HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

Memahami pertanyaan orang dan menjawab dengan tepat mungkin bukan satu skil yang semua orang mampu, tetapi ikhtiarkan bertenang dan bercakap bila perlu, itu lebih memudahkan. Semoga sama-sama kita memperbaiki kekurangan dan keburukan dengan menghormati kata-kata orang yang lebih tua, orang yang lebih berpengalaman dan hormat orang yang boleh dikatakan lebih memahami dari kita. Bercakap sejelasnya dan pastikan ia difahami. Kadang2 SE pun hairan melihat gelagat manusia, keluar kedai makan, jalan lemah sungguh gaya tamat kerja buruh kasar, keluar duit di ATM, muka mencuka memanjang, keluar wayang, muka kelat2 macam blur tidak faham jalan cerita.
Ada juga yang SE lihat orang yang seronok mengulas filem ditontoni sepanjang jalan. SE bukan nak memandang buruk sangat perangai seseorang, tetapi jika kamu tidak bersedia, jangan berada di tempat tersebut. Beri peluang orang lain menikmatinya. Jangan mulakan hari dengan lewat dan bermasam muka.- kecuali muka tu tutup hijab sepenuhnya nampak mata sahaja.
Ada juga yang SE lihat orang yang seronok mengulas filem ditontoni sepanjang jalan. SE bukan nak memandang buruk sangat perangai seseorang, tetapi jika kamu tidak bersedia, jangan berada di tempat tersebut. Beri peluang orang lain menikmatinya. Jangan mulakan hari dengan lewat dan bermasam muka.-



Cikgu sekolah pun boleh meletup jika semalam dah cakap potong kuku, esok datang buat selamba sambil bertegas tiada siapa berpesan pun sebelumnya. Dijawab lagi kuku ini milik saya..Ahhhh lorat la orang macam ni, dia memang dilahirkan untuk mempunyai 1001 alasan daripada penyelesaian. Baiklah cikgu potongkan kuku ya (tidak sesuai dipraktikkan pada orang 12 Tahun ke atas).

Jauhi sifat-sifat yang buruk dalam perhubungan. Jika kamu mengungkit pemberianmu dan membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain, tunggu sahajalah masa ia membuat perbandingannya. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji dan amanahnya.
Berhenti Mengharap @ Berhenti menjadi harapan?
Berhenti Mengharap @ Berhenti menjadi harapan?
No comments:
Post a Comment