Wednesday, September 11

Tiga Abdul Bakal Doktor

Semalam 10 Sept 2013, hari bermulanya peperiksaan UPSR seluruh Malaysia. SE tahu ramai adik-adik yang berumur 12 tahun masih tidak tahu apa itu masa depan dan cita-cita.

SE pun sama, zaman tu rasanya main parit lagi belakang rumah. Yang selebihnya sudah lupa :).

Mungkin Artikel Tiga Abdul Bakal Doktor ini boleh dijadikan rujukan. Alhamdullilah cerah masa depan jika sentiasa rajin belajar.

Friday, August 30

ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI


ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI

Hari ini kita sambung berkenaan cerita DIGI - Pelan Yang Munasabah. Tapi bila fikirkan semula, banyak tidak munasabahnya. Ini berdasarkan keperluan pengguna dari sebulan ke sebulan jika kita pantau paten penggunaan.

Hari ini hampir 2 minggu setelah SE dibenarkan (Sebelum ini tidak dibenarkan tukar pelan) menukar pelan pakej Smart Plan 88 lama kepada pelan Smart Plan 88 yang baru di Alamanda. Pelan terdahulu tidak termasuk caj panggilan, maknanya RM 88 sahaja untuk Pelan Internet. Bayangkan jika sebulan kita hanya menggunakan +/-500 MB data internet dan panggilan/SMS hanya RM 24.00, jumlah yang perlu dibayar RM 112.00!!!. Ok yang pelan terbaru ini nak tengok dahulu macam mana sebab setiap penamatan kontrak ada bayarannya.

Kalau tamat kontrak berbaki 18 bulan kena caj RM 662.50 dan setiap bulan berikutnya penurunan (-) RM 31.25 hinggalah tamat kontrak. Jadi bulan ke-17 bersamaan RM 662.50-RM 31.25......dan begitulah seterusnya.

Bulan Ogos 2013, SE dikejutkan oleh pemotongan auto debit bil semasa DIGI. Setelah hubungi Institusi Kewangan Kad Kredit, tiada permohonan auto debit atau authority dari pengguna. Maknanya DIGI ada terma tersembunyi yang membenarkan pemotongan berjadual kredit DIGI bulanan anda terus ke Kad Kredit???.

Ikut jadual di atas, rasanya anda semua kenalah fikirkan pelan mana yang sesuai untuk keperluan seharian/bulanan kita. Tiada yang baik dan buruk, kecuali anda sendiri ada jawapannya apabila rajin menganalisa data dan juga belajar dari pengguna terdahulu.

PREPAID : Beli Starter Pack, Top Up dan pilih pelan UMI. Ikut logik, UMI 28 mendahului banyak perkara yang menjimatkan dan keperluan pengguna sederhana. 100 minit hampir 2 jam masa berbual tu. Kemudahan topup pun banyak, ada hadiah lagi. Masa berbual yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan depan. Anda perlu ada kredit mencukupi, dan pilih samada Pelan UMI18, UMI28, UMI38 atau UMI48 bergantung keperluan dan baki Top Up anda - No roaming charges when in Singapore.




POSTPAID  : Paling menjimatkan pelan Talk28 +  Surf On Demand 200MB. Total RM 56.00


IN     = Rangkaian sama.
OUT = Semua Rangkaian

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.


Lain-Lain?

ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI
NAK JIMAT  BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM
PEMERHATIAN 2 BULAN MENGGUNAKAN PELAN TalkMore28 MAXIS
PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN

Friday, August 23

Atuk, Nenek Brutal -Sabar dibuli 30 Tahun


Kes suami isteri bergaduh boleh jadi sebab cemburu, tapi ada juga sebab duit. Tapi kalau diam aje sepanjang masa sampai satu masa meletup pun haru juga sebab benda yang disimpan dalam hati makin lama makin panas, dugaan syaitan juga main peranan. Orang beriman pun boleh hilang sabar.

Yang penting dan elok, jika tak puashati, tolong "bercakap dengan subjek", bukan "bercakap secara maya - virtually", jangan buat muka bodoh, muka poyo (kecuali comel), berlagak pandai ke, bukan setakat suami isteri menyampah, kawan2 pun menyampah. Dunia Virtual ni macam orang luah di dinding tandas, luah di wall fb dan lain-lain.
Bila dah bertahun pendam, tak tahu apa yang tak puashati sebab dah tak ingat nak bincang awal2 dulu masa rambut sama hitam, padahal tidur sebumbung- akhirnya sama-sama rugi di kala senja.

Saiz Pakaian Kita Yang Mana?

Bulan Syawal ni terlalu banyak undangan rumah terbuka Aidilfitri hinggakan SE terpaksa katakan tidak dapat hadir awal2 lagi. Memenuhi undangan wajib tapi menjaga kesihatan pun wajib. Penuhi sahaja undangan yang rasa tidak dapat elak.

Sebab yang jujur cuba mengelak daripada terlalu banyak makan. Maklumlah berat da naik hampir 3 KG.

Masa santai untuk riadah pun dah semakin terhad, dan kurangnya aktiviti berjalan kaki, mulalah rasa nafas tidak cukup dan saiz seluar lama semakin ketat.

Graf sebelah ini boleh sama-sama kita nilaikan apakah saiz kita semakin melebar atau semakin mengecil. Yang pasti jika nak berlari dah semakin sukar, tanda-tanda nak gemuk simpan lemak la tu.

Saturday, June 22

Suami isteri kena 15 Tahun Mendera Pembantu Rumah

Percayakah anda mereka yang berpelajaran dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam, malah sibuk menutup aurat seharian ketika keluar bekerja sebagai pendidik, apabila di rumah, berubah menjadi tidak berperikemanusiaan dan  tergamak mendera pembantu rumahnya sendiri?

Foto isteri bertudung tidak disertakan kerana memaparkan wajah sebenar. SE teringat kes sepasang suami isteri sebagai guru agama yang tidak mempunyai zuriat telah mengambil anak angkat. Apabila umur 7 Tahun, mereka pulangkan semula kepada Jabatan Kebajikan dengan alasan telah ada penyeri zuriat sendiri. Mereka yang tidak berpendidikan agama pun tahu betapa mahalnya kasih sayang walaupun kepada anak angkat. Belum lagi kes wanita seawal 17 Tahun hadir latihan PLKN bersama kandungan luar nikah!. Ia mampu melepasi beratus-ratus pelajar lain dan penyelia PLKN malah dari pengetahuan ibu bapa sendiri, tapi tetap terbongkar apabila sampai masa kelahiran.

Riak muka dan pakaian tidak melambangkan akhlak dan tindak tanduk seseorang lebih-lebih lagi wanita. Ia boleh dibuktikan apabila diberi kelonggaran menggunakan laman sosial dan lihatlah reaksi sebenar mereka dari cara mereka menulis dan berblogging nyata berbeza dengan sifat sopan santun mereka di depan orang ramai. 

SE cadangkan zaman sekarang, jika nak menguji seseorang, tidak perlu uji kesabaran mereka, cukuplah dengan kata mereka memohon maaf, tapi diungkit semula dengan dendam di blog peribadi. Manusia sekarang bijak menyembunyikan sesuatu tapi terlupa jejak-jejaknya. Tidak perlu di layan nanti pening kepala.

Yang nyata, sekali anda menulis di laman maya, walau dipadam, ia tetap kekal ada di situ.


Thursday, April 18

Mari SKATING di Sunway Pyramid

Assalamualaikum

SE bawakan kali ini aktiviti yang agak mencabar dan agak menyeronokkan di ambang PRU13 ini. SE bukanlah hebat dalam semua bidang sebab itu digalakkan kita menuntut ilmu hingga ke liang lahat- maksudnya ilmu tidak akan habis hingga diri kita habis mati.

Kaedah skating ini agak seronok sebab kita cuba mengimbangi berat badan dan keseimbangan atas bilah kasut. Pembelajaran tak perlulah datang dengan ego, cukuplah seronok jatuh bangun dan ditertawakan, bukan ke itu lebih menyeronokkan :)

Sehingga 26 April 2013, harga masuk adalah RM10.00 sahaja.(weekdays/weekends)

Sumber

p/s SE tidak pandai menulis kata-kata pujangga/motivasi/nasihat berunsur agama kerana yakin diri ini masih banyak kelemahan dan belum tentu mampu hadapi ujian. Maaf jika terkhilaf bahasa.

Thursday, April 11

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG