Saturday, June 22

Suami isteri kena 15 Tahun Mendera Pembantu Rumah

Percayakah anda mereka yang berpelajaran dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam, malah sibuk menutup aurat seharian ketika keluar bekerja sebagai pendidik, apabila di rumah, berubah menjadi tidak berperikemanusiaan dan  tergamak mendera pembantu rumahnya sendiri?

Foto isteri bertudung tidak disertakan kerana memaparkan wajah sebenar. SE teringat kes sepasang suami isteri sebagai guru agama yang tidak mempunyai zuriat telah mengambil anak angkat. Apabila umur 7 Tahun, mereka pulangkan semula kepada Jabatan Kebajikan dengan alasan telah ada penyeri zuriat sendiri. Mereka yang tidak berpendidikan agama pun tahu betapa mahalnya kasih sayang walaupun kepada anak angkat. Belum lagi kes wanita seawal 17 Tahun hadir latihan PLKN bersama kandungan luar nikah!. Ia mampu melepasi beratus-ratus pelajar lain dan penyelia PLKN malah dari pengetahuan ibu bapa sendiri, tapi tetap terbongkar apabila sampai masa kelahiran.

Riak muka dan pakaian tidak melambangkan akhlak dan tindak tanduk seseorang lebih-lebih lagi wanita. Ia boleh dibuktikan apabila diberi kelonggaran menggunakan laman sosial dan lihatlah reaksi sebenar mereka dari cara mereka menulis dan berblogging nyata berbeza dengan sifat sopan santun mereka di depan orang ramai. 

SE cadangkan zaman sekarang, jika nak menguji seseorang, tidak perlu uji kesabaran mereka, cukuplah dengan kata mereka memohon maaf, tapi diungkit semula dengan dendam di blog peribadi. Manusia sekarang bijak menyembunyikan sesuatu tapi terlupa jejak-jejaknya. Tidak perlu di layan nanti pening kepala.

Yang nyata, sekali anda menulis di laman maya, walau dipadam, ia tetap kekal ada di situ.


Thursday, April 18

Mari SKATING di Sunway Pyramid

Assalamualaikum

SE bawakan kali ini aktiviti yang agak mencabar dan agak menyeronokkan di ambang PRU13 ini. SE bukanlah hebat dalam semua bidang sebab itu digalakkan kita menuntut ilmu hingga ke liang lahat- maksudnya ilmu tidak akan habis hingga diri kita habis mati.

Kaedah skating ini agak seronok sebab kita cuba mengimbangi berat badan dan keseimbangan atas bilah kasut. Pembelajaran tak perlulah datang dengan ego, cukuplah seronok jatuh bangun dan ditertawakan, bukan ke itu lebih menyeronokkan :)

Sehingga 26 April 2013, harga masuk adalah RM10.00 sahaja.(weekdays/weekends)

Sumber

p/s SE tidak pandai menulis kata-kata pujangga/motivasi/nasihat berunsur agama kerana yakin diri ini masih banyak kelemahan dan belum tentu mampu hadapi ujian. Maaf jika terkhilaf bahasa.

Thursday, April 11

Thursday, March 21

Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.

Dalam dunia ni ada macam-macam cara manusia nak menipu untuk mendapatkan wang.
Tak perlu disebut satu persatu. Nanti habis satu entri untuk itu sahaja.
Namun, tidak aku sangka sama sekali, ada juga organisasi/individu yang sanggup mempergunakan
anak2 sendiri untuk mendapatkan quick cash, easy life...
Klik Sini dan Klik Sini
Rujukan http://www.mazidulakmal.com

PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN

PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN

Assalamualaikum.

Mungkin kita terlepas pandang apabila memilih sesuatu pakej telefon pintar yang ditawarkan oleh Syarikat Penyedia telekomunikasi tempatan.

Perkara ini semakin kalut apabila mereka yang layak menerima baucer Rebat RM 200.00 pembelian telefon pintar.

Lain-Lain?

ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI
NAK JIMAT  BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM
PEMERHATIAN 2 BULAN MENGGUNAKAN PELAN TalkMore28 MAXIS
PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN


Ambil contoh kaedah pelan di atas, harga Samsung SIII mini ditawarkan pada RM 389.00 dan mengikut harga pasaran, berharga RM 900.00. Nanti dulu, sebab bukan itu yang perlu di kira dalam menilai pakej, kira RM88.00 x 24 Bulan adalah RM 2,112.00 yang minimum kekal sepanjang kontrak.

(DISEMBER 2013)-Terkini, Samsung Grand Quottro PERCUMA dengan Kontrak RM88 x 24 bulan?


Ini pula keterangan Pakej RM88 terbaru dan dibandingkan dalam bentuk Jadual Perbandingan di bawah. Jika rasakan pakej tidak sesuai, tamatkan pelan mengikut matriks kiraan di bawah dan keputusannya harga yang agak munasabah untuk penamatan kontrak. Jadi SE rasa pelan yang munasabah semasa daftar dan tamat, akses yang meluas, bil terperinci yang munasabah, khidmat pegawai yang mesra dan senantiasa follow-up dan kes-kes lain, itu sebabnya SE memilih pelan DIGI.



DG Smart Plan 88 Lama DG Smart Plan 88 Terbaru
Pelan Data Internet 5GB+ Percuma 3GB = 8GB 4 GB Pelan Data + 300 minit panggilan telefon + 300 sms
Tidak Berkaitan 2GB Mobile Internet Quota
+
2GB Smart Apps Quota
* Harga dikenakan bagi perkhidmatan selepas melebihi pakej DG Smart Plan 88
SMS RM 0.10 RM 0.10
Calls RM 0.15 RM 0.15
MMS RM 0.20 RM 0.20
Nilai Kontrak RM88 X 24 Bulan (tidak termasuk *) RM 2,112.00 RM 2,112.00
Keterangan Pakej Lebih Terperinci
Bayaran Kontrak dalam bil bulan berikut RM 10.00 RM 10.00
Harga Samsung SIII Mini RM 449.00 RM 389.00
** Bayaran Hadapan RM 600.00 RM 480.00
Pendahuluan Pakej RM 88 RM 88.00 RM 88.00
RM 1, 147.00 RM 967.00 - RM 200.00 (RM 767.00) Baucer Telefon jika layak
Matriks Pembatalan Pelan (Jum. Baki Bulan Kontrak/24 ) X 750 + RM100.00 (penalty). Nilai ** akan hangus sekiranya masih berbaki.
Andaikan Batal kontrak pada : bulan ke 6 bulan ke 12 (Baki ** semestinya telah habis untuk bayaran bulanan)
18/24 X 750 + 100 12/24 X 750 + 100
Bayaran penamatan kontrak RM 662.50 RM 475.00

Wednesday, March 20

Perkembangan Ekonomi Malaysia



Matriks aliran Bursa Saham Malaysia dan Pemecatan Anwar Ibrahim (2 September 1998)
Bursa Saham Malaysia mencecah pada paras tertinggi pada 2013 hasil inisiatif Government Transformation Programme . Jika ingin memahami secara mudah, ia boleh dilihat pada nilai tukaran asing.

Kadar tukaran Dolar US kepada nilai RM dalam 90 hari sehingga Mac 2013.
Jangan lupa mengundi hak anda berdasarkan prestasi mereka yang boleh memimpin & pemimpin yang boleh mendengar nasihat ketika memimpin.

Monday, March 18

Ikan Bakar Bagan Lalang di Damansara


Pernah memakan pepahat masak cili? Pepahat seringkali menjadi hidangan istimewa di Bagan Lalang Sepang.

Restoren HM Seri Bagan Seafood di Sungai Pelek Sepang yang beroperasi sejak 1993 kini membuka restorennya di Kota Damansara bersama membawa resepi temurunnya. Lawati HM Sri Bagan di The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya- Berdepan dengan Tune Hotel Kota Damansara.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG