Thursday, November 22

Gegendang Telinga Bocor & Telinga Berdengung

GEGENDANG TELINGA BOCOR

Telinga adalah antara organ penting manusia tetapi jarang mendapat perhatian rutin. Selain kecederaan, menyelam skuba adalah faktor gegendang telinga pecah.

Gejala yang timbul adalah sakit teruk di bahagian telinga, sakit teruk dan hilang kemudian diikuti keluarnya cecairan nanah, pendengaran terjejas dan kerap telinga berdengung.

Antara jangkitan telinga adalah CHOLESTEATOMA-pertumbuhan kulit yang berlaku di bahagian telinga tengah di sebalik gegendang telinga akibat jangkitan berulang- Petanda.

CHOLESTEATOMA sering membentuk sista dan pembesaran sista boleh memusnahkan tulang ossikel di telinga tengah, kehilangan pendengaran, pening, dan kelumpuhan otot muka.


Bagaimana pula apabila berlaku kebocoran gegendang telinga?. Gegendang telinga adalah membran yang sangat tipis - mencegah bakteria dan bahan asing dari memasuki telinga tengah.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHNCuUPgl8knVg05_WixvANVlzD31yFMSRHB62z43xzdeawn0bdsjQfNeWICccOa5CTudzYFmh_Q2A27v6D-vZSNQb9y82DZ2OZlVh9qxYG3WmPjA095qK9oweup6N-PwIWjXdu0Co2nWH/s1600/0470e61f1b064811a0c62c4ba822b886.jpg


AWAS TELINGA BERDENGUNG

Gegendang telinga (Tympanic Membrane) yang bocor boleh sembuh sendiri kecuali akibat jangkitan kronik. 

Maka berhati-hatilah semasa melakukan aktiviti berikut : tusukan ke dalam telinga samada melalui putik kapas, menerima tamparan fizikal yang kuat, jangkitan telinga, sistem audio bunyi yang tinggi desibel atau pun aktiviti menyelam yang akan menyebabkan tekanan tinggi pada gegendang.




Tuesday, November 20

PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2013

Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2013.

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2013 hingga Disember 2013.

23 Januari 2013 - Rabu
25 Februari 2013 - Isnin
25 Mac 2013 - Isnin
25 April 2013 - Khamis
23 Mei 2013 - Khamis
25 Jun 2013 - Selasa
25 Julai 2013 - Khamis
22 Ogos 2013 - Khamis
25 Sept 2013 - Rabu
08 Oktober 2013 - Selasa
25 November 2013 - Isnin
18 Disember 2013 - Rabu

Antara tips Tahun 2012 yang SE lakukan bagi menjimatkan perbelanjaan dan menabung sikit2 adalah :

