Tuesday, May 29

Powerful "Flame" virus found in Mideast


Security experts have discovered a new data-stealing virus dubbed "Flame" they say has lurked inside thousands of computers across the Middle East for as long as five years as part of a sophisticated cyber warfare campaign. 

It is the most complex piece of malicious software discovered to date, said Kaspersky Lab security senior researcher Roel Schouwenberg, whose company discovered the virus. The results of the Lab's work were made available on Monday.  Schouwenberg said he did not know who built Flame.

Researchers at Kaspersky said they were only starting to understand how Flame works because it is so complex. The full significance will not be known until other cyber security firms obtain samples of Flame. The Lab's research shows the largest number of infected machines are in Iran, followed by the Israel/Palestine region, then Sudan and Syria.   

The virus contains about 20 times as much code as Stuxnet, which attacked an Iranian uranium enrichment facility, causing centrifuges to fail. It has about 100 times as much code as a typical virus designed to steal financial information, Schouwenberg said.  

Flame can gather data files, remotely change settings on computers, turn on PC microphones to record conversations, take screen shots and log instant messaging chats.  He said there was evidence to suggest the code was commissioned by the same nation or nations that were behind Stuxnet and Duqu, which were built on a common platform.  Both Flame and Stuxnet appear to infect machines by exploiting the same flaw in the Windows operating system and employ a similar way of spreading.  

Monday, May 28

Tentang Bola Sepak Sahaja....



Menjelang EUFA EURO 2012 ni, marilah kita bagi peminat tegar bola kembali mengingati perkara-perkara berkaitan bola semasa berlangsungnya acara UERO ni. Ni adalah lokasi stadium yang akan berlangsungnya acara bola sepak dunia. Sambil2 boleh lah kita remind pengetahuan tentang bola sepak ni termasuklah padang bolanya.


Stadium Nasional Poland di Warsaw dikenali sebagai padang bola yang terbaik dari segi rumputnya untuk musim sejuk. Ia terkenal di Liga Eropah seperti Liga Perdana England dan La Liga Sepanyol bersuhu antar 16-24 Darjah Celcius.


Tapi tahukah Malaysia menggunakan rumput padang bola jenis apa dan kos pengendalian yang terlibat mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi sebagai peminat bola, hargai kemudahan bertaraf antarabangsa yang disediakan kerajaan dan agensi terlibat. Tak perlulah taksub hingga merosakkan kemudahan bangku, pagar, dan tandas yang paling penting. Susah gak kalau tandas rosak ni hehe.

Rujukan Maskulin dan Berita Harian

Sunday, May 27

Pentingnya Kaki Yang Sihat.....

Manuver dan posisi keseimbangan anatomi tubuh semasa berjalan banyak memberi kesan pada tingkah laku terutamanya yang digunakan oleh Jurujual semasa menghampiri pelanggan.

Bukan promosi Jenama atau cenderung pada harga, tapi tips yang di beri oleh jenama Scholl ni banyak manfaatnya pada penjagaan kaki.

Bagi yang selesa berjalan jarak jauh, kasut bertumit memang menyakitkan, gunakan kasut running sports atau but jenama Magnum mesti selesa. Antara masalah menggunakan kasut yang salah seperti tips sebelah ni pernah juga aku alami. Selepas baca tips ni, sekurangnya aku tahu apa kaki aku perlukan hehe.

Rumah Amfibia di Darat dan Air

Amfibia kalau kita rujuk secara kamus adalah kebolehan berada di darat dan air. 

Kenderaan pelbagai guna Tentera selalunya dilengkapi ciri-ciri amfibia dan kebolehan adaptasi alam-sembunyi, ciri-ciri material mengelak dikesan haba dan radar dan lain-lain la tapi aku mudahkan cerita amfibia ni pada telnologi rumah amfibia.

Nak tahu lanjut teknologi ni secara am? Rujuk artikel tersebut.

Koleksi sendiri atau koleksi orang lain?

Aku da biasa jumpa orang apabila kita nak bercakap, masa tu lah dia gak nak bercakap. Macam lalat plak bunyinya sebab ia kedengaran berdengung2, tidak kuat dan tidak perlahan seiring aku bercakap macam dalam Gua Niah.

Apabila ber-blog, macam tu jugalah tuan punya blog ni sibuk nak mengulas berdasarkan tingkap perseptif dia aja. Kesian aku tengok satu keluarga ni di restoren. Si Suami nak makan, da lah malas masak, masa tu la si isteri menyibuk ambil gambar senarai menu, ambil gambar air, semua hidangan atas meja nak diambilnya sekadar masuk blog. Tak tahu lah berapa diskaun dia dapat, berapa royalti bulanan diterimanya apabila berjinak jadi ejen pengiklanan keluar modal sendiri ni.

Rasanya fungsi facebook, teknologi, telefon aplikasi canggih, blog, bayaran bulanan internet, masa berkualiti bersama keluarga ni da disalah ertikan hingga terbawa-bawa ke rumah sekadar nak menghadap komputer dan kemaskini status. Apakah kita nak mewariskan tabiat dan aktiviti sukarelawan macam ni kepada anak-anak?. Gajet mahal zahir di tangan, tapi batinnya untuk orang lain. Tools Reminder hebat tp dating lambat jugak. Lain la guna teknologi untuk income lebih, kena denda RM50K pun mampu bayar. Jangan ikut plak salah guna teknologi mcm ni.

Aku pernah mencadangkan di pejabat agar medium blog dijadikan rujukan perpustakaan online peribadi/kumpulan berkaitan kerja atau rujukan yang penting-penting. Selain kita dapat pahala, orang lain pun dapat pahala. Tapi segelintir mengatakan tak perlu sebab carian di Internet ada segalanya. Adakah kamu benar?

 1. Jika hobi aku mendaki gunung, hobi kamu bermain badminton, hoki dia menjahit. Ya memang semua hobi ini ada di Internet, tapi sentimental value pemilik dan orang lain tidak sama..Maksud aku, korang tak tahu di mana aku letak duit aku di rumah aku sendiri, begitu juga sebaliknya..So, apa yang korang catatkan di blog, hanya korang yang tahu warna warninya episod setiap satu cerita tu...Jadi, aku lebih cepat jumpa duit aku di rumah aku sendiri (blog sendiri) walaupun aku tutup mata berbanding korang...Fakta Pertama ni cuba korang bg tahu pada pengumpul setem, kereta antik tu tak payah buang masa pd hobi sia2 tu, pergi je ke muzium kalau nak tengok setem dan kereta antik.

2. Takkan korang nak membebel di blog cite2 yang merapu...Malulah wei...Kalau korang kena denggi, tentulah cite tentang hal korang sendiri kena denggi. Jarang orang buat blog cite yang mengarut dan tak sahih, so kalau aku buat blog koding projek aku, mestilah aku da test dulu. Malulah kalau jadi bugs dan error plak. Fakta Kedua ni. Kalau korang nak buat major surgery, korang boleh rujuk blog mereka yang pernah menjalani surgery. Belum surgery tapi bila baca da rasa mcm surgery online jek kan-sama juga pengamal seks berisiko apabila rujuk artikel S.T.D...


3. Aku suka warna merah, kamu suka warna pink, dia suka warna hijau. Hehe warna adalah salah satu penggalak@ "trigger unique string" kepada usaha dan momentum berterusan untuk anda memperkayakan rujukan maklumat di blog anda. Antara kaedah penggalak ni adalah dengan mengkategorikan blog, susunan mengikut peristiwa, template blog, rating, popular entry, tajuk dan lain-lain la. Kecualilah korang copy dan paste blog orang siap tajuk pun sama- cuma moderator je nama korang....Lepas tu nak cari entri da lupa, letak tajuk apa ek...Sama juga kalau lampu hijau pagi2 anda kena minum nescafe, minumlah dulu. Kalau da terpakai masa bekerja, gantilah di waktu petangnya. Fakta Ketiga ni.

4. Blog kamu adalah unik bergantung kepada pengalaman, karaktor dan persepsi kamu memandang dunia. Semua orang sempurna fizikal mampu berlari, tapi mengekalkan laju dan masa larian tu sendiri ukur la. Maka secara langsung, semua blogger adalah GURU, tapi anak muridnya faham atau tak bergantung pada kamu lah. Jangan ler salahkan orang lain tak faham, takda inisiatif nak belajar la, lembab la, sebenarnya kamu yang bermasalah. Kamu sorang aje lah yang rajin-"obses sindrom rajin terkedepan". Fakta Keempat berlagak pandai ni harap2 janganlah ada dalam diri aku.

5. Blog seperti Wordpress menyediakan emel berkala kepada pendaftar-peminat kamu setiap kali kamu masukkan entri baru. Jika entri kamu berhubung kesihatan - Apa itu Talasemia, berhubung pengetahuan - Bunga Mayat, sekurangnya 1 emel makluman dihantar, dapatlah juga info kepada pengikut kamu. Forum ada ke fungsi ni?. Ni adalah kaedah menghimpun dan kongsi maklumat dalam organisasi  secara rutin dan ada follow up. Fakta Kelima ni menyegarkan jiwa mereka yang dahagakan ilmu. Haha macam nak minum air kelapa je la.

6.  3/4 hari nak exam, mana boleh rujuk buku lagi, mestilah rujuk nota sendiri . Perkataan2 penting dah tak boleh tulis panjang2 nanti takut lupa. Takkan nak pinjam short notes kawan plak langsung tak faham. Kalau dalam blog untuk benda2 sensitif aku tak bg details la @ aku warnakan font dengan warna putih-visible, cuma aku je faham (metafora situasi). Blog gaya mcm ni, lebih kurang macam self-belonging, nak pakai waktu urgent dan  sentiasa ada bila diperlukan.

7. Sebaran Am & Persaingan yang munasabah maksudnya jika korang seorang pembaca buku tegar di Perpustakaan, dapat nombor 1 tiap bulan di tampal di papan kenyataan perpustakaan pun, ia hanya jadi saingan pada kumpulan anda aje - yang dtg library je nak lwn rekod anda. Jadi info mcm tu agak sinikal sebab lwn kumpulan kecil. Amik ko kalau lwn di search engine...so huge collection!!..tinggal tunggu 'tuang' aje.


8. Blog ni free-dalam Bahasa Melayu-percuma, tak perlu login sistem- tengok forum. Mana ada orang nak buang masa login, klik itu, klik ini. keyin URL pun susah..pastu searching keywords tak return plak...adoiiii. Dah la kat uma malas membaca buku depan mata, nak baca forum pun bersyarat. Kalau dah salin blog orang, jangan lupa bubuh kredit milik orang. Kalau orang tu dah meninggal, ada juga ilmu dia dlm blog korang. Tu lah aku cakap buat blog, jangan simpan link url orang, mana tau orang tu frust cinta, terus delete akaun dia. Fakta Kelapan ni...dan masa untuk tidur. Selamat Malam.

Sejuta Belia di Putrajaya


Aku sebenarnya tak pandai nak mengarang, tak pandai nak bermadah-madah sebab tu ramai awek tak berkesudahan dengan cinta kot ahaks2. Hissh aku bukan nak cerita awek2, malam ni buat pertama kalinya aku hadir ke Himpunan Belia dan juga Jom Heboh!!... Dulu tak minat, tapi mungkin minggu ni byk aktiviti aku melibatkan kerja, so kenalah hiburkan diri jalan-jalan-rasanya 4KM pusing2-teknik jimat menghilangkan stres.

Sambil cari earphone, dapat juga lihat beberapa stage konsert, ada dekat 7/8 stage termasuk Tomoi. Banyak tu, semalaman rasanya tak sempat habis.



Hahhh tu dia dari hujung bulatan Putrajaya Holdings sampai ke KBS ni aku jalan kaki. Kira banyak barang dapat tawar murah la. Tapi penganjur Jom Heboh je aku rasa macam di Pasar Malam-maksud aku berada di pasar malam. Ramaiyer orang, macam ni rupanya apabila kaum belia 'mengamuk' kot hehe......Tahun depan buat lagi dekat2 tarikh masuk gaji ya. Tabik organizer dan sukarelawan Himpunan Jutaan Belia 2012.

* Kesian tadi pada pengunjung yang bertanya tak tahu arah tuju. Sorry, Aku pun sama tak dapat membantu.


Ramainya terlibat aktiviti sihat begini. Selain menambah ilmu dan cuci mata, dapat juga 10,000 langkah sehari.
 Secara keseluruhan, aktiviti tersebut terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Aktiviti turut membabitkan segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central; Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia Budaya 1 Malaysia.
Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Rujukan :
  1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/114-beli-belia/9799-himpunan-sejuta-belia.html
  2. http://www.hbn.gov.my/
  3. Dan pemerhatian/pamplet events di lokasi





Sunday, May 20

Jom Belajar Mekanik Sekejap

Jom belajar mekanik sekejap. Kali ini kita kenali apakah kesan pada prestasi enjin apabila kerap menggunakan pelincir 10W-60, Sistem Penyejuk ATF, Penggunaan minyak Proton Saga SE dan pertanyaan mengenai penggunaan kit badan Evo 3 pada Wira. Hmmm beli ajelah Evo 3 2nd hand kalau dah minat sangat Evo.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG