Kalau tengok poster Spider-Man ni langsung tiada promosi nama barisan pelakon, sebab pengarah dah memang sedar jalan cerita, cinematography dan teknologi perfileman terbaik kot dan bonus dilakonkan pelakon kacak Andrew Garfield (29 Tahun) dan Emma Stone (23 Tahun) cantik sweet2 ni la.- kehidupan pelajar kolej.
Cerita dimulakan dengan Andrew sebagai Peter Parker mula-mula main sembunyi bersama ayahnya dan terjumpa bilik ayahnya diselongkar (mula2 aku ingat sembunyi2 dgn adik yer). Kira selepas mak ayah Peter serah pada Makcik May dan Pakcik Ben, selesailah cerita mak ayah Peter Parker sebagai saintis dengan hasil formula "decay rate algorithm" untuk pencetus cerita plot berikutnya. (Ini adalah subjek cerita yang kuatkan keseluruhan dan rasional cerita ini, kalau nak tonton, kurangkan fikir secara logik sgt ya baru seronok). Kalau nak lompat2 mcm Spider-Man, kenalah berat 62KG - 65 KG dan tinggi 180cm mcm Peter Parker, takut tali putus nanti.
Cerita ni terbaik la, aku bagi markah 4.5 dari 5. Masa last scene tu jgn terus keluar pawagam sebab pengarah Marc Webb ada trigger hidden clue sikit, tambahan pula Ratha (yang selalu paksa saintis Connors tu siapkan serum cepat) tidak dapat disahkan mati ke hidup lagi maksudnya ada sambungan akan datang la.
No comments:
Post a Comment