Sunday, July 8

Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

Ditulis oleh http://www.pakdi.net
Membeli rumah adalah pembelian terbesar dalam hidup bagi majoriti dari kita. Justeru, jika mahu berhutang sehingga 30 tahun pastikan kita mendapat yang terbaik.
Produk pembiayaan perumahan yang saya suka mempunyai dua ciri utama:
1) Ada mekanisma reducing principal
2) Link dengan current account.
Barangkali lebih dikenali sebagai flexi home financing product.

Apa Yang Menarik?

Ok sebelum tu banyak bank mendakwa mereka mempunyai produk flexi ini tadi. Namun pengalaman saya, foreign bank memberikan pilihan terbaik berbanding bank-bank tempatan kerana tidak banyak syarat dan peraturannya. Malah ada bank tempatan yang langsung tidak ada kemudahan flexi ini.
1. Saya suka sebab saya boleh tentukan cara pembayaran pembayaran yang membolehkan tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.
2. Saya suka sebab saya boleh lebihkan jumlah pembayaran yang saya suka setiap bulan walaupun cuma sedikit dari jumlah yang ditetapkan untuk membolehkan  tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.
3. Saya suka sebab cashflow lebih setiap bulan saya dapat deposit sebahagiannya dalam akaun semasa yang disediakan. Tak semestinya cashflow lebih pun, duit gaji kita juga boleh terus dimasukkan dalam akaun tersebut walaupun setiap bulan cuma tinggal beberapa sen. Sekali lagi jumlah duit yang ada dalam akaun semasa tersebut, walaupun cuma sehari letaknya dapat mengurangkan tempoh pembayaran hutang.
4. Kita masih dapat mengeluarkan duit dalam akaun semasa tersebut apabila diperlukan.
5. Produk ini dapat memberikan saya lebih kuasa untuk mengawal cashflow setiap bulan. Adakalanya saya perlu membayar hampir penuh, ada masa saya cuma perlu bayar tidak sampai separuh dari jumlah bayaran bulan-bulan.

Buat Sedikit Namun Kesannya Besar

Tak banyak yang perlu kita buat. Mungkin cuma bayar lebih RM 50. Mungkin letak dahulu sementara duit bonus tahunan yang kita terima dari syarikat sementara berfikir untuk membelanjakannya. Mungkin kita masih berbelanja seperti biasa, cuma duit gaji terus dimasukkan dalam akaun semasa yang disediakan.
Bergantung kepada kita.
Kesannya kita pasti dapat mengurangkan tempoh pembiayaan sehingga beberapa tahun bergantung kepada strategi yang kita guna pakai. Dari 30 tahun boleh jadi cuma 15 tahun.
Apabila tempoh dah jadi pendek, secara automatik kita membayar kurang hutang kepada bank. Baik sungguh kita ni kalau masih suka beri bank lebih untung.
Eh, kalau macam tu macam mana bank nak untung? Biarkan pihak bank fikir hal tersebut. Ada lah cara dia buat untung juga, dan kalau kita pun dapat lebih untung melalui penjimatan masa hadapan kan bagus, sama-sama dapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH