Wednesday, December 12
Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja meninggal
BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA.
* Sumber Kak Jee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
-
Link Berkaitan AIRCOND: SILA BACA DENGAN TELITI 1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA 2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN 3- 4 TUTOR...
-
1. Anggaran Kos Guaman Anggaran kos guaman untuk sesuatu urusan jual beli hartanah adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli ses...
-
1. AIDS disebabkan HIV HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit ...

No comments:
Post a Comment