Sunday, May 20

Kepantasan Langkah Kaki & Kesannya

Tidak perlu membeli basikal yang mahal, tidak perlu membeli cross trainer secara ansuran, tidak perlu membeli kerusi urut secara pinjaman. Tapi belikan kaki kamu sepasang kasut running atau kasut sukan yang terbaik untuk kamu beriadah.

Basikal yang mahal susah dibawa, parkir pun takut hilang, basikal murah segan pulak. Tapi kalau sesekali ke SOGO, pakailah sepasang kasut sukan terbaik dan sebuah beg galas - siap plastik, kain sembahyang, pencuci muka ke, bolehlah singgah ke surau untuk solat. Berjalan kaki baik untuk postur dan rentak ritma jantung agar lebih baik dengan kawalan organ pernafasan. Jadi mulakanlah berjalan.

Peminum Kopi Hidup Lebih Lama

Bangsa Yahudi menyukai kopi dan tertubuhnya Starbucks adalah kerana mempercayai khasiat kopi sepertimana Rasullulah SAW.

Kita sering disuap dengan berita-berita bahawa pengambilan kopi tidak sihat kepada kesihatan terutamanya Darah Tinggi. Sepertimana daging kambing yang lebih rendah lemak & Kolestrol dari daging ayam, ia juga dilabelkan penyebab Hypertensi

Tapi siapakah yang memberi info dan takrifan kopi tidak elok kecuali rakan-rakan dan bualan mulut ke mulut sahaja. Ini adalah fakta rujukan maklumat kebanyakkan orang, tidak mengkaji kebaikan tapi membawa keburukan secara tersusun dan kejat. Maksud aku ilmu yang seseorang dapat tu terus kekal momentumnya & tak boleh ditegur lagi jika kita katakan sebaliknya. InsyaAllah, aku akan muatkan artikel kebaikkan daging kambinglah yang menunjukkan kamu sebenarnya memendam tanda-tanda Hypertensi sebenarnya.

Penyakit Keturunan - Ganguan Sel Darah Merah (Talasemia)

Sebelum berkahwin, kita selalu disarankan mengambil ujian HIV, pengenalan Rhesus Darah dan beberapa ujian asas dalam agama. Bab ujian HIV ni, secara peribadi sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan, aku cadangkan Klinik Kesihatan Yang Terbaik adalah di Klinik Kesihatan KAJANG dan BANGI - kawasan berdekatan Putrajaya.

Klinik Kesihatan PUCHONG....hmmm terlalu mengecewakan dengan kaedah ruang menungu, sistem Queue,dan  Medical Assistant (Jangan berlagak macam Pegawai Perubatan dan belek handphone sahaja - khusus untuk MA Lelaki KK PUCHONG ni, patutnya kamu segan nak perkenalkan ISO dan SOP Klinik pada orang yang salah. Sudahlah buat temujanji hampir 10 hari, waktu pemeriksaan dari pagi ke petang, bila datang, kamu suruh queue lagi bersama hampir 40-50 orang pesakit luar di luar klinik tu (berbumbung tanpa dinding). Tak paham aku...Sedih la tengok ko nih bro, kit HIV test tu 10 minit je kalau ko nak buat @ aku buat sendiri. Aku tak maklum Komunikasi Korporat KKM sebab lega ada seorang jururawat India yang baik perangai dan etikanya).

Medical Assistant Encik Rashid Abd Aziz dan staf Klinik Kesihatan Bangi-kamu semua betul2 profesional mengurus klien (pesakit) secara teratur dan tersusun dari pendaftaran hingga ke  farmasi. Terima Kasih kerana berulang kali aku dapatkan rawatan di klinik ni walau jauh, ia tetap tidak mengecewakan semua pesakit.

Balik pada Kes Talasemia ni, senangeja.blogspot.com, belum mempunyai artikel sebegini. Kes Talasemia ni dianggarkan 780,000 ke 1.3 juta pembawa genetik di Malaysia. Kelahiran bayi tidak menampakkan tanda-tanda pada tahun pertama. Talasemia berlaku apabila penyakit genetik menggangu pembentukan sel darah merah normal. Moga ia menjadi rujukan pembaca.

Wednesday, May 16

Bahaya Apabila Pam Air Bocor

Pam Air kenderaan bertindak sebagai  pengalir arus air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tokok suhu - Water Temperature Sensor.

Pam Air terletak di bahagian  intake manifold. Tokok ini akan memberi isyarat untuk memusingkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.

Jika Pam air rosak atau bocor...hmmm apa akan terjadi kepada kenderaan kita...tentunya ada di dalam artikel ini. Rajin-rajin membaca kerana anda atau orang lain perlu mempunyai pengetahuan asas ini.

Lukisan Termahal di Malaysia

Lukisan Termahal di Malaysia mungkin agak janggal didengari oleh orang ramai. Hanya peminat lukisan sahaja yang mendapat maklumat ini tapi pernahkah kita melihat lukisan tersebut? Soroti artikel tersebut.

Usah Tahan Ejakulasi, Risiko Pemanduan Jarak Jauh, Kunyit Anti Kanser


Ejakulasi istilah klimaks bagi wanita dan juga lelaki. Tetapi kes kali ini adalah bersangkut paut dengan lelaki. Apabila ejakulasi yang ditahan, kemungkinan air mani bercampur dengan darah akan berlaku. Simptom ini dikenali sebagai HEMATOSPERMIA @ air mani bercampur darah.

Kemungkinan darah hadir dari pundi kencing @ pundi prostat (pundi mengahsilkan air mani). Sebarang masalah berkaitan, boleh dirujuk kepda pakar urologis untuk mengesahkan simptom penyakit dengan kajian kes sedia ada.

Kurangkan kebergantungan kepada ubatan tradisional yang tiada ujian makmal dari Pakar Kesihatan Tempatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan ubatan yang tiada kajian, tidak dapat dibuktikan keberkesanannya atau kemungkinan risiko yang bakal ditanggung pesakit.

Selain itu, pemandu kenderaan jarak jauh, sila ambil perhatian artikel ini. Peminat kunyit juga tidak ketinggalan hehe.

Tuesday, May 15

SQL Query Pecahan Kepada Tarikh dan Masa

Salam pada pengunjung, bagi yang biasa menggunakan database dan teknik query SQL. Kebanyakkan kaedah untuk pecahkan sebaris data adalah dengan teknik substring parameter.

Kali ini kaedah memecahkan fields jenis tarikh/jam kepada beberapa fields pecahan mengikut Hari, Bulan, Quarter Month, Tahun, Jam, Minit, Saat dengan lebih mudah.
Moga SQL Query mudah ini dapat memberi idea kepada Pembangun Pangkalan Data.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG