Thursday, January 29

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

Pernah ke kita melabur dalam hal keselamatan melibatkan api seperti pemadam api, pengesan asap, baju kalis api dan sebagainya? Jika kita sanggup melabur untuk keselamatan dan pemasangan CCTV, pagar tinggi, mangga kalis karat dan sebagainya, kenapa tiada peruntukan untuk alat pencegah kebakaran seperti hos air tekanan tinggi, sumber air di sudut berisiko, alat pemadam api dan sebagainya?

SE agak tertarik dengan ceramah oleh NGO baru-baru ini bahawa walaupun kes kebakaran menjadi-jadi, masih tiada kesedaran untuk melabur dalam sekitaran yang selamat dan kondusif mencegah kebakaran. Penghuni rumah tersilap memilih vakum pembersih, mesin basuh, TV, sofa, kabinet dapur, peti sejuk berharga ratusan ringgit dan mencecah ribuan ringgit  TETAPI lupa melengkapkan asas pencegah kebakaran dengan peruntukan RM200-RM500 sahaja. Ia diperlukan apabila tiba masanya. Sayangi keluarga anda dengan langkah awal yang mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kebakaran hari ini bukan seperti dahulu kala, boleh dipadamkan dengan air, pasir, menutup kain basah dan mengibas-ibas kain. Material yang terbakar pada zaman ini lebih mencabar dengan kandungan kimia seperti dalam cat, plastik, kayu, sofa, PU dan sebagainya. 

Kebakaran yang bermula dengan percikan api mentol dalam 40 saat boleh menghasilkan suhu panas dari 120 darjah selsius kepada 450 darjah selsius. Sebab itu kebakaran di tingkat tinggi boleh menyebabkan mangsa dengan RELA HATI terjun walaupun tahu kesudahannya adalah mati.

Ramai mangsa mati bukan akibat kebakaran tetapi oleh sebab wasap beracun yang dihidu. Pemasangan jeriji yang tidak diselenggara - tiada kunci boleh dibuka atau kunci tidak diketahui kedudukannya melambatkan masa untuk melarikan diri. Ini diburukkan lagi dengan panik keterlaluan. Jangan mengunci jeriji jika anda tidak tahu di mana kunci tersebut diletakkan. Pastikan anak-anak di ajar asas mencegah kebakaran. Pasang alat yang boleh mengesan asap kebakaran dalam RM120 seunit di syiling strategik. Bangun malam ketika asap tebal adalah lebih berbaloi dari bangun malam ketika api merebak di merata-rata tempat.

Belilah sekurangnya 1KG alat pencegah kebakaran yang hanya berharga dalam RM60-RM90 dan simpan di tempat yang mudah akses. Pastikan soket dan pemasangan lampu limpah tidak berhampiran sofa, alatan kayu, plastik dan langsir.

Statistik menunjukkan punca dari elektrik adalah tertinggi. Kebakaran akibat LITAR PINTAS amat sukar dipadamkan terutamanya di syiling yang tinggi dan 1KG alat pemadam api memang tidak mencukupi. Pernah ke seorang tuan rumah mengira berapa palam pin soket di rumahnya? membuat selenggara pendawaian lama, menyemak alat pemutus litar automatik dan kerja-kerja rutin penjagaan perkakas elektrik di rumah?

Kebanyakkan pengguna gajet sekarang telah MEMILIH kehidupan berisiko dengan tidur sambil mengecas gajet masing-masing  dengan menyambung ke beberapa sambungan plug. Bayangkan jika ada 3 bilik melakukan kerja yang sama, lampu limpah terpasang, lampu akuarium dan sebagainya terpasang, ia mungkin menjadi bom jangka ketika kita leka di malam hari mencari pintu keluar dalam asap yang tebal.

Bermula sekarang, sediakan pencegah kebakaran yang paling kecil dalam 1KG untuk pencegah awalan. Banyak sumber boleh didapati serta banyak jenis pemadam api. Bermulalah mengumpulkan alat pemadam api yang sesuai di rumah. Ia tidak melibatkan kos berulang, hanya servis setiap tahun.

Kebakaran kenderaan yang berlanggar juga boleh diselamatkan jika pengguna jalanraya dan mangsa membawa bersama pencegah kebakaran di dalam kereta. Hanya kenderaan komersial sahaja diwajibkan PUSPAKOM membawa alat pemadam api. Rujuklah website untuk mengetahui jenis alat pencegah kebakaran yang sesuai disimpan di dalam kereta anda.

Rujuk Web ini untuk lebih memahami alatan pencegah awalan kebakaran.

2 comments:

  1. Harga terus dari kilang……
    ABC 1kg - RM65
    ABC 2kg - RM75
    ABC 6kg - RM110
    ABC 9kg- RM125

    Beli dua diskaun RM5

    Free COD:
    Isnin - Jumaat area Shah Alam
    Sabtu dan Ahad area Sg Buloh

    Item perlu pre order
    Lebih dari 2 unit bayaran perlu bank in

    Call/SMS: 0126931680

    Klang Valley - COD RM10 ( Sabtu dan Ahad Sahaja )

    ReplyDelete
  2. pemadam api serendah RM55..new stock,,direct kilang,,
    whatsapp saya 0163966255-qhalif

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH