Fakta Dan Bahayanya Nyamuk Terhadap Manusia
Perkataan nyamuk dalam Bahasa Inggeris, "mosquito" telah digunakan sejak
tahun 1583 dahulu. Kalau dah penggunaan perkataan mosquito pun beratus
tahun yang dulu, apatah lagi kewujudan nyamuk yang sudah pun wujud sejak
100 juta tahun lalu. Kibasan sayap nyamuk ialah antara 300 hingga 600
kali sesaat. Itu yang datang bunyi nyenggg... nyeennggg yang selalu kita
dengar betul-betul kat telinga tu sebab dia kibas laju sangat.
Nyamuk betina hidup lebih lama dari nyamuk jantan dan mampu terbang sehingga 1.5km. Nyamuk betina sahaja yang menggigit kita kerana darah kita mengandungi protein untuk pembentukan telur kelak manakala nyamuk jantan hanya menghisap madu dan jus buah. Ingatkan manusia je perlu cukup sumber protein, nyamuk pun kena dapatkan protein untuk "tambah bilangan keluarga". Penghasilan dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari, bergantung kepada suhu.
Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ mangsa dia. Bahayanya nyamuk ini kerana sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ kerana penyakit malaria hampir membunuh setengah dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (manusia zaman batu dulu dah lah seksi).

Ramai yang tidak tahu apa itu Melissa Officinalis Extract atau dikenali sebagai Lemon Balm yang terkandung dalam Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee (boleh lihat di belakang botol tersebut) itu. Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat banyak kebaikan Melissa Officinalis Extract ini untuk pelbagai jenis penyakit (internal dan external).
Melissa Officinalis/Lemon Balm |
MELISSA OFFICINALIS/LEMON BALM
Lemon Balm (Melissa Officinalis) dikenali sebagai balm atau balm pudina, iaitu herba dalam keluarga pudina Lamiaceae, berasal dari selatan-tengah Eropah, Afrika Utara, rantau Mediterranean dan Asia Tengah. Lemon balm telah digunakan secara perubatan oleh orang Yunani sejak 2,000 tahun yang lalu. Tinggi 70-150cm dan daunnya mempunyai bau limau lembut, yang berkaitan dengan pudina. Semasa musim panas, bunga kecil berwarna putih akan tumbuh dan ianya menarik perhatian lebah lalu diberi nama Melissa (dalam bahasa Greek, 'honey bee').
Bunga putih yang tumbuh menarik perhatian lebah |
PENGGUNAAN
1. Penggunaan Kulinari
Lemon balm sering digunakan sebagai perasa dalam ais krim dan teh herba, kedua-dua panas dan sejuk, biasanya dalam kombinasi dengan herba lain seperti spearmint. Teh yang diperbuat daripada daun Lemon balm dikatakan dapat melegakan senggugut atau PMS (Premenstrual Syndrome).
2. Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional dan Alternatif Lain
Dalam perubatan tradisional Austria, daun Melissa officinalis telah digunakan untuk dalaman sebagai teh dan luaran sebagai minyak pati bertujuan sebagai rawatan gangguan saluran pencernaan, saraf, hati dan hempedu. Ekstrak minyak Lemon balm diperolehi melalui pengesktrakan langsung dari daun Melissa (Melissa officinalis) ke dalam minyak zaitun dara. Minyak Lemon balm digunakan secara tradisional sebagai pembersih muka dan baik untuk rawatan kulit. Perubatan herba tradisional mengiktiraf dua tindakan utama Melissa: menenangkan, melegakan, bagus untuk masalah tidur serta anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria. Kedua-dua kesan telah disahkan melalui kajian saintifik moden.
Sebagai tumbuhan perubatan, Lemon balm secara tradisinya telah digunakan terhadap radang bronkus (bronchitis), sakit telinga, demam, kembung perut, sakit kepala, tekanan darah tinggi, selesema, gangguan stress, berdebar-debar, sakit gigi dan muntah. Minyak pati Lemon balm sangat popular dalam aromaterapi.
3. Penyelidikan Kesan Ke Atas Manusia
Ekstrak Lemon balm efektif dalam melegakan tekanan, membantu menyembuhkan luka, sakit gigi, letusan kulit (skin eruptions), leher terkehel dan juga kesakitan ketika hamil terutamanya cramps. Ia juga dikatakan boleh mencegah kebotakan.
Ekstrak Lemon balm digunakan untuk menyokong imunisasi dan membantu meningkatkan ketahanan badan daripada sebarang ejen virus berjangkit. Malah, ianya juga memiliki sifat-sifat anti-virus dan di beberapa negara, pecahan ekstrak dan minyak Melissa digunakan dalam persediaan farmaseutikal bertujuan untuk memerangi jangkitan virus kulit termasuk herpes.
Kajian telah menunjukkan bahawa tumbuhan yang mengandungi polyphenols, boleh membantu dalam rawatan cold sores dan memerangi virus herpes simplex, kayap dan juga virus seumpama dengannya.
Krim yang mengandungi lemon balm yang digunakan untuk cold sores (blisters di bibir) disebabkan oleh virus herpes simplex, ataupun demam cacar air (chickenpox) dapat mempercepatkan penyembuhan dan jangkitan tidak akan merebak secara rawak dan meluas. Pesakit yang menggunakan krim yang mengandungi Melissa officinalis/Lemon balm juga dilaporkan lebih lega terutamanya dari gejala seperti kegatalan dan kemerahan.
Sumber: Wikipedia |
Mengikut Wikipedia, daun Melissa officinalis yang telah
dihancurkan dan kemudian sapukan pada kulit digunakan sebagai penghalau
nyamuk. Tak perlu aerosol untuk halau nyamuk lagi.
Dalam satu kajian Lemon balm di Universiti Northumbria, England
mendapati bahawa pelajar telah diuji dengan mengambil Lemon Balm selama
beberapa minggu. Ternyata elajar-pelajar yang mengambil Lemon Balm
diperhatikan semakin lebih tenang dan kurang tertekan semasa ujian.
(Prevention Magazine Sept. 2004)
Tanpa kita sedari, banyak kegunaan dan kelebihan Melissa Officinalis Extract ini. Begitu juga Herbal Blend Multi-purpose Cream yang seakan wajib setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya satu. Saya juga akan bawa Herbal Blend Multi-purpose Cream ini ke mana sahaja saya berada.
Harga: RM27.50/113g
Sumber 1 dan Sumber 2
No comments:
Post a Comment