  • Beli-belah ketika kenyang, sihat, mempunyai tunai lebih dan cuaca elok. Luangkan masa seharian baik juga untuk kecerdasan fizikal apabila berjalan. Jangan lupa pakaian solat dan air mineral. 
  • Ambil berat setiap resit transaksi belian/urusniaga.
  • Senantiasa merujuk laman web jualan hujung minggu dan tawaran promosi samada akhbar atau web seperti GIANT, TESCO, IKEA. Jika harga murah, belilah lebih ibarat rumah anda Kedai Runcit mini. Orang yang kaya pun gunakan cara ini sebab mereka tidak suka kerap keluar ke tempat awam dan merisikokan diri dengan ancaman keselamatan (tanyalah bos-bos anda jika tidak percaya).
  • Gerak awal pagi ke tempat beli-belah. Bergerak awal pagi adalah elok untuk elak kesesakan lalulintas, ruangan parkir terhad, cuaca yang elok dengan sinar matahari kaya Vitamin D. Apabila sampai tempat awal, parkir kenderaan dengan elok, kita juga senang mendapat tempat untuk makan tengahari/sarapan awal. Perut yang kenyang - aktiviti lebih santai dan teratur.
  • Guna Kad Kredit apabila perlu dan anda mahir mengira faedah dikenakan. Ni kena kerap main nombor la. Pastikan juga ada kad Touch N Go untuk persiapan dan kad bonus mata lain di bawa sama.
  • Rekod perbelanjaan keluar dan masuk, selain tahu perbelanjaan, anda juga tahu harga paling murah dan di pasaraya mana menawarkan harga paling rendah. Ada sistem macam Excel pun bagus.
  • Bayar bil utiliti untuk 2 bulan atau 3 bulan ke hadapan. Tiada masalah jika terlebih. Gunakan pembayaran atas talian lebih kompetetif. Jika ada hutang PTPTN, seeloknya bayar 1 kali untuk 2 bulan ke depan, Maksudnya setahun bayar 6 kali. Caj online selalunya RM0.50 ke RM1 bagi 1 transaksi dan anda pun mudah pantau pembayaran  berbanding 12 kali setahun.
  • Jangan pedulikan nafsu sangat atau irihati dengan orang lain. Pakai sahaja yang mana ada-bersyukur lebih mudah tidur malam dan awet muda.
  • Tahu kedudukan HARTA di mana anda letak beg duit, gajet, duit syiling. Penat juga SE selalu tegur orang yang seluk poket, duit pun dia seluk jatuh keluar tanpa disedari. Beg duit tebal pun SE pernah selamatkan di Stesyen Keretapi-kempunan Bangla tu tunggu peluang. Perhatikan orang cacat penglihatan, mereka tiada masalah membezakan wang kertas/syiling. Orang yang sempurna, payung yang dekat 1.5 meter tu pun boleh lupa.
  • Bersedekah yang termampu jika ada peluang. Hak Ibubapa adalah wajib sama juga hak membayar hutang.
Antara Langkah Mengelakkan daripda menjadi mangsa terpedaya :
  1. Jangan Beri Salinan Kad Pengenalan @ butiran peribadi.
  2. Jangan libatkan apa-apa RM dalam transaksi, samada bayar Kad Kredit/Tunai, deposit, tempahan atau apa-apa yang berkaitan duit anda. Jadikan perkara ada libatkan RM begitu menakutkan bagi anda. Fungsi Modify/Cancel tidak sama sekali untuk pembayaran penuh.
  3. Jangan Tandatangan apa-apa dokumen.
  4. Sentiasa Ragu/Fikir masak-masak tawaran melalui telefon/sms/emel kerana tiada apa yang percuma.
  5. Belajar dari mangsa yang kena tipu seperti rujuk http://www.nccc.org.my di Menu Arkib Aduan Pengguna. Semua sektor ada.

Monday, November 19

ANTIBIOTIK Menjadi Racun


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat Malaysia supaya bijak dalam pengambilan antibiotik bagi mengelakkan ancaman bakteria superbug yang boleh membawa maut.

Jelasnya, pengambilan ubat antibiotik secara tidak betul bakal meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik sekali gus membentuk bakteria superbug dalam tubuh pesakit.
“Ancaman superbug yang boleh menyerang bila-bila masa berikutan peningkatan penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini merupakan satu situasi yang sangat membimbangkan.
“Apatah lagi, ada rakyat negara ini yang mengambil antibiotik secara salah.
“Mereka gunakan antibiotik tanpa merujuk doktor terlebih dahulu. Ada juga yang tidak menghabiskan antibiotik mengikut masa yang ditetapkan.
“Penting untuk orang ramai tahu bahawa pengambilan antibiotik yang tidak tepat boleh menyebabkan kes AMR meningkat dan mewujudkan bakteria superbug,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Kempen Pengawalan AMR Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, kajian Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendapati, penolakan bakteria superbug jenis Acinetobacter terhadap antibiotik meningkat kepada 57.4 peratus.
Pantau pemberian
Kajian sama turut mencatatkan peningkatam kadar penolakan bakteria superbug jenis Streptococcus pneumonia terhadap antibiotik kepada 30.9 peratus.
Disebabkan peningkatan peratusan penolakan tersebut, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan semua hospital dan klinik supaya membuat pemantauan rapi dalam pemberian antibiotik kepada orang ramai untuk mengelak ancaman superbug.
Tiong Lai juga meminta doktor supaya tidak memberi antibiotik secara sembarangan kepada pesakit.
“Kita dapati ada doktor atau farmasi yang memberi antibiotik kepada pesakit sebagai persediaan sedangkan pesakit tidak memerlukan antibiotik.
“Harus diingat, farmasi yang memberi antibiotik kepada pesakit yang tidak memerlukannya, boleh dikenakan tindakan tatatertib,” ujar beliau.
Sebelum ini, sudah ada beberapa kes jangkitan daripada spesies Escherichia coli (E. coli) dan Klebsiella pneumoniae (K. pneumoniae) yang merangkumi 0.2 peratus jumlah kes jangkitan di seluruh negara.
Hakikatnya, penularan bakteria superbug yang kebal kepada antibiotik di negara ini masih baharu berbanding India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Australia dan Belanda.
Pada tahun 2009, jangkitan bakteria superbug mula dikesan pada seorang pesakit yang dijangkiti bakteria K. pneumoniae di sebuah hospital di New Delhi.
Kemunculan superbug Gram-negatif daripada kumpulan bakteria usus atau Enterobactereacea ini dikesan berbeza dengan kumpulan Gram-positif superbug Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang sering menimbulkan masalah ketahanan antibiotik sebelum ini.
Menurut kajian, gen NDM-1 mampu melompat antara spesies bakteria usus. Malah tiga spesies telah dikenal pasti mampu membawa gen tersebut iaitu E. coli, K. pneumoniae dan spesies Salmonella.
Evolusi gen baharu ini dikaitkan dengan pengambilan antibiotik yang tidak betul atau terlebih dosej daripada yang ditetapkan doktor.
Sementara itu, seorang pakar bakteriologi, Datuk Dr. Lim Thuang Seng berkata, sejarah perubatan menunjukkan beberapa jenis superbug yang dikesan sebelum ini telah merebak dari hospital.
“Disebabkan itu, amat penting supaya hospital di negara ini menjalankan proses pensterilan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan superbug,” katanya.
Selepas kes tiga rakyat Australia dan 37 rakyat Britain yang pernah melawat India dijangkiti kuman NDM-1 pada tahun 2010, banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa superbug tersebut akan menjadi pandemik paling bahaya di dunia kerana keupayaan superbug menghasilkan enzim yang dapat menentang antibiotik.
Untuk mengelak perkara sama berulang, pengambilan antibiotik perlulah mendapat nasihat daripada doktor. Tidak semua penyakit memerlukan antibiotik untuk sembuh.
Ada juga ibu bapa yang terlalu menekan doktor supaya memberi antibiotik jika anak mereka demam mahu pun selesema sedangkan jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik, pasti anda lebih berhati-hati dan tidak sembarangan mengambil antibiotik.

Sunday, November 18

RESEPI : TUMIS AIR BAYAM

TUMIS AIR BAYAM UNTUK TENGAH HARI INI...

rsz_tumis_air_bayam
Assalammualaikum semua.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak bayam hijau, siang berasingan batang dan daunnya
1 genggam isi udang basah
1 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ikan bilis (opyional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan isi udang dan kacau rata. Masak hingga isi udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggara 2 - 3 cawan).
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), batang bayam dan masak hingga lembut. Tambah daunnya pula. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin.
SE dapatkan resepi ini dari  [sini ]. Sedap kan apabila kita tak sihat, demam-demam, badan tak selesa makan bayam dengan bubur. Lepas tu ada sambal ikan bilis halus, lobak masin, telur asin....lalalalala, dalam hati menyanyi gembira- Bayam masak air adalah kegemaran SE :)

Saturday, November 17

MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I

MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I - PILIHAN

Pening juga apabila kenderaan telah sampai mileage, kita kena tukar minyak enjin. Bukan pening membayarnya, tapi adakah kita membayar kualiti dengan harga yang berpatutan dan produk terjamin kualitinya?

Generasi Syntium 800 di Stesyen Minyak Petronas RM 112.00-Presint 16 Putrajaya. Di Kedai Spareparts RM 98.00. Rupanya ada 3 jenis Syntium 800 kan.

Minyak model ini di Stesyen Minyak SHELL berharga RM110. Di kedai Spareparts berharga RM 100-RM 105.

Apa yang menjadi kemusykilan aku ialah di semua SHELL tiada botol bersaiz 5 Liter tetapi ia boleh didapati di TESCO Nilai dengan harga RM 98.00. Betul ke isipadu 5 LITER ada di pasaran luar selain SHELL? Aku memang yakin sebab kesemuanya bersaiz 3, 4 dan 5 liter di TESCO. TESCO juga ada menjual Caltex dengan harga RM98.00 selain Perodua dan Petronas.

Sekarang kos menukar minyak hitam rata-rata RM 15. Dahulu RM 10. Tapi kena pandai cari kedai la.

Minyak ini yang aku beli di Stesyen Minyak SHELL Taman Putra Perdana berharga RM118.00 (RM131.00 SEPT 2016), Di kedai Spareparts Dengkil RM 98-RM 100. Harga ini dikemaskini pada 17 Nov 2012. Dengan pembelian ini, aku layak membeli kenderaan mainan dengan harga RM12.90 dan percuma lagi mainan LEGO...

Hmmm tak ralat pun untuk menyimpannya sebagai koleksi. Dalam web SHELL ada percuma voucher tunai, tapi tak dapat pula. Mungkin tidak semua terlibat kot. - Dalam Resit tertera HELIX HX7 E 5W-40 4L...[pening sekejap]

FREE 1 x 4-in-1 RM10 Meal Cash Voucher with every purchase of Shell Helix HX7/HX7 E/HX7 Diesel (4L).
Promotion Period: 1st November to 30th November 2012. While stocks last.
Applicable at the participating Shell Helix Branded Workshops only
. Rujuk sini

Akan datang, aku akan beli Syntium 800 di Stesyen Minyak Petronas sebab ia lebih menyakinkan, kedai dan susunatur pun bersih, barang tidak berabuk - ada check stock kerap la. Cuma tunggu ada promosi percuma je.

Kena berhati-hati kerana serbuan oleh KPDNK dahulu di sebuah kilang tidak bernama, SEMUA model minyak pelincir enjin telah dibotolkan menggunakan 1 sumber minyak tiruan. Jadi semua model di pasaran kemungkinannya tiruan adalah tinggi bergantung pada sumber anda mendapatkannya.

* Hari Sabtu/Ahad dan cuti, kebanyakkan bengkel bukan bumiputra sudah beroperasi seawal Jam 0830. SE tunggu di kedai bumiputra hingga Jam 0955 pun tiada tanda sedang/akan beroperasi.

Aku mendapat maklumbalas, minyak enjin tulen mempunyai pewangi khusus. tapi pendapat aku, mineral pewangi tambahan boleh ditambahkan, penipu senantiasa mengkaji kaedah bagaimana replikasi barangan tulen dengan kos minima.

Jika kita kaji sistem enjin 2@4 lejang, sekurangnya 1/4 bahagian bawah enjin mesti berada dalam minyak untuk fungsian aci sesondol menyebarkan minyak pelincir ketika dihidupkan tak kira enjin idle sepanjang hari. Tiada istilah 10-15 saat pertama enjin berputar tanpa minyak enjin dengan RPM yang begitu tinggi. Pendapat ini bukan 100% betul, bergantung kepada mekanikal enjin.

SAMBUNGAN BAHAGIAN II KLIK DI SINI

Friday, November 16

Penyebab Strok, Sakit Jantung

PENYEBAB STROK, SAKIT JANTUNG

Gejalanya mungkin sudah ada-pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah.

2/3 penghidap tidak menyedari. Ia adalah gejala tekanan darah tinggi - komplikasi kepada jantung dan strok.

Tekanan darah SISTOLIK (tekanan ketika kontraksi otot jantung/bacaan atas)

DISTOLIK (tekanan ketika jantung berehat mengepam/bacaan bawah)

120/80    - Normal
139/89    - Pra Hipertensi
140/90 > -  Disahkan Hipertensi

RM4000 Sebulan Ke Nepal

Anda biasa berjumpa dengan warga asing yang mukanya macam seposen?-bahasa pasar.

Sedarkah kita fizikal warga asing di Malaysia semakin sihat dan mendapat gizi makanan yang seimbang?. Ya, mereka perolehi semuanya dari sedekah sumbangan kita, dari matawang RM kita dan mereka aktif bersenam melalui aktiviti berjalan kaki melebihi 10,000 langkah sehari - memohon belas ikhsan dari satu tempat ke satu tempat (dulu) - sekarang sudah ada motorsikal/van dan ada lot niaga tetap.

Warga asing tidak sah juga mendapat kualiti perkhidmatan perubatan (caj warga asing), ekonomi, jaringan jalanraya yang elok, keselamatan, keperluan asas -makan/tidur/keselamatan semuanya percuma di Malaysia.

Mereka juga berani mendapatkan RM secara rompakan, memenuhi tuntutan batin secara berbayar dari pelacur tempatan/import malah juga secara paksa iaitu rogol.

Kenapa kerap-kali penguatkuasaan dilakukan, kerap juga mereka muncul ibarat tidak berkesudahan. Sama-samalah kita berfikir agar kita juga tidak berjiran dengan warga asing tidak sah ini.

Antara aktiviti warga asing - ala-ala update patches

Ujian Sains Terhadap Rutin Solat


Kajian saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dilakukan sekurangnya 8 rakaat dan 3 rakaat witir mampu mengurangkan 10 KG bagi sesetengah individu.


Jika ikut logik, pergerakan dan manuver manusia secara asas (tonton tv,makan,berjalan,menghadap komputer di pejabat dll) kurang menggunakan keseluruhan otot, kurang melibatkan daya fleksibiliti sendi, sentiasa berfikir/tidak lapang dada melalui aktiviti bukan rohani dan juga kurang menyucikan diri-wuduk. Jika mereka yang kurang rajin bersolat, berapa kalikah anda membasuh muka dan kaki anda dalam sehari?




Aktiviti kardio juga memerlukan aktiviti fizikal lebih 20 minit untuk pembakaran lemak berlaku, begitu juga solat yang lengkap seharian menjanjikan fizikal dan mental yang sihat.

Pakar Sakit Puan

MASALAH KEPUTIHAN BERSERTA DARAH, HAID SELAMA 3 BULAN, SINDROM PMS, LENDIR COKLAT

Antara rentetan masalah yang dikupas oleh Dr Adilah Ahmat :

Saya baru sahaja melahirkan anak 5 bulan. Masalahnya berlaku apabila saya mengeluarkan keputihan yang ada kalanya disertai darah. Saya juga menghadapi payudara kendur selepas bersalin.

Saya berusia 21 Tahun dan pelajar Tahun 2 bidang farmasi. Saya mengalami sindrom Pramenstrual yang agak teruk......

Saya berusia 28 Tahun dan baru berkahwin. Saya agak keliru dengan kehadiran lendiran dari faraj. Saya dapati ada keputihan berwarna coklat selama 2 hari....

Saya belum berkahwin dan telah melakukan hubungan seks terlarang. Saya mengalami pendarahan haid yang tidak berhenti...

Ubat Palsu Seperti Tulen

Antara ubatan yang di ambil oleh pesakit kemungkinannya adalah tiruan berdasarkan hasil rampasan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Petaling Jaya.

Antarnya panadol, manjakani, viagra, Eyemo serta Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak.

Rampasan 7 bulan pertama BPFK tahun ini mencecah RM 9 Juta dan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana pengguna yang menjadi mangsa di dalam masa yang sama turut menyumbang kewangan kepada syarikat yang membuat ubatan palsu ini. Ubat palsu semakin maju dengan teknik peniruan dan kelihatan seakan tulen tambahan pula dibezakan dengan nilai RM yang tidak jauh beza dengan harga ubatan tulen.

Thursday, November 15

Baju Kulit Kayu Bidayuh

Pakaian tradisi masyarakat Bidayuh untuk acara keramaian tidak di buat oleh kain tetapi kayu. Dan kayu tersebut yang sesuai adalah kulit kayu terap.

Proses menghasilkan baju ini adalah kulit kayu tersebut perlu diketuk.

