Friday, May 8

SYARIKAT TREDCELL PEMILIK JAYA GROCERY BANGI GATEWAY DIDAKWA DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUAN 2011



SYARIKAT TREDCELL PEMILIK JAYA GROCERY BANGI GATEWAY DIDAKWA DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUAN 2011

SHAH ALAM 5 Mei – Syarikat Trendcell Sdn. Bhd. yang memiliki pasar raya Jaya Grocer merupakan syarikat pertama di negara ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengikut pertuduhan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Ting Pooi Guan, 59, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa menjual kacang bendi dengan menaikkan margin keuntungan bersih untuk sekilogram kepada RM6.60 iaitu daripada RM3.10 pada 1 Januari lalu kepada RM9.70 pada 3 Januari sehingga 20 Januari lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis Jaya Grocer, Lot C8, aras bawah, blok A, pusat beli-belah Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi dekat sini antara 3 Januari dan 20 Januari lalu.

Sehubungan itu, syarikat ber­kenaan didakwa gagal mematuhi Peraturan 2(2) Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah - margin keuntungan bersih).


Pertuduhan dikemukakan me­­ngi­kut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dihukum mengikut Seksyen 18 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan untuk kesalahan kali kedua serta berikutnya boleh didenda maksimum RM1 juta.
Mahkamah kemudian mene­tapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datin Tay Lee Ly dan Aida Farihan Mohd. Nawi manakala syarikat itu diwakili peguam V. Kalearasu.

Rujukan 

SHAH ALAM: Trendcell Sdn Bhd, which owns Jaya Grocer supermarket, has become the first company to be charged under the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 for selling ladies' fingers at an unreasonably high price.

Its director Ting Pooi Guan (pic above), 59, who represented the company, pleaded not guilty to the charge at a Sessions Court here.

The company was said to have attempted to increase its profit margin by raising the price of ladies' fingers (okra) by RM6.60 per kilo (from RM3.10 on Jan 1 to RM9.70 from Jan 3 to Jan 20).
It was said to have committed the offence at Jaya Grocer’s premises at the Bangi Gateway Shopping Complex in Bandar Baru Bangi, between Jan 3 and Jan 20.

The company is charged with an offence under Section 14(1) of the Act which carries a fine of up to RM500,000 upon conviction.

For second or subsequent offences, the offender faces a maximum RM1mil fine if found guilty.
Sessions Court judge Ahmad Azhari Abdul Hamid set June 9 for mention.



Mari kita rujuk resit pembelian 1 contoh barang yang sama iaitu makanan bayi Nestle Cerelac beras merah.





No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH