Sebenarnya merancang memang elok walau 100 entiti nak dirancang, rancanglah dan susun elok2. teknik merancang ini akan lebih tersusun kerana menjadi penyebab kepada membuat pilihan. Merancang ni lebih kepada menyediakan dalaman dan luaran diri serta mengkaji kaedah2 yang munasabah sebelum melaksanakannya.
Memang kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi jika kita merancang nak beli Viva, tetiba ditakdirkan ada orang offer Almeera atau Livina percuma ke, itu perlukan 'pilihan' iaitu membuat keputusan, takkan la masih nak merancang lagi. Orang yang kerap merancang dalam tindak tanduknya, mempunyai satu galeri pengetahuan dan kemungkinan pelbagai senario dan penyelesaian segera yang menguntungkan. Ini SE belajar dari buku mereka yang rajin merancang dan memikirkan kemungkinan lebih awal sebelum orang lain melihatnya.
Rezeki Allah amat luas, jika tidak merancang bangun pagi pun, rezeki menjadi sukar, belum lagi bangun pagi dalam kesihatan yang diuji. Dapat rezeki percuma, gunakan dengan cermat dan jangan komplen serta usik hartabenda tanpa izin pemilik. Bersyukur itu penting. Sebab apa SE cakap bersyukur? . Ia tanda2 awal ke mana arah kita seterusnya. Apa yang anda rancang pada Ramadhan akan datang?, Apa yang anda rancang untuk memperbaiki ilmu dunia akhirat? Senantiasa ikuti kelas pengajian atau jadual perancangan program-program akan datang. Sentiasa merancang keperluan jasmani dan rohani. Orang lain tidak akan memahami keperluan spesifik kita.
Banyak kita merancang, banyaklah kita cuba memahami dan mempelajarinya. Mencari ilmu, melabur modal sana-sini dengan ikhtiar cuba menjadi terbaik. Perlu maklum, ikhtiar manusia adalah kudrat dan izin dariNya. Kita sering mendengar, ada pihak cuba mematikan niat dan perancangan orang lain dengan ayat-ayat sedikit egois, sarkastik dan cuba membuat orang lain kekal pada takuk lama. Perlukah kita sensitif sangat dengan mereka-mereka ini?. Nak menyuap nasi ke mulut pun perlukan usaha. Belum pernah SE lihat orang menyuap nasi dengan menutup matanya sambil ketawa bangga.
Jika pilihan telah ada, contohnya telah memilih sesuatu aset, elok kita jangan fikir belakang memikirkan bandingan aset-aset lain lagi yang takkan habis dijual beli tu. Stay together dan rancang pelan ikut kedudukan semasa. Ya, jika dah ada aset, rancang pelan disebabkan ada aset, jika kehadiran cahaya mata baru, rancang untuknya terlebih dahulu. Keputusan selepas melakukan perancangan lebih menguntungkan berbeza keputusan yang dibuat tanpa perancangan. Idea dan sumbang saran penting tetapi kita yang berhak memilih sebelum menjadi terpilih.
Merancang lebih menyediakan zahir batin dalam keadaan sedia dan prihatin dari kesilapan. Jika yang dirancang tidak menjadi, ia masih boleh diselamatkan atau diminimakan impak dengan perancangan yang lain. Qada dan Qadar urusan Yang Maha Esa, ikhtiarkan kudrat sebagai hambaNya, InsyaAllah dipermudahkan dunia dan akhirat. Hidup hanya sementara, mati itu pasti, kita hanya merancang, Allah yang izinkan.
No comments:
Post a Comment