Thursday, January 29

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

Pernah ke kita melabur dalam hal keselamatan melibatkan api seperti pemadam api, pengesan asap, baju kalis api dan sebagainya? Jika kita sanggup melabur untuk keselamatan dan pemasangan CCTV, pagar tinggi, mangga kalis karat dan sebagainya, kenapa tiada peruntukan untuk alat pencegah kebakaran seperti hos air tekanan tinggi, sumber air di sudut berisiko, alat pemadam api dan sebagainya?

SE agak tertarik dengan ceramah oleh NGO baru-baru ini bahawa walaupun kes kebakaran menjadi-jadi, masih tiada kesedaran untuk melabur dalam sekitaran yang selamat dan kondusif mencegah kebakaran. Penghuni rumah tersilap memilih vakum pembersih, mesin basuh, TV, sofa, kabinet dapur, peti sejuk berharga ratusan ringgit dan mencecah ribuan ringgit  TETAPI lupa melengkapkan asas pencegah kebakaran dengan peruntukan RM200-RM500 sahaja. Ia diperlukan apabila tiba masanya. Sayangi keluarga anda dengan langkah awal yang mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kebakaran hari ini bukan seperti dahulu kala, boleh dipadamkan dengan air, pasir, menutup kain basah dan mengibas-ibas kain. Material yang terbakar pada zaman ini lebih mencabar dengan kandungan kimia seperti dalam cat, plastik, kayu, sofa, PU dan sebagainya. 

Kebakaran yang bermula dengan percikan api mentol dalam 40 saat boleh menghasilkan suhu panas dari 120 darjah selsius kepada 450 darjah selsius. Sebab itu kebakaran di tingkat tinggi boleh menyebabkan mangsa dengan RELA HATI terjun walaupun tahu kesudahannya adalah mati.

Ramai mangsa mati bukan akibat kebakaran tetapi oleh sebab wasap beracun yang dihidu. Pemasangan jeriji yang tidak diselenggara - tiada kunci boleh dibuka atau kunci tidak diketahui kedudukannya melambatkan masa untuk melarikan diri. Ini diburukkan lagi dengan panik keterlaluan. Jangan mengunci jeriji jika anda tidak tahu di mana kunci tersebut diletakkan. Pastikan anak-anak di ajar asas mencegah kebakaran. Pasang alat yang boleh mengesan asap kebakaran dalam RM120 seunit di syiling strategik. Bangun malam ketika asap tebal adalah lebih berbaloi dari bangun malam ketika api merebak di merata-rata tempat.

Belilah sekurangnya 1KG alat pencegah kebakaran yang hanya berharga dalam RM60-RM90 dan simpan di tempat yang mudah akses. Pastikan soket dan pemasangan lampu limpah tidak berhampiran sofa, alatan kayu, plastik dan langsir.

Statistik menunjukkan punca dari elektrik adalah tertinggi. Kebakaran akibat LITAR PINTAS amat sukar dipadamkan terutamanya di syiling yang tinggi dan 1KG alat pemadam api memang tidak mencukupi. Pernah ke seorang tuan rumah mengira berapa palam pin soket di rumahnya? membuat selenggara pendawaian lama, menyemak alat pemutus litar automatik dan kerja-kerja rutin penjagaan perkakas elektrik di rumah?

Kebanyakkan pengguna gajet sekarang telah MEMILIH kehidupan berisiko dengan tidur sambil mengecas gajet masing-masing  dengan menyambung ke beberapa sambungan plug. Bayangkan jika ada 3 bilik melakukan kerja yang sama, lampu limpah terpasang, lampu akuarium dan sebagainya terpasang, ia mungkin menjadi bom jangka ketika kita leka di malam hari mencari pintu keluar dalam asap yang tebal.

Bermula sekarang, sediakan pencegah kebakaran yang paling kecil dalam 1KG untuk pencegah awalan. Banyak sumber boleh didapati serta banyak jenis pemadam api. Bermulalah mengumpulkan alat pemadam api yang sesuai di rumah. Ia tidak melibatkan kos berulang, hanya servis setiap tahun.

Kebakaran kenderaan yang berlanggar juga boleh diselamatkan jika pengguna jalanraya dan mangsa membawa bersama pencegah kebakaran di dalam kereta. Hanya kenderaan komersial sahaja diwajibkan PUSPAKOM membawa alat pemadam api. Rujuklah website untuk mengetahui jenis alat pencegah kebakaran yang sesuai disimpan di dalam kereta anda.

Rujuk Web ini untuk lebih memahami alatan pencegah awalan kebakaran.

Wednesday, January 7

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

Sebelum ni semasa membuat Wheel Alignment, memang dah nampak tanda-tanda Drive Shaft Kiri (Saiz Panjang) telah koyak getahnya. Bulan Julai tu, sekarang dan Januari 2015!!!

Memang kebiasaanya Drive Shaft ini boleh digantikan CV Joint sahaja iaitu hujung macam bebola tu siap dengan getah. Tapi agak berbaloi dan cepat sikit jika ganti sebatang terus, tak perlu menukang banyak sangat.

Rajah Diagram kedudukan Drive Shaft (Stereng Pemanduan Kiri)

Biasa harga kiri dan kanan sama dan upah pasang RM30.00. Jika terus ke bengkel, dalam RM240 - RM260 sebatang siap upah. Tapi jika nak mencabar dan jimat sikit, cari di kedai spareparts dan pilih jenama yang ada waranti.

Aku ganti dengan jenama ODM berharga RM190.00.

Ada tempat jual RM180.00. Bawa je lah ke bengkel untuk upah pasang. Jika lagi rajin, cari video Youtube banyak ada tutorial jika nak buat sendiri. Kali terakhir aku ganti pada tahun 2012, masa tu jenama lain dalam harga RM150.00 sebatang. Yang eloknya ke spareparts, kita boleh memilih jenama yang terbaik serta jaminan pengilang. Bengkel hanya bagi jaminan 1 bulan - 3 bulan sahaja.

Apabila getah telah menunjukkan tanda-tanda koyak, kemungkinan kekotoran telah masuk dan melekat di gris CV Joint (Constant Velocity Joint) ni. 

Tandanya DRIVE SHAFT KIRI rosak adalah apabila stereng belok ke KANAN, akan ada bunyi begitulah sebaliknya.

Bila di pandu, stereng akan bergegar dan semakin buruk apabila stereng gagal untuk membuat pusingan tayar - ini boleh menyebabkan kemalangan.

Lagi pun semasa memandu, gegaran dan bunyinya macam tayar nak tercabut je. Tips jaga drive shaft - Jangan lenjan kereta di selekoh tajam, jangan pusing habis stereng ketika membelok - ambil jarak kelegaan, dan jangan lowered kereta untuk kurangkan tekanan drive shaft lebih-lebih lagi saiz rem besar dan berat.


Satu perkara semasa menggantikan drive shaft ni, minyak gear akan dikeluarkan dan jika boleh dipakai semula, guna semula la. Tapi tengok juga bekas menadah minyak gear tu kalau kotor, was-was juga nak masukkan balik.

Ni minyak gear aku beli sebotol RM18.00 dengan isipadu 1 Liter. Myvi memerlukan 2.25 Liter (Rujukan Perodua). 2 Liter rasanya mencukupi.

Dah siap, cuba pandu jauh sikit pusing-pusing, senang sikit kalau ada masalah tukar hari yang sama.

Dah puas pusing, kena pulak kesesakan di Puchong (Projek MRT), lepas tu buat Wheel Alignment RM15.00 dan basuh kereta RM8.00. Enjin pun SE basuh upah RM6.00 - bersepah minyak kotor tanggal bila kena cecair merah tu. (kedai basuh kereta guna untuk tanggalkan minyak dan kekotoran) .