Selanjutnya berkenaan masyarakat Bidayuh dari Serian Sarawak ini boleh dirujuk dari artikel jurnal yang SE dapatkan dari KOSMO bertarikh 23 September 2012.

Info Sihat-Kubis, Jus, Aktiviti Ekstrem berisiko hidap sakit jantung

Ketahui beberapa sayuran yang murah harganya mampu dijadikan jus yang berkhasiat. Antaranya kubis dan jus campuran buah-buahan.

Turut disentuh berkenaan penggemar aktiviti ekstrem berisiko menghidapi sakit jantung.

Belajar Mekanik Sebentar

Belajar Mekanik kali ini berkisar berkenaan pemilik Proton Waja Campro 2006 yang berminat melengkapi kenderaannya dengan ABS.

Masalah kedua adalah Toyota Innova terpakai Tahun 2006-meter odometer tidak berfungsi tetapi trip meter perjalanan tiada masalah.

Saya menggunakan Wira 1.5 dan semasa menggunakan penghawa dingin dan ketika gear rendah, enjin akan mati pula adalah masalah yang biasa berlaku bagi kebanyakkan kenderaan berumur.

Soalan akhir, mengapa stereng Estima Aeras 2007 terasa seperti tersentak - bukan bergetar.

10 Blog Tempatan Terhangat 2012

Tahun 2012 telah menghampiri penghujungnya. Marilah kita kemaskini pengetahuan berkaitan dunia blog ini dengan ketahui  10 kategori blog tempatan terhangat pada tahun 2012.

Setiap kategori blog ini hangat mengikut kategori masing-masing dan mempunyai peminat yang senantiasa mengikuti perkembangan pemilik blog ini.

* Berlaku ralat pada imej kedua. Minta Maaf

Friday, November 9

Isteri diugut bunuh oleh SUAMI Awang Hitam

Jika diberi peluang untuk menyenaraikan kebaikan Warga Asing Nigeria di Malaysia pada hari ini, rasanya lebih 90% bersetuju tiada sebarang kebaikan yang di bawa oleh warga Nigeria ini.

Ia tidak menyumbang dalam sektor pelancongan domestik secara berdaya saing, sektor pembinaan, pelancongan kesihatan, pendidikan, sektor industri kecil dan sederhana, pemindahan teknologi atau lain-lain sektor.

Ibarat di beri betis nak peha, dengan hanya bermodalkan  muka hensem dan kata-kata manis, mampu memberikan pulangan lumayan. Di tambah gejala gangsterism, berbadan besar/semuanya besar dan penyakit bawaan sekali, lengkaplah pakej yang diinginkan wanita tempatan.

Karnival 1M4U Lembah Pantai

Karnival Kerjaya kali ini diadakan di Lembah Pantai pada 11 Nov 2012. Ia dianjurkan oleh 1MalaysiaForYouth.

Masa : 0800 hingga 1800










BN YOUTH JOB FAIR 2012

Jangan risau jika terlepas 11 November ini kerana ada lagi peluang lebih besar bagi pencari kerja baru.
 
Bermula 16 hingga 18 November ini di PWTC, lebih 30,000 peluang kerjaya ditawarkan.

Jadi sediakan resume terbaik anda beserta foto berwarna. Sediakan 20 resume atau lebih dan InsyaAllah, ada rezeki anda kelak.

Sunday, November 4

PENGHASILAN ASID URIK BERLEBIHAN MENYEBABKAN GOUT



PENGHASILAN ASID URIK BERLEBIHAN MENYEBABKAN GOUT

"GOUT"  berasal daripada perkataan Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout di akibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.


Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

"Gout is caused by having higher-than-normal levels of uric acid in your body. This may occur if:
  • Your body makes too much uric acid
  • Your body has a hard time getting rid of uric acid
If too much uric acid builds up in the fluid around the joints (synovial fluid), uric acid crystals form. These crystals cause the joint to swell up and become inflamed.
The exact cause is unknown. Gout may run in families. It is more common in men, in women after menopause, and those who drink alcohol. People who take certain medicines, such as hydrochlorothiazide and other water pills, may have higher levels of uric acid in the blood."


Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal.


Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, penyakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, kekerapan serangan pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH