai satu kes virus Zika yang disebarkan melalui hubungan kelamin
sedemikian sebelum melakukan proses siasatan lebih lanjut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa
berikutan penularan virus Zika dan menganggarkan mungkin terdapat empat
juta kes berikutan tiada lagi penawar berkesan bagi menanganinya.
Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu itu dalam kenyataan pada
Selasa membuat pengisytiharan tersebut selepas mesyuarat tergempar pakar
bebas di Geneva ekoran peningkatan kes Zika sejak awal tahun ini di
Brazil.
Ia kini dilaporkan mula merebak di AS dan beberapa buah negara di
Amerika Latin. Virus Zika yang dibawa nyamuk Aedes dikaitkan dengan
beribu-ribu kes saiz otak lebih kecil daripada biasa pada bayi baru
lahir.
Dalam pada itu, dua penduduk awam di Sydney yang baharu pulang dari
percutian mereka di rantau Caribbean, disahkan telah dijangkiti virus
Zika, demikian menurut kenyataan para pegawai kesihatan Australia.
Pejabat Kesihatan New South Wales memberitahu agensi berita BBC bahawa
lelaki dan wanita yang dijangkiti virus tersebut kenal satu sama lain,
sebelum mereka diuji sebagai positif Zika pada Jumaat lalu.
Menurut pihak berkuasa New South Wales, seorang pelancong diuji positif
selepas ke Soloman Islands pada tahun lalu, manakala lagi empat orang
diuji positif selepas mereka pulang dari Cook Islands pada tahun 2014.
Sementara itu, seorang rakyat Australia, Daniel Gaunt, 27; pernah
dijangkiti virus Zika selepas digigit monyet dan nyamuk di pulau Bali,
Indonesia pada 2013 menggesa pelancong supaya mengambil langkah
berjaga-jaga.
Sumber
Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa,
bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali
di benua Amerika. Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi
penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab
berikut:-
- Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
- Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
- Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
- Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
- Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
Walaupun penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes)
di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun Kementerian
memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Friday, January 29
UJIAN PERSONALITI DAN KARAKTOR PERIBADI
UJIAN PERSONALITI DAN KARAKTOR PERIBADI
Sebelum ini aku dah buat ujian test personaliti di kursus dan seminar, kali ini aku cadangkan bagi sesiapa yang belum kenal diri atau samar-samar dengan karaktor diri bolehlah buat kajian di laman ini. Kena jawab dengan jujur dan betul-betul faham dengan soalan yang diberikan.
Jika kita lebih memahami diri kita dan pasangan, mungkin kita akan lebih mudah interaksi. Ada kalanya kita sedar atau tidak sedar, perangai kita lebih kepada lebih terperinci dan dipandang oleh orang lain kepada sifat cerewet, tetapi kepuasan hasil kerja 2 kategori ini lebih cenderung ke arah beberapa personaliti.
Personaliti kajian ini juga dibuat kajian kepada tahap pengangguran, tahap kerja bermutu dan banyak lagi dalam organisasi samada institusi kerja atau institusi keluarga.
Ada banyak juga soalan yang perlu dijawab. Hasilnya hampir tepat dengan perangai kita, tak percaya? mari cuba di laman ini Free Personality Test
Lepas dah kenal personaliti seseorang, mungkin kita dah faham dan boleh menjangkakan apa hasil kerja seseorang dan juga hasil kerja kita yang orang lain harapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
-
Link Berkaitan AIRCOND: SILA BACA DENGAN TELITI 1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA 2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN 3- 4 TUTOR...
-
1. Anggaran Kos Guaman Anggaran kos guaman untuk sesuatu urusan jual beli hartanah adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli ses...
-
1. AIDS disebabkan HIV HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit ...