Jangan terperanjat harga ni, aku call Perodua (OKT 2016), Drive Shaft Kiri harganya RM960.00 dan Drive Shaft Kanan berharga RM1,060.00.

Harga ini tidak termasuk kos labour dan minyak gear semua. Waranti Perodua bagi 6 bulan.



Total Kes Aku

Drive Shaft Kiri : RM190.00 (Tak dapat diskaun lagi, cari kedai lain jika ada masa).
Upah pasang : RM30.00
Minyak Gear 2 Liter : RM36.00
Total : RM256.00

Wheel Alignment RM15.00
Basuh Kereta/Basuh Enjin RM14.00 
 Perbatuan :  227,043 KM




MEKANIK KEDAI INI (INDIA) MEMASANG SOKET TIDAK BETUL DAN MEROSAKKAN BUNGA SKREW - JIKA SKREW ROSAK TAKPE SEBAB MURAH, TAPI INI BUNGA DALAM  YANG ROSAK DAN PERLU BUAT BUNGA BARU SEMULA.

BUNGA SEBELAH DALAM GEAR BOX-CASING GEAR BOX DRAIN PLUG CROSS TRIP (Bulatan Merah) ROSAK  DAN LEAKING - pembaikan memerlukan turun gear box untuk buat bunga semula memakan  kos dalam RM200.00 !!!. 

Monday, December 29

UNGKIT MENGUNGKIT KE ARAH KUFUR NIKMAT?

Apakah salah apabila kita terpaksa mengingatkan semula hal-hal lama terutama segala pertolongan yang pernah kita berikan dengan tujuan menyedarkannya kerana hamba Allah itu sering menyakitkan hati dan seperti sengaja melupakan semuanya?

Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :

Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)

Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)

Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.

Firman Allah yang bermaksud,

"Hai orang yang beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat"
(Surah al-Baqarah ayat 264).

Mengungkit-ungkit nampak mudah, tetapi 2/3 kali diulang tentunya ia bukan kekhilafan yang tidak disengajakan dan mempunyai maksudnya.

Bayangkan seorang ibu mengungkit jasanya pada anaknya?

Tidak setakat itu, diungkit pula pada suaminya, diungkit lagi sukarnya menjadi seorang wanita ibarat kufur nikmat besarnya ciptaan dan pahala menjadi wanita. Jangan lupa, tiada cacat celanya Allah menciptakan hambaNya baik lelaki, wanita sempurna @ tidak.

Lupakah semasa menghadapi peperiksaan, kita mohon padaNya dipermudahkan?
Tiada jodoh, mohon dipertemukan jodoh.
Tiada kerja, berkahwin tiada anak, bercerai, janda dan balu bukan kita minta, kita memohon nikmat dari Allah tapi bersyukur hanya ketika diperlukan. Ketika diduga bersama anak yang ramai, sekurangnya kembali mengingati ketika kita keseorangan bujang merisaukan jodoh kita? Bukankah Allah senantiasa mendengar doa-doa kita dan memperkenan mengikut keperluan hambaNya.

Tidak semua wanita boleh melahirkan anak, ada juga wanita yang kekal dara di usia tua. Adakah orang berkahwin, masih ingin simpan dara sebab katanya sakit seperti melahirkan anak?. Jika sakit melahirkan anak, terseksa melayan isteri/suami, serahkan sahaja tugas itu pada yang berhak. Fitrah kejadian manusia dari merangkak hingga akhir hayat adalah urusan Tuhan.

SE juga pernah mengata, mengumpat manusia, pernah ditegur seorang hamba Allah, kita sebenarnya menghina kuasa Allah ibarat tidak sempurna menciptakan hambanya kekurangan. Sejahat manusia, mungkin sebaik makhluk akhir hayatnya. Tidak perlu kita kufur nikmat terlebih atau terkurang melihat semua kejadian. Bukankah memperbaiki hidup yang jahat itu lebih baik dari tiada usaha langsung.

Apa pun alasan, ngadulah pada Allah jika terbeban dengan amanah sebagai khalifah. Amat menghairankan perkongsian masalah seseorang disamakan dengan alasan gender yang sama. Tiada manusia yang memikul masalah di luar kudratnya. Tidak sama seorang ibu 16 anak dengan seorang ibu 6 orang anak yang telah kehilangan suami. Terlalu sibuk mencari nafkah hinggakan tak mampu melihat kehidupan insan lain. Tidak semestinya insan yang diam itu tiada komplen, mungkin ia sedar, kata-kata tidak cukup gambarkan coretan hidupnya.

Tidak perlu hebohkan pada orang lain dengan mencanang mulianya anda berkorban apa sahaja. Tolong jangan ada permulaan ke arah kufur nikmat, jangan kelak ia kembali berlaku pada kita dengan izin Allah melalui pasangan kita satu hari kelak.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang menghulurkan kainnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Mengungkit pemberian/usaha bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Dalam bencana banjir sekarang, ramai yang membantu, tapi turut selitkan sindiran pada individu lain. Kita tidak perlu sibukkan urusan Tuhan tentang pahala dan dosa mereka, cukuplah dengan kudrat dan doa kita.

Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiannya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.

Bagaimana pula suami/isteri mengungkit tanggungjawabnya?. Serba serbi ditulis terperinci dengan niat serta sindiran?. Apakah yang membuat seseorang hilang pertimbangan?.Emosi yang tidak dikawal, dibantu oleh media sosial, disokong oleh pemikiran yang negatif dari kawan dan jiran, lengkaplah satu tindakan yang dicampur sedikit fitnah dan boleh berperang jadinya.

Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yg pernah kita berikan. Bantuan yg pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah dan rezeki orang tersebut dengan perantaraan tangan kita.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. menguji menantu

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya, Nabi Ismail a.s. Ketika Nabi Ibrahim sampai di rumah Nabi Ismail, kebetulan anaknya tiada di rumah, sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu Nabi Ibrahim. Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail yang belum dikenalinya ketika itu, “Siapakah kamu?” Maka jawab isteri itu, “Aku isteri Ismail.” Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya lagi, “Di manakah suamimu, Ismail?” Isteri Nabi Ismail a.s. memberitahu yang suaminya sedang pergi berburu.

Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang, lalu dijawab terus oleh menantunya dengan keluhan,

“Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang.” Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab isteri Nabi Ismail, “Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh isteri Nabi Ismail, maka maka Nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama Nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.

Sebelum bertolak pulang Nabi Ibrahim pun meminta untuk disampaikan salamnya kepada Nabi Ismail, “Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya.”

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah Nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya,

“Adakah seseorang datang menziarahimu?” Jawab isterinya, “Ya! Ada seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.” Isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dengan memberitahu akan kesusahan yang mereka hadapi. Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya, seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh orang tua tersebut.

Jawab isterinya, “Ya! Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Nabi Ismail memberitahu kepada isterinya yang sebenarnya orang tua itu adalah ayahnya dan pesanan itu bermaksud perpisahan dan kemudian Nabi Ismail berkata, “Sekarang kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Setelah itu bercerailah Nabi Ismail dengan isterinya yang suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan kekasih Allah SWT.

Setelah sekian lama, maka datanglah hasrat Nabi Ismail untuk berkahwin kembali dan setelah berkahwin, Nabi Ibrahim datang kembali semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ini juga, sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik.

Lalu terjadi dialog seperti mana dahulu, cuma kali ini yang membezakannya adalah jawapan isteri baru anaknya. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru, “Adakah kamu mempunyai tetamu?” Jawab perempuan itu, “Ya! Iaitu engkau.” Ketika ditanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga, menantunya menjawab, “Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera (dan bahagia), tiada apa yang kurang.” Kemudian Nabi Ibrahim dihidangkan dengan sedikit makanan. Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.” Sebelum pulang, dia meminta supaya disampaikan salam kepada anaknya yang sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.

Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberitahu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh orang tua tersebut. Mendengar cerita itu Nabi Ismail dengan gembira menjawab,

“Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yang dimaksudkannya adalah dirimu yang dimintanya untuk aku menjaga mu dan kekalkan (jangan menceraikanmu).” Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi peranan dan kuasa suami perlu diambil berat. Jangan jadi berkerat rotan, berpatah arang. Jika ia bukan milikmu, tidak usahlah berpura ingin hidup semati dalam penyesalan.

Moral dalam cerita ini amat ringkas iaitu, JANGAN MENGUNGKIT walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan. Jika perhatikan beratnya kesan ungkitan hinggakan Nabi Ibrahim berpesan supaya ditukar tiang pintu rumah yakni isteri anaknya. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan.

Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264)

Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, “Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”(Surah Ibrahim : 7)

Sebagai manusia, terlupa hingga terungkit adalah biasa tanpa sedar. Belajarlah saling memahami dan mengingati. Tiada siapa benar atau salah dan berdiam diri lebih elok ketika beremosi. Bantulah orang yang anda sayang dengan memahami.

Wednesday, December 10

BAYI PEREMPUAN MAUT TERSEDAK SUSU IBU

BAYI PEREMPUAN MAUT TERSEDAK SUSU IBU

Tahziah kepada keluarga Nik Mohd Azhari Nik Ibrahim kerana kehilangan anak perempuan berusia 2 bulan yang dipaparkan di akhbar hari ini.

Bayi Nik Nur Ainul Madiah, 2 Bulan ditemui mati pada anggaran jam 4 pagi - 5 pagi dipercayai tersedak susu.

Bayi kecil yang masih terhad pergerakkan tangan, kaki dan kemampuan untuk berpusing badannya perlulah diberi perhatian lebih di tempat tidurnya. Kurangkan situasi seperti 'mengepung'  posisi badan bayi kerana ini boleh membuatkan lemas. Dengan saiz badan ibubapa dan susunan bantal/tilam, ia boleh mendatangkan kecederaan/lemas pada bayi tanpa disedari. Penjaga yang dalam keadaan tidak sihat juga tidak digalakkan berada di tempat tidur bayi. Apabila berlaku kecemasan, tangisan bayi adakalanya kedengaran kuat dan ada kalanya tidak kedengaran lebih-lebih lagi ketika penjaga tidur nyenyak.

Tidak semestinya tangisan itu adalah kerana lapar dan banyak simptom ketidakselesaan bayi ditunjukkan dengan cara tangisan. Ada kes kematian bayi kerana selsema dan kesukaran bernafas dan diburukkan lagi dengan penyusuan. Semoga kita mengambil iktibar akan kes-kes kematian bayi terutamanya ketika dalam tidur.

Wednesday, December 3

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM 2015 DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM  2015 DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015

Menerusi kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 15 Oktober 2014, tarikh pembayaran bonus setengah bulan gaji minimum RM500 akan dibayar bersama gaji bulan Januari 2015. 

Oleh itu, kakitangan awam akan menerima bonus berserta gaji bulan januari 2015 pada 22 Januari 2015

"Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500. Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250".

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2015 hingga Disember 2015.

TIADA kenaikan gaji pada 2015 dan semakan elaun lain-lain sepertimana disebarkan di Internet.

Berikut adalah jadual Takwin Persekolahan/Cuti Sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B :




Thursday, November 27

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LPG GAS DI RUMAH?

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LPG GAS DI RUMAH?

Antara perkara paling sukar untuk mendapatkan maklumat di Internet adalah disebabkan maklumat yang berulang-ulang (copy-paste) serta sukar dikaitkan dengan carian sebenar subjek.

Jika anda mencari maklumat berkenaan LPG Gas, semakin jauh anda mencari info dari mana-mana penulis blog, ternyata maklumat yang ditulis adalah berulang-ulang,  95% sama serta tanpa kredit kepada sumber asal.

