Mengapa saranan hijrah itu amat digalakkan dalam kehidupan orang Islam?
Hijrah itu salah satu memperbaiki kehidupan dengan memperbaiki fikiran dan minda apabila berada di suatu tempat yang baru. Selepas berhijrah, jiran dan rakan pun baru, mencari pengasuh anak yang baru, suasana persekitaran yang baru, sekolah baru dan segalanya serba serbi baru.
Serba serbi kena asimilasi dan memahami corak setempat dengan pengenalan diri yang baru.
Dari dulu kita diasuh begitu begini hingga ia jadi budaya tanpa soal jawab, kita mengakui ia gaya hidup yang diterima majoriti. Jika 10 orang katakan nama suatu tempat itu bernama sekian, 10 orang katakan orang itu gila, 2 tahun orang berulang-ulang sebut perkara yang sama, maka lama kelamaan ia jadi budaya yang susah dipadamkan.
Mengasuh budaya perlukan momentum berterusan dan jangka panjang agar ia secara ironi diterima pakai. Macam zaman dulu, membudayakan tandas duduk tidak dapat diterima masyarakat. Macam-macamlah, ada yang cakap jijik, ada yang cakap buasir, ada yang cakap leka membuang masa.
Hari ini, kita SETUJU menerima budaya ilmu dari orang yang negatif dan orang yang rosak akalnya, semestinya jika tak banyak, jadilah sedikit-sedikit ilmu negatif ni diturunkan kepada anak cucu cicit kita tanpa soal jawab kelak.
Budaya sinikal dan sindiran, memandang rendah keupayaan orang sepatutnya awal-awal kita nyahkan sama sekali.
Budaya sinikal dan sindiran, memandang rendah keupayaan orang sepatutnya awal-awal kita nyahkan sama sekali.
Dulu zaman ICT melanda negara, aku pun selalu jumpa orang sebangsa yang begitu sukar menyerahkan perkakas komputernya jika rosak untuk aku baiki walaupun aku ada kelulusan dan kemahiran. Apa alasan mudah diorang?, barang ni mahal, ko betul ke boleh repair, ko kelulusan apa.....dan metafora ini jadi tepu hingga akhirnya diserahkan peluang pembelajaran membaiki harta kita pada bangsa lain. Ada juga yang sinikal cakap, takkan harga repair orang Diploma sama dengan harga orang Degree hihi. Harga tawar-menawar tu kompemlah nak diskaun aja - segan nak sebut.
Lepas tu, kesudahannya memang hantar ke orang tu le. Diorang pun bukan mahir sangat, baca rujukan Internet dalam Bahasa Inggeris pun tidak pandai. Cuma konsistensi diorang jadikan harta kita seperti tikus memperbaiki labu, maka jadilah ia sempurna setelah mahir memperbaiki harta 5/6 orang mangsa. Cukup 3 tahun, orang tu demand harga, kita pun setuju-GST katanya.
Kita pula membudayakan tidak berkira-kira, bayar sahaja, ia satu keputusan yang benar-benar betul apabila kita terima resit (official lah konon) tanpa usul periksa. Ya, bayar sahaja sambil-sambil membudayakan kawan-kawan kita memang spesis tak mahir benda-benda ni dengan muka penuh kepuasan. Kerja kita hanya datang, ambil dan bayar sahaja. Next datang lagi claim warranty pula lalalala. Kawan kita mana pandai claim warranty - katanya.
Jangan wariskan persepsi dan bayangan, wariskan ilmu bagi membantu orang membuat penilaian,
Jangan wariskan persepsi dan bayangan, wariskan ilmu bagi membantu orang membuat penilaian,
Esok Sabtu, hari ini Jumaat, semalam Khamis.
Akhir kata, "sampai bila nak jadi begini".
Akhir kata, "sampai bila nak jadi begini".
Selamat menunaikan Solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment