CARA MEMOHON PEMASANGAN UTILITI ELEKTRIK, IWK DAN AIR SAMB, BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI TAFSIRAN
Bagi pembeli rumah di kawasan sekitar Melaka, bolehlah merujuk artikel ini yang aku salin dan perbaiki dari blog seperti rujukan.
1. TENAGA NASIONAL BERHAD
** Sebelum itu boleh rujuk Bil TNB alamat rumah tersebut ataupun bil TNB alamat berhampiran. Pada bil yang aku tengok ni, depositnya RM120.00. Tetapi mulai Februari 2015, deposit telah ditetapkan sebanyak RM250.00.
Tahun 2011 semasa aku bayar deposit TNB rumah di Johor Bahru dalam RM150.00, sekarang aku tak pasti nilai depositnya. Jadi anggapan aku, Deposit TNB ini kekal RM250.00 mana-mana negeri bermula Februari 2015.
Untuk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:
1.1 Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;
Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara laporan penuh kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang permohonan pemasangan meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt di bawah:
- Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan lengkap
- Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi - 1 salinan
- Deposit pemasangan meter - RM240
- Setem hasil - RM10
1.2 Kes 2: Membeli rumah dari orang lain;
i. Jika kita memohon dlm tempoh 12 bulan atau KURANG dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor (lantikan TNB). Boleh terus pergi ke TNB dan lampirkan dokumen seperti di atas. (Ini kes aku, aku bayar bil tertunggak dan maklum pada pemilik rumah asal, SMS dan lampirkan dalam Watapps dan terus tukar pindah milik - meter masih guna yang asal, cara ini tidak perlukan akaun asal pemilik lama ditutup, sekadar berpindah milikan sahaja)
ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter LEBIH dari 12 bulan, kita perlu lantik kontraktor (lantikan TNB) utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor, kita hanya bayar dan sediakan dokumen yg diperlukan:
- Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan lengkap
- Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi - 1 salinan
- Deposit Pemasangan Meter - **RM250
- Setem hasil - RM10
- Caj Proses Pertukaran Pelanggan RM3.00 dan GST RM0.18
- Kes melebihi 1 Tahun - Tambahan RM120 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)
* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dapatkan no telefon kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.
2. SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD
Utk meter air rasanya lagi mudah. Terus ke syarikat air negeri SAMB dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:
Utiliti air juga mewajibkan bagi akaun air rumah yang TIDAK AKTIF >1 tahun, diwajibkan mendaftar pada kontraktor lantikan SAMB.
Pihak SAMB akan melampirkan senarai kontraktor yang dilantik untuk kita hubungi. Kebanyakkan kontraktor mencaj harga yang tidak seragam antara RM350-RM600, jadi kena lebih kerja sebelum memilih kontraktor kalau nak berjimat maklumlah baru bayar rumah kan. Masa diambil kontraktor dalam 14 hari bekerja atau kurang. Antara kerja kontraktor adalah memeriksa tekanan air dan paip sambungan di pagar mestilah seperti asal tanpa meter air.
SAMB akan minta kita serahkan semua dokumen dan bayaran pada kontraktor. Kita hanya boleh membayar tunggakan akaun sedia ada sahaja. Rajin-rajin cari kontraktor dan serahkan wang, salinan Kad Pengenalan dan S&P pada kontraktor. Kes rumah aku, kontraktor minta RM250 dan dokumen berkaitan....dan siap.
Akaun Air yang TELAH ditamatkan <1 Tahun, boleh berurusan seperti biasa di kaunter SAMB. Kos yang dikenakan termasuk deposit adalah dalam RM122.40 (rujuk bawah).
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Lot 897, Wisma Air, Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
Tel : 06-292 1758
Faks: 06-2815800
aduan@samb.com.my
Akaun Air yang TELAH ditamatkan <1 Tahun, boleh berurusan seperti biasa di kaunter SAMB. Kos yang dikenakan termasuk deposit adalah dalam RM122.40 (rujuk bawah).
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Lot 897, Wisma Air, Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
Tel : 06-292 1758
Faks: 06-2815800
aduan@samb.com.my
- Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan penuh
- Kad Pengenalan Pemohon depan dan belakang - 1 salinan
- Deposit meter- RM70.00 + Caj Pemohon Baru RM40.00 dan GST RM2.40. Total RM112.40
- Setem hasil - RM10
- Kes melebihi 1 Tahun - Tambahan RM150 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)
Bagi Negeri Johor pula, aku dikenakan deposit air oleh Syarikat Air Johor sebanyak RM50.00. SAJ ni aku daftar pada tahun 2011 ya sekarang aku tak tahu
* Pemasangan meter selesai dlm tempoh 3-7 hari bekerja (kes normal)
3. INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
Caj Bulanan IWK Domestik ialah RM8.00 dan
IWK Head Office
No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Contact Person : Puan Lini Feinita Muhammad Feisol
Tel : 603 2780 1299
Fax : 603 2095 5006
E-mail :linif@iwk.com.my
IWK Office Melaka
(Enquiry & Payment Counter) No. 84 & 86, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam
Tel 06 - 317 3412
Fax 06 - 317 5418
Email razakj@iwk.com.my
Masa Operasi : 08.00 PAGI - 10.00 MALAM SETIAP HARI
Enquiry & Payment Counter
UTC Melaka - Lot 3-05, Wisma UTC, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Tel 06-2860075
Perlu dimaklumkan bagi bil utiliti Indah Water yang tertunggak wajib dibayar samada oleh pemilik lama atau pemilik baru. Jika urusan jual beli rumah subsale yang mempunyai tunggakan, sila mohon pembayaran diminta dari pemilik lama melalui peguam anda.
IWK Office Melaka
(Enquiry & Payment Counter) No. 84 & 86, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam
Tel 06 - 317 3412
Fax 06 - 317 5418
Email razakj@iwk.com.my
Masa Operasi : 08.00 PAGI - 10.00 MALAM SETIAP HARI
Enquiry & Payment Counter
UTC Melaka - Lot 3-05, Wisma UTC, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Tel 06-2860075
Perlu dimaklumkan bagi bil utiliti Indah Water yang tertunggak wajib dibayar samada oleh pemilik lama atau pemilik baru. Jika urusan jual beli rumah subsale yang mempunyai tunggakan, sila mohon pembayaran diminta dari pemilik lama melalui peguam anda.
Pembeli juga boleh mendaftar jika masih ada tunggakan dengan syarat menjelaskan tunggakan terlebih dahulu. Cara mendaftar IWK adalah :
- Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan penuh, Jika tiada, boleh juga bawa 1 salinan Resit Cukai Pintu
- Salinan Kad Pengenalan TIDAK PERLU
- Deposit TIADA
- Setem Hasil TIADA
Kes aku, peguam yang tuntut semua hutang dan kita kena follow-up balik IWK tanya baki hutang semua. Tanya juga jika pembentungan kita perlu sedut ke tidak sebab taknak la tersumbat kan. Ini jika patern perumahan ada yang pembentungan sendiri, ada juga yang pembentungan berpusat (tak perlu sedut).
Bagi IWK dokumen-dokemen seperti di atas untuk tukar nama. Jika tidak, bil masih gunakan nama pemilik lama.
Kaunter IWK ni paling pantas dan jarang ada pelanggan.
* Tunggakan IWK boleh merujuk peguam yang dilantik untuk uruskan
Kemaskini pada 27 JANUARI 2016, semua urusan seperti di atas boleh diselesaikan dalam satu bumbung di UTC Melaka Jalan Hang Tuah. Jangan lupa ke ARAS 3 ya. Setem hasil pun boleh didapatkan di Pejabat Pos UTC.
* Tunggakan IWK boleh merujuk peguam yang dilantik untuk uruskan
Kemaskini pada 27 JANUARI 2016, semua urusan seperti di atas boleh diselesaikan dalam satu bumbung di UTC Melaka Jalan Hang Tuah. Jangan lupa ke ARAS 3 ya. Setem hasil pun boleh didapatkan di Pejabat Pos UTC.
4. CUKAI TAFISRAN/CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH
4.1. CUKAI TAFSIRAN/CUKAI PINTU
Cukai Tafsiran/Pintu kena telefon Majlis Perbandaran. Kes aku, ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Pastikan nama korang dah tukar sebab caj semua dah bayar pada Peguam. Tunggakan tuntut pemilik lama melalui Peguam juga. Anggaran Cukai Tafsiran RM16.10 setiap bulan (x 12 Bulan). Bayaran Cukai Tafsiran untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun. Penalti dikenakan kalau berhutang cukai ni.
Cukai Tafsiran/Pintu kena telefon Majlis Perbandaran. Kes aku, ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Pastikan nama korang dah tukar sebab caj semua dah bayar pada Peguam. Tunggakan tuntut pemilik lama melalui Peguam juga. Anggaran Cukai Tafsiran RM16.10 setiap bulan (x 12 Bulan). Bayaran Cukai Tafsiran untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun. Penalti dikenakan kalau berhutang cukai ni.
4.2. CUKAI TANAH
Cukai Tanah RM14.00 Setahun, bayar di Pejabat Tanah dekat Wisma Negeri tu. Sebulan dalam RM1.17. Bayaran Cukai Tanah untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun juga.
Jadi anggarkanlah dalam sebulan, anda kena bayar ansuran bank rumah dalam RMXXX.00 DAN cukai tafsiran/cukai pintu dalam RM17.27 DAN Caj IWK dalam RM8.00 (ada 6% GST). Pastu kalau sewakan harga market jika untung tu Alhamdullilah
Bagi urusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pula boleh berurusan di ARAS 4.
Alhamdullilah hutang PTPTN dan Yayasan Negeri Johor aku dah selesai, jadi pandai-pandailah simpan SSPNi PLUS secara pemotongan gaji untuk anak-anak tercinta ya.
Melaka....saya suka ini negeri aummm
RUJUKAN
* UTC telah menjimatkan masa, tenaga dan wang dengan meletakkan institusi dan agensi kerajaan penting di bawah satu bumbung. Masa yang diambil hanya dalam 30 minit setiap urusan (kes normal)
boleh dapatkan no tel kontraktor air yg murah tu?
ReplyDeleteboleh dapatkan no tel kontraktor air yg murah tu?
ReplyDeletenati sy update semula setelah jumpa no kontraktor
DeleteBoleh bg no telefon kontraktor air yg murah tuh..mintak tlg yer...
ReplyDeleteSorry soalan yang tarikh 2/4/16 tu saya lupa update. Ni ye Zue Liyan
DeleteNama kontraktor lantikan Syarikat Melaka Air Berhad (SAMB)tu
Nama : En Hafizan
No HP : 012-2169569
Alamat Rumah : 353/3 KM5 Batu 3 Lorong Hajah Nyonya
Pasir Putih Bachang Melaka
Kalau tak sempat jumpa dia, bagi salinan S&P, Salinan Kad Pengenalan, Deposit ni kena tanya dia, Setem Hasil RM10 hantar rumah dia. Jika nak cepat kena tahu nombor akaun SAMB ni kena tanya SAMB, no akaun ni ditulis di Salinan S&P tu untuk mudahkan kerja kontraktor.
Ok itu sahaja.
Salam, cukai tanah & pintu tu boleh buat kat utc ke?
ReplyDeleteWasalam, Ya boleh di Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah dan Tanah di Aras 5
Deletesalam tuan. mohon kebenaran post di blog sy berkenaan ini. sy akan bg kredit ke entri ini. terima kasih.
ReplyDeleteWasalam, ambil la nak, moga bermanfaat
DeleteAssalamualaikum...ada setengah daerah kne kan rm 300 deposit...blom lg kontraktor...mmmm...teruk kita..
ReplyDeletecaj standard ye mcm standard biasa cuma kena guna kontraktor dilantik utk check lebih lanjut di site. deposit 300? tnb ke, rasa ni ikut tarif kediaman cth pangsapuri dan kondo, soho atau servis apartmen lain, kediaman dan unit komersial pun lain depositye
Delete