Contoh carian adalah LPG Gas, tetapi tiada satu maklumat yang boleh kita kongsikan secara rasmi dan TEPAT untuk rujukan. 


*Foto rujukan Internet

Maklumat Rasmi/Tidak Rasmi

·         Blog personal, NIOSH, Jabatan Bomba, Kementerian Sumber Manusia, 

Tesis/Penulisan

·         Storage, handling and transportation of liquefied petroleum gases (LPG) - Code of practice (Third revision),
·         GUIDELINES ON OCCUPATIONAL  SAFETY AND HEALTH IN THE SERVICE SECTOR,
·         TESIS LIQUEFIED PETROLEUM GAS (LPG) STORAGE DESIGN hasil pelajar Sarjana Muda Chemical Engineering (Gas Technlogy), Universiti Pahang Malaysia terbitan Januari 2012,
·         Guidelines For Gas Cylinder Safety, 2008 Australian Edition,
·         http://www.dosh.gov.my  dan
·         Laws Of Malaysia Act 302-Petroleum (Safety Measures) Act 1984.

Apa yang kita dapati tersebar di Internet adalah teknik mengenal tarikh luput tong gas LPG. Contoh D06 merujuk kepada suku akhir / suku keempat dalam tahun 2006. Tong gas yang tertera huruf ini automatik lupus pada tahun 2007.

Bagaimana pula jika tong gas anda TIADA tanda A,B,C,D dan nombor ini?

Bagaimana pula jika hanya tertera tarikh pembuatan iaitu pada tahun 1998 dan nombor lain?. 

Berapakah jangka hayat yang sepatutnya ia berakhir?

Liquiefied Petroleum Gas atau Liquid Petroleum Gas (LPG) merujuk kepada Propane/Butane, gabungan bahan mudah terbakar gas hydrocarbon. Bukankah ia ibarat bom jangka yang tinggal bersama keluarga kita?

Maklumat yang ditemui di Malaysia tidak menjawab sepenuhnya kerana model silinder LPG di Malaysia dibuat oleh pelbagai syarikat dan ada piawaian masing-masing tetapi bagaimana membantu PENGGUNA kenalpasti keselamatan perumah gas ini. Apa yang diajar hanyalah mengenal kebocoran dan beberapa tips keselamatan lain.

Rujukan dari Australia -, LPG Australia wajib mendapat persijilan dan selamat untuk kegunaan 10 TAHUN?, Diuji semula /ujian akan datang 10 TAHUN berikutnya?

Silinder LPG hanya boleh diisikan semula jika hanya ada penanda di silinder iaitu tanda T diikuti oleh bulan dan tahun. Jika mengambil rujukan ini, adakah silinder gas LPG dipertimbangkan dilupuskan selepas 10 Tahun jika ada kerosakan/karat?. Umum diketahui bahawa harga kawalan Gas LPG adalah dibawah harga kawalan kerajaan.




Ini adalah rujukan piawaian Australia
  • Cylinders should be safety tested every 10 years and this date is stamped on either the collar, neck or foot ring of the cylinder. Never use rusty or damaged cylinders.
  • Don't use the appliance if the burners are blocked, rail taps are seized or the flexible hose is brittle, cracked or damaged. If unsure, seek the help of a licensed gas fitter.
  • Always before use, check the condition of the hose for signs of cracking, kinking, crushing or stretching. When not in use, protect the hose from heat, sun exposure and physical damage.
  • It's good practice to replace hoses every 5 years.
  • Ensure hose assemblies are certified. The certification details will be printed on the hose.
  • Ensure the regulator and hose are connected tightly to the cylinder and the appliance so there are no leaks. 
  • Check all exposed joints for leaks with a diluted solution of detergent and water. This can be done by using a spray bottle and spray it on all connections including the gas cylinder, valve, regulator joints and hose. If bubbles appear anywhere there is a gas leak. Immediately isolate the gas and have the fault repaired by a licensed gas fitter or replace the faulty component.
  • It is recommended that gas barbecues are checked every 2 years by a licensed gas fitter. They can repair or replace the parts and ensure the appliance is performing safely and efficiently.
  • Always keep barbecues clean of grease and oil to prevent a fire.


“Liquefied petroleum gas (LPG) is a hydrocarbon gas fuel that extracted from


crude oil or natural gas. In the ambient temperature, LPG exists as gases but with

applied moderate pressure, it is liquefied, therefore, it’s called liquefied petroleum gas.

LPG is a mixtures of petroleum gases mainly butane and propane. The mixtures ratio is

differ in countries around the world that having LPG (Prima Gas, 2011). In Malaysia,

the commercial LPG might contain hydrocarbons mixture of propane, propylene, butane

(normal-butane or iso-butane) and butylenes (including isomers) (Malaysian Standard(MS) 830, 2003).”

Sebelum itu, SE nak gariskan beberapa jenis/kod LPG di Malaysia :

C10 ( 10KG)
C12 ( 12KG)
C14 ( 14KG)
C50 ( 50KG)
F14 ( 14KG KEGUNAAN FORKLIFT)
·         

Kesimpulannya, SE masih gagal mengecam standard hayat LPG tong gas yang digunapakai di Malaysia. Mungkin 10, 15 Tahun?, mungkin boleh dipakai selagi tidak karat, kemek atau dicat baru atau mungkin anda sendiri tahu untuk dikongsikan bersama. Insya-Allah, sambungan LPG Gas ini tidak setakat ini sahaja, jumpa di entri akan datang. 

Sehingga entri ini di tulis, SE masih gagal menjumpai mana-mana maklumat-GUIDELINE membaca silinder Gas LPG yang menjadi Malaysian Standard-dikeluarkan oleh Department Of Standards Malaysia.

Pastikan sebarang peranti, hos (Ganti 2 Tahun sekali), alat regulator injap gas (Ganti 5 Tahun sekali) anda mempunyai pelekat SIRIM demi keselamatan. 

Survey harga yang dibuat pada 26 NOV 2014

Harga LPG C14 di kedai runcit adalah RM23.60 - RM27.10
Deposit TONG LPG RM50.00 - RM60.00
Caj Penghantaran ke rumah RM2.00 - RM3.00


** MAKLUMAT TERKINI DARI PETRONAS MESRALINK 1-300-88-8427 :


PETRONAS GAS 14KG RM29.60
Deposit TONG LPG RM50.00

Rujukan kelindan lori penghantaran Gas  Petronas jika tiada tong kosong : RM80.00 siap hantar, hanya telefon no Mesralink di atas (kemaskini 28 OKT 2015)

Maklumbalas :

C14 atau LPG Silinder 14KG kegunaan rumah, jangka hayatnya adalah 10 TAHUN dari tahun di buat. Walaubagaimanapun, pemeriksaan dilakukan semasa pengisian gas di depoh samada ia sesuai digunapakai / dibaikpulih atau dilupuskan.

Terima Kasih


Friday, November 7

CPR ATAU CARDIOPULMONARY RESUSCITATION

CPR ATAU CARDIOPULMONARY RESUSCITATION

Cardio-Pulmonary Resuscitation atau CPR adalah pengetahuan asas dalam bantuan kecemasan. Ia tidak melibatkan lemas semata-mata. CPR boleh dilakukan pada mangsa keracunan atau apabila berlaku simptom mangsa sukar/tidak bernafas.

Perlu diketahui CPR adalah bantuan kecemasan awal-BANTUAN. Perlu mendapatkan rawatan kecemasan dari pakar dengan segera. Oksigen tidak dibekalkan kepada otak selama 4 minit boleh menyebabkan kecacatan otak dan seterusnya kematian.




Